Wednesday, December 30, 2009

Berkongsi itu bijak

Masih ada sehari untuk bercinta dengan 2009.

Hampir sepuluh minit lepas, aku masih boleh rasa kehangatan bergelar student ITM pada 1999, dah jadi senior pun dah masa tu, dah lepas waktu praktikal. Mungkin di part 5 atau di part 6. Sudah mereka-reka bentuk akhbar Shah Alam Jurnalis dan majalah Sasaran. :)

And this is how 2009 ends. After 10 years. Aku sepatutnya mungkin sudah berada di kerusi pengurus, ada bilik sendiri, air con sendiri, setiausaha sendiri. Dan mungkin aku sepatutnya sudah ada business yang jadikan income juta-juta, sekurang-kurangnya seperti rakan sebaya, Linda Onn dengan usahawan chicken ricenya atau setidak-tidaknnya seperti Dr Fazley (sekadar menyebut beberapa nama yang seusia).

Namun semua itu aku tidak ada. Masih, mungkin belum ada. Kerana jika kau berhasrat mahu bergelumang sebagai penyibuk di dunia media, sekaya-kaya pun masih mahu bergelandangan. Dan aku masih bersepah-sepah di tepi-tepi takdir mencari sesuap nasi dalam industri ini. Jika bungkus, maka membungkuslah aku.

Kejayaan seperti itu (dan seperti orang-orang lain?). Ya aku belum ada. Yang ada cuma kejayaan peribadi yang aku harus bangga dan tabik dengan diri sendiri atas beberapa perkara. Perkara yang sudah tidak sepatutnya ada, and I made it happen! Biarlah rahsia kejayaan sendiri-sendiri ini dinikmati juga sendiri-sendiri oleh aku. Setidak-tidaknya aku langsung tidak teruk dalam satu aspek seperti dahulu.

Aku tahu, perjalanan aku tak mudah mudah, masih tidak mudah, kerana sedikit sebanyak aku tergelincir sedikit di beberapa landasan dan masih mahu merangkak-rangkak naik. Kealpaan memang telah mengajar aku banyak cerita. Somehow aku masih berasa inferior jika orang memperkatakan atau menanyakan beberapa aspek, yang aku susah betul nak jawab.

Kerana aku tidak ada jawapannya.

Si pink terbang


Saya tidak berapa pantas dengan permainan yang dikuasai anak-anak Sidek ni. Tanpa atas pengaruh (baik) seorang kawan, saya telah hentikan banyak perkara merepek dan menyertai perjuangan untuk menguruskan badan, selain menjadi lebih fit dan chic. Ini persembahan semalam yang macam ala-ala hebat tapi sebenarnya agak 'berbisa' bila mengenangkan kami ditumpaskan sekumpulan makcik. :( Not fair!!!
Walau tewas tetap bergaya menerima cenderahati dan posing di Pelita.

Wahai si pemandu bas, bicaralah!

Tidak akan terlepas. Tiada kompromi. Bila masanya berdetik, Izrael akan datang tidak bertangguh walau 0.01 saat, dan kita akan pergi mengadap Yang Maha Esa. Bersedia atau tidak, banyak dosa atau terlebih pahala, sekujur tubuh pasti mendingin dan kaku. Kembali kepada Penciptanya.

Sedih sekali, apabila merenung sekilas Disember ini (2009), ia seakan merenggut perasaan dan menusuk lubuk hati paling dalam. Ramai sungguh di antara kita yang ‘pergi’ dalam insiden yang tidak disangka-sangka. Dua gadis yang mungkin merancang membeli sepasang kasut 6 Disember lalu di KB Mall, Kota Bharu, tidak mungkin sekali akan tahu ajal mereka tiba di bawah sebuah kereta yang tiba-tiba ‘terbang’ dari tingkat atas tempat letak kereta menuju ke eskalator.

Pasangan pengantin yang baru menikah tiga jam tidak sempat menikmati kehidupan berumah tangga apabila suaminya maut dalam kemalangan ngeri di Kangar, 11 Disember lalu. Di Jelebu, dua beradik yamg masih kecil suci murni pergi menghadap Ilahi dalam tidur apabila tiba-tiba rumah mereka dirempuh lori tangki minyak pada 12 Disember.

Paling tragis, dalam pada masyarakat dunia berduka mengenang ulang tahun kejadian tsunami pada 26 Disember, kita dikejutkan dengan berita kematian 10 penumpang bas Sani Express dalam satu kemalangan cukup ngeri (ada di antara mangsa terputus kepala!) di Kilometer (Km) 272.8, Lebuhraya Utara Selatan (Plus), lebih kurang 8 km daripada Plaza Tol Ipoh Selatan.

Lebih menyayat hati kebanyakan mangsa ada pertalian, seperti suami isteri, adik-beradik malah sahabat karib. Malah salah seorang sahabat kami yang bekerja di sini dalam perjalanan untuk bertunang keesokan paginya.

Saya sekadar menyebut beberapa insiden besar Disember ini. Ada berpuluh kemalangan/insiden ngeri yang berlaku seluruh negara, sayangnya saya tidak mampu menghitung apa lagi mengenang kesemuanya. Ia bagaikan luka yang dititis limau. Sangat pedih dan perit.

Memang benar, kita tidak harus sekali-kali menidakkan Qada dan Qadar yang ditentukan Allah SWT, sudah menjadi keyakinan dalam iman bahawa mati itu benar. Dan kematian itu datang dalam pelbagai cara.

Namun insiden ngeri yang kebanyakannya berpunca daripada kecuaian manusia sendiri, menjadikan kita seperti tidak adil dengan takdir. Ya, saya sekadar memberi andaian, jika pemandu bas berhati-hati ketika memandu dan pastikan kesihatan di tahap maksimum dan boleh menguasai rasa mengantuk, mungkinkah kemalangan sengeri bas Sani Express itu boleh berlaku?

Ah, peduli apa si pemandu bas kepada nasib penumpang, yang penting dirinya selamat, bukan? Dan memang jarang benar pun kemalangan melibatkan bas akan mengorbankan pemandu. Biasanya mereka cedera ringan sahaja, atau masuk ICU satu hari dan boleh balik rumah keesokannya.

Namun adilkah kepada penumpang yang menderita putus anggota badan, malah di luar sana ada anak-anak menjadi yatim piatu kerana pemergian mereka? Haruskan keluarga mereka mengiyakan “ya, ini takdir” hanya berlandaskan keyakinan yang disogokkan bahawa ‘pemandu bas mengantuk’? Begitu sahaja?

Saya harus sangat bersetuju dengan salah seorang anggota keluarga mangsa yang mahu pemandu bas ‘mengantuk’ hari itu tampil dan memohon maaf secara terbuka kepada mereka. Ini bukan calang-calang. Sepuluh nyawa melayang serta-merta adalah satu tragedi ngeri yang saya pasti, pemandu bas berkenaan juga tidak mampu melupuskan daripada ingatannya sampai akhir hayat. Jika dia bertindak berdiam diri selamanya, rasa sesal itu kelak akan memakan dirinya sedikit demi sedikit sehingga dia mungkin tidak mampu lagi menjadi manusia normal. Akhirnya.

Apa lagi yang anda perlu tunggu, wahai sang pemandu? Bas tersebut dilaporkan diselenggara dengan baik, malah dikunci had kelajuannya pada 97 km/j dengan menggunakan speed limiter. Malah setelah disiasat, ketika kejadian, kelajuan yang dirakam adalah 91 km/j sahaja. Mungkinkah anda masih lagi menyalahkan bas?

Tiada siapa pun yang mahu pengakhiran begini.. Namun, kita semua manusia biasa tidak terlepas membuat silap, tetapi pasti ada akal untuk berfikir agar lebih berhati-hati, bertanggungjawab kepada insan lain.

Sang pemandu, saudara Mohd Kamil Mohd Rashid khabarnya direman lima hari. Bila keluar nanti, bicaralah, lafazkan maaf itu dari bibirmu.

Sunday, December 27, 2009

Dikasihi 'binatang'

Tak ada siapa pun yang boleh faham seorang wanita yang sepanjang hidupnya mengasihi hanya yang itu. Waima dihambat dengan kepala penyapu di seluruh tubuh pun, wajah lelaki idaman tidak mungkin mampu dilupuskan daripada ingatan. Memang, tak ada siapa pun yang akan faham. Apatah lagi jika kau jenis dimanja dan didambakan lelaki, kau takkan tau penangannya berkekasihkan seorang abuser.

Tapi heran, kan, orang yang berlelakikan kaki pukul ni biasanya tak mampu nak nyahkan jantan kureng itu daripada hidup mereka. Entah kenapa ya? Adakah biasanya spesies ini hensem? Atau mudah memujuk selepas naik minyak? Atau romantik? Jawapannya bukan itu semua. Hanya ada satu B. Satu U. Dua L. S.H.I.T

Bullshit.

Mereka bukan semua-semua itu. Hanya kita kaum wanita lemah yang telah terpedaya berasaskan kasih sayang yang tidak semena-mena. Terburu-buru. Bodoh, mengong tidak bertempat.

Percayalah, aku pernah di situ. Dan indahnya dunia ini bila kau benar-benar dapat lepas terbang seperti burung helang, jauh di angkasa, dan kemudian menghampir ke daratan dan katuk kepada si penyangak tarbus tu!

Really, revenge is sweeeeetttt

Tuesday, December 22, 2009

Yummyyyyy!!!

Cool, eh??

Thank you for my loving sponsor for this very cozy time... yeaps... I had fun!!



Saturday, December 19, 2009

Tumpang Rasa

Walaupun terpaksa berhujan berpanas, bersilih ganti sepanjang perjalanan, bertemankan pemandu yang celoteh lawaknya boleh membuatkan aku sakit otak dalam tempoh terdekat, akhirnya sampai juga ke majlis perkahwinan anak buah. Kongratulasi.

Sebetulnya aku benci sekali bertandang ke rumah orang berkenduri kahwin, kerana secara psikologi aku akan terpana dan rasa sangat inferior akibat terpinggir. Keduanya bila mengenangkan sirih curi pengantin yang selalu aku makan (kononnya buat jodoh datang cepat) hanyalah antara siri dongengan nenek kebayan yang sangat menipu. Dan of course yang ketiga, senyuman plastik pengantin adalah fake happiness yang tidak mampu dilahirkan dengan kata-kata. Kau senyum kerana kau bukan mahu senyum, tapi terpaksa melebarkan mulut supaya manusia sekeliling kata: kau gembira.

Ah tapi Durra hari ini manis sekali dengan kebaya keemasan dan rambut disanggul emas.

Selamat Pengantin Baru!

Friday, December 18, 2009

Apakah???

Aku patutnya sedar dan tau dari lama dulu bahawa laman web sosial seperti muka-buku dan ruang-aku memang sudah menjadi medium yang sangat merepek di zaman ini. Kasihan, sungguh pathetic insan-insan yang sanggup buang masa dan tenaga juga wang untuk mengirim (post) kata-kata berbaur perasan bagus, atau dia sudah ada/dapat apa yang dia mahu/idamkan di atas muka bumi ini. muka-buku dan ruang-aku membuatkan perut aku mual tahap class five, dan rasanya ingin dicucuk-cucuk lagi anak tekak agar muntah dengan lebih kerap. Uyewwwww!!!

Paling tak boleh diterima akal ada juga insan capik and mengong bergaduh dan bermasam muka dengan rerakan sebab statement yang telah dipost. Oh no!! Lepas tu berbalas-balas komen macamlah rakan-rakan lain pejamkan mata dan tak boleh membaca. What the hell happen to u guys?? Laman web yang sepatutnya digunakan untuk bersosial dan jadi so----sey---al. Yang kau harapkan dapat jadi medium pertemuan dengan rakan-rakan lama, sudah jadi medan pertempuran tak masuk akal.

Dan, perlu ke:

"I love him so much! So much! Can't wait to see u tomorrow my boo!"

"Kenapalah aku ditakdirkan jadi manusia paling malang dalam dunia?"

"Yeay!!! Tonton movies back-to-back, hari minggu paling marvellous!!"

"Walaupun terpaksa berjauhan, tapi hatiku bahagia, terima kasih sayangku"

Why do people (except ur besties, best of friends, family) need to know that you are in happiness or sadness? Is ur feeling best displayed on ur status, witnessed by over 500 (friends) whom half of them even do not know you?

Erkk... pleaselah!

Friday, December 04, 2009

Hidup dalam tragedi

Kanvas kosong tak beri apa-apa makna. Kalau dikaler, baru cantik dan ada erti. Kalau aku ni sekeping kertas, warna-warna yang terconteng di atas aku memang susah nak ditafsirkan. Sebab tak banyak pastel, atau rainbow, atau kaler earthy, yang banyak cuma warna-warna hitam diselang seli. So basically, kanvas aku yang putih totally telah berwarna hitam. Kalau kau beli maskara atau eye liner, ada satu warna yang mereka namakan VERY BLACK. Ya, yang tulah.

Bagaimanapun proses 'pemutihan' aku dah buat sedikit demi sedikit, mengikut apa yang terdaya. Memanglah aku tak mampu nak jadi seperti aku berusia 18 atau 19 tahun dulu, seorang yang sangat bright dan takut pada hal-hal duniawi. Bila aku dah jadi completely vice versa, aku jadi seperti budak kecik yang baru nak belajar merangkak.

Tak tahu apa yang perlu aku lakukan sekarang. Hendak bercinta lagi, takut terkena tempiasnya lagi. Kadag-kadang aku terfikir kenapa aku bukan orang itu atau orang ini.

Thursday, December 03, 2009

The Twilight

Haha orang baru memperkatakan The Twilight Saga New Moon ya tuan tuan dan puan puan, dan saya baru sahaja tamat menonton keseronokan alam fantasi The Twilight.

Ya sangat mengujakan. Aku tak suka layan citer sampah ala-ala vampire la ke apabenda, tapi vampire romantik ni sangat addictive. Damn!!

Untuk itu aku terpaksa la menonton sekuelnya esok. Ha'ah tak boleh tangguh dah, kena esok!