Thursday, October 11, 2007

Syawal ini...

Berkat sokongan dan motivasi rakan-rakan, syawal ini:

- Insya Allah, aku lebih tabah. Malam ini aku tak sabar nak balik kampung untuk berhari raya, so free, tak payah nak call sesiapa minta izin untuk balik, tak payah nak meyakinkan sesiapa supaya 'do not be jealous' - ahhh...to hell with you ok

- Ya tak perlu minta sesiapa buatkan air penawar, kerana rupanya penyejuk hati dan penenang jiwa itu ada dalam diri aku sendiri - Suzie, u r rite.

- Aku rasa sangat organized - sangat-sangat - tak de apa pun yang tertinggal dalam list hari raya aku!

Alhamdulillah, aku telah mendapat diri aku semula. Takde siapa boleh memburu dan mencederakan aku lagi, coz im so much on my own now.

Selamat hari raya dan maaf zahir batin semua!

Tuesday, October 09, 2007

Bantu

Aku hanya insan lemah yang kuat semangat, tetapi sering kalah dengan pujukan.

Ikhlas, aku betul2 ingin bantuan!

Teman berbicara, beri nasihat dan pandangan, bantulah aku!

017 618 4801!

Hilang akal

Tak, aku bukan nak meraih simpati. Sekadar iktibar untuk semua.

Tak ramai yang tahu, aku seorang kekasih terdera.

Ya, mental dan fizikal.

Bila kepala dihentak-hentak dengan kasut, seraya tangan menggeletar dan kepala menggeleng-geleng, juga mulut tergagap-gagap menjerit 'jangan! jangan! sakit! sakit!' - kau fikir ini apa? Drama swasta?

Pisau pemotong daging didekatkan ke kulit aku, ya aku masih hidup, tetapi dia terlupa hentakannya kuat (walaupun sekadar menghentak belakang pisau), aku mengalami pendarahan di bahagian lutut.

Juga, lebam-lebam di tangan.


Cincin yang aku pakai kemek, tidak boleh dikeluarkan daripada jari manis tangan kiri aku, telah mengclog darah aku di situ sehingga jari menjadi biru.

Cincin kemek itu cukup menggambarkan betapa kuatnya kasut itu dihentak di tangan aku yang ketika itu menutup kepala.

Aku tidak pasti sama ada aku mengalami pendarahan dalaman di kepala, kerana di saat aku menulis ini, aku masih rasional dan waras.

Dan, airmata sudah kering. Suara aku tak kedengaran lagi.

Kenapa aku terdera?

Hanya kerana aku meminta dengan nada sayu dan lemah lembut supaya dia melepaskan aku dengan baik, mungkin kita hanya bagus sebagai kawan.

Setelah apa yang aku temui dalam sms (sent items) adalah benar daripada dia, tarikhnya belum jauh dari hari ini.


Dia meminta seorang wanita datang ke rumah mengisi kesunyiannya, dan wanita itu... know who bila dia sendiri seorang manwhore...lantas wanitanya siapa?

Jelak aku membacanya...dia kata dia cinta perempuan tu.

Seperti dia berkata cinta kepada aku.

Dia lelaki curang, dan langsung tidak mahu mengakuinya, walaupun aku berjanji tidak berang dengan sebarang pengakuan ikhlas.

Sebaliknya aku yang tidak berdosa apa, ditangan-tangan, ditarah-tarah, dan tuduhannya berbalik kepada aku - kerana dia nak menutup kesilapan diri dia sendiri.

Bila aku sudah jadi separuh onar, kepala pusing, muka tidak serupa orang - benar aku hampir HILANG AKAL - dia menghampiri aku dengan romantis, sambil membisikkan, "I'm sorry".

Kawan-kawan, ini adalah episod berdarah dalam kamus hidup aku Ramadan ini.

Kalau ada niat ingin bertemankan seorang warga asing, belajarlah daripada pengalaman seorang aku.


Ya Allah, aku hambamu yang lemah...

Thursday, October 04, 2007

SABAR

Senang kan nak cakap sabar? Tapi bahu yang memikul akan lebih maklum. Aku pun manusia jenis manusia yang sangat bersabar, malah sudah setahun lebih. Tapi kalau dia spesies yang itu itu juga, dan yang dia mahu itu itu juga, habis ke mana seharusnya haluan aku? Terima dan diam? Maafkan?

Bila dia kembali dengan muka kesian, tapi bukti-bukti jelas dia memperlekehkan aku dan kesetiaan yang aku bina kerana dia - bukti itu bersepah-sepah. Orang berhati kotor takkan boleh bersembunyi. Aibnya merata-rata.

Tapi aku bertuah dia bukan milik aku yang hakiki. Disebabkan itu aku selamat membawa diri ke haluan yang aku suka.

Tapi, di luar sana, ramai berada dalam situasi aku tapi terikat kerana status diri.

Sabarlah, dan sedar anda semua berada di posisi terbaik.

The best woman wins okay!