Thursday, August 30, 2007

Ya, aku suka!

Renungannya, kadang-kadang buat jantung aku berdegup kencang.

Gurauannya, ah aku jadi tak keruan kekadang...

Bila dia rapat, ya aku rasa makin ingin dihimpit.

Bila dia tidak muncul, mmm...kau cuti ke hari ni?? :(

Hati aku telah dicuit, betul!

Entahlah, setelah bertahun-tahun, budak Melayu yang ini telah membuatkan lena aku penuh senyum, ya mandi aku basah sangat...

Tapi, nakke dia kat aku yang fat n ugly ni?

Sigh....

(P/s sekeping hati...hanya memuji...)

Saturday, August 18, 2007

Huhu...tak livelynya!

Oklah, memang aku boleh masuk office sesuka hati, balik juga sesuka hati bila kerja selesai, dikelilingi lelaki-lelaki yang menggembirakan (aww!!) dan berpakaian tak payah nak ikut kertas undang-undang yang HRD keluarkan.

Nampak macam I'm enjoying life so much tapi Ya Allah, sebalnya perasaan hanya Allah sajalah yang tahu!

Bila balik rumah aktiviti utama selepas berborak adalah tidur, dan bila matahari naik, aktiviti seterusnya ialah pergi kerja. Camtulah hari-hari sampai nak muntah.

Aduh memang rasa nak muntah sekarang, apakah kitaran hidup aku selamanya macam ni? Tak bermasyarakat, tak jumpa orang lagi, tak makan sama member2 lama, takleh nak gossip dengan kawan-kawan lama.....

Aku dah tiba pada fasa jemu!!

Tidak!!!!!

Friday, August 17, 2007

Cerita merdeka 2

Oh ya ada satu cerita tentang hal yang sama - keberantakan institusi keluarga hari ini.

Tapi ni seperti yang diceritakan oleh seorang kenalan yang kerja di sebuah salon rambut. Kisah tuan punya salon tulah.

Kadang2 adik yang baru belajar kat form 5 tu ada jugak wash n blow rambut aku. Tapi setiap kali tulah aku tertanya2, betul ke kau anak tuan punya salon? Dengan muka tak bersinar, lebam je, suka cakap benda merepek dan selalu tak fokus.

Kesangsian aku terjawab bila aku tau rupanya dia anak yang sengsara.

Memang, dia nakal sebab dia selalu mencuri duit orang, bercakap bohong tak kira tempat, degil, cengih dan apa sahajalah untuk describe tentang budak perempuan yang tak hormat orang tua.

Tau kenapa begitu?

Familynya berantakan, ada bapak yang baik hemat, tapi mak seorang betrayer. Mak dia ada bf lain, yang kerja sama di office dia, dan sesekali kalau nak 'bermanja' mereka akan ke salon dan konon2nya lelaki tu nak buat facial.

Lepas tu pintu bilik rawatan facial akan ditutup, dan drama entah apa-apa saja berlaku dalam bilik tu.

Tahu apa ya? Semuanya in the eyes of anak perempuannya yang malang tu. Dia menjadi saksi, tapi tak mampu berkata apa.

Sebab apa ya?

Mulutnya yang nakal tu disumbat duit rasuah. "Nanti mak belikan ini, nanti mak belikan itu, jangan bagitau ayah ok?".

So what do we expect??

Dan ya, jangan terperanjat sebab emaknya juga pernah dia suruh dia berhenti sekolah saja, sebab nanti "kau belajar tinggi-tinggi pun, siapa nak jaga salon tu".

Padahal jirannya yang jugak bukak salon, anak dia sangat succesful, belajar sampai ke UIA, sekarang jadi pengacara cun kat TV3.

Tak paham kenapa ada mak-mak yang ada vision macam ni, maksud aku, eh kau sendiri bekerjaya hebat, berpelajaran tinggi, and you do not want your daughter to bu successful like u??

Really, entahlah!

Cerita merdeka

Jarang, dah lama tak tengok tv. Tapi Alhamdulillah bila sesekali tengok, memang cerita-cerita yang best.

Ada satu doku yang menarik perhatian aku, tentang jalan-jalan yang biasa kita lalu di waktu siang untuk membeli-belah.

Well, semua orang tau apa yang ada kat off jalan chow kit in the nite. I mean, very late in the nite.

Tapi I'm not going to talk about those perempuan, tapi anak-anak depa.

Kita tau ke yang ada bebudak berusia dalam lingkungan 5-11 tahun akan bermain sampai penat dari pukul 10 malam membawa ke pukul 3-4 pagi, pendek kata, sampai mak mereka 'habis waktu bekerja'?

Kesian, kan? Dan lagi mencurah simpati aku bila budak2 ni menjawab dengan sejujur-jujurnya pada wartawan bertugas siri dokumentari kat tv 9 tu, "Saya nak sekolah tapi mak tak bagi. Tak ada surat beranak. Hari-hari tanya mak, tapi mak kata tak payah."

Kita doklah tonton CNN, Aljazeera apa kejadah lagi tentang apa yang buruk berlaku kat negara lain. Tapi kat negara sendiri, tak payah jauh pun, lorong-lorong di Kuala Lumpur sahaja ya, adanya kedhaifan yang entahlah nak dikategorikan sebagai apa - memalukan? memualkan? menyedihkan?

Yang menyedihkan adalah si anak-anak tu, tapi yang memualkan adalah si emaknya.

Oklah, kalau kita interview golongan kupu-kupu malam tu, mereka akan kata apa lagi yang boleh dilakukan untuk hidup, selain daripada yang itu-itu saja.

Oh come onlah!

Dah 50 tahun ya negara kita merdeka, akak-akak, dan setakat bercakap tentang kerja yang halal di KL - berlambak! Kalau ada kemahuan apa sahaja yang halal boleh dibuat.
Tetapi kalau kau tetap memilih jalan senang dapat duit, and fun at the same time, jangan dok nak salahkan kerajaan.

Ya, merdeka sangatlah kita ya, bila sesekali kita fikir, adik perempuan yang berusia 10 tahun tu sekarang tak sekolah. Buat masa ni dunianya di belakang jalan chow kit bermain bersama kawan-kawan.

The next 5-6 years, ya berbekalkan alasan tidak sekolah tu, dia pasti akan join career maknya pula!

Yang lelaki?

Tak taulah nak jadi apa....

Tuesday, August 14, 2007

WAHAI

Wahai hati, sabarlah!!

Monday, August 13, 2007

???????

Entahlah kalau orang lain, tapi bagi seseorang yang tidak aku kenali sangat, malah nama dia pun yang aku tahu hanya nama samaran, tiba-tiba dia tahu nama penuh aku siap dengan binti lagi, sudah pasti menyebabkan aku tak senang duduk dan hangin satu badan.

Dan yang pasti otak aku akan penat memikirkan, siapa dia dan kenapa dia kenal aku?

Siapa kau???

Sunday, August 12, 2007

Fat and ugly

Hahahahahahahahahahhhhhh!!!

Rasa nak ketawa besar!!

Ada orang mengata aku as fat and ugly, sedangkan kesian, kau hanya meraih simpati!

Mmmm....pinjam kata Meen, ada aku kisah??

Hey, kata-kataan keji takkan meruntuh semangat aku walau seinci pun!

(P/s Tahu tak? Ada seseorang yang aku kenali tersalah hantar message 'geli-geli', padahal memang intention dia nak membuat aku meraung! Meraung ke? Heh aku takde masa untuk perempuan semurah kau! Mmm tau kenapa aku tersentak satu badan? Dia tahu nama penuh aku, and f*i*l*i*p*i*n*o devil, if you do not have anything to do with me, what the hell of keeping my full name?? Ohh..aku terlampau banyak kerja duniawi lain, dan aku takde masa nak layan karenah or any plans u got with my ex-boyfie. Lebih baik aku fikir pasal kenapa kawan baik aku yang pernah sama share bantal masa zaman college dulu tak pernah on tipon dia, and apa yang dah jadi pada dia dah baby dia sekarang. Blahlah........)

Ohh maaf!! Kenapa aku senti sangat nih??? Hey takde makna!! Get up delly!!!