Friday, June 27, 2008

Edisi Phoenix Bangkit

Tau tak penderitaan cinta membuatkan batin kau lemah, zahir rasa separuh mati dan minda kau hampir nil fungsi? Ya sebulan lebih ini itulah yang aku rasa, dan setiap kali aku berjalan hanya jumpa bulatan yang bawa aku ke destinasi yang sama.

Meditasi cara aku - renung bulan, mendongak ke langit dan tunduk melihat rumput yang aku pijak. Rupanya aku masih terawang-awang seorang, tak jejak langsung kaki ke bumi. Aku menyiku dagu di atas dahan rapuh, sambil mata merah membengkak saga, terseka-seka air mata yang tak pernah kering. Tapi sudahnya tak nampak-nampak pun tubuh waima bayang-bayang saviour aku, yang datang cuma sekilas wajah murni aku, putih bersih dan pucat, mengajak kembali ke dasar.

Baru aku tersedar yang the other side of aku memang sangat mengagumkan. Dunianya indah, rencah, colourful. tak stand still, riang, ceria...oh perfect happiness. Dan paling best aku tak payah bergantung pada sesiapa yang aku anggap saviour, tapi pada deep soul yang terletak paling dasar, bawah hati, dalam diri aku sendiri!

Wahai si delly yang bengap dan bongok, kenapa kau tak pernah nampak?

Rupanya aku memang kena diketuk, diketuk, diketuk, dihambat dan dihentam dengan kelukaan maha hebat, direndam dalam luka berasid hingga bernanah dalam hati, barulah mata aku clear dan conscious aku kembali.

Syukur hari ini aku buka mata, tepuk dada dan tanya hati, rupanya aku masih waras dan untuk pertama kalinya setelah sebulan lebih insiden itu, saat ini aku membuat pilihan:

Aku ingin berada di other side of me!

Ladies and gentlemen, I'm backkkk!!!

Sunday, June 22, 2008

Bukan nabi

Penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

Andaikan ku bisa lebih adil
pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa

Biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada kau dan dia bukan ku yang mahu
oh Tuhan tuntunlah hatiku...

Wednesday, June 18, 2008

Jalan Cinta

Seorang kakak luhur yang aku kenali, baru melahirkan seorang puteri sekecil 1kg lebih sahaja, tetapi itu cukup memberikan aku kekaguman yang luar biasa. Jalan cinta yang Allah buka untuk dia. Sungguh agung.

Tempoh jadi mak buyung yang dia lalui, tidak seperti orang lain. Dengan diganggu penyakit sedia ada, tambah dengan kesakitan kebas kaki, kebas badan, oh dapat dengar kisah survival dia sepanjang tempoh lapan bulan ini membuatkan aku betul-betul menghargai hidup. Dan aku lupa sekejap pada kisah kepedihan cinta kerdil milik aku.

Ini adalah kisah duka kakak yang pernah bergomol, bertepuk tampar, lepak sakan di bilik 206, kolej Anggerik. Kakak ini juga pernah berbisik dengan aku mungkin dia yang terakhir kawan kerana 'struktur tubuh' yang dia miliki.

Ternyata ramalan manusia hina macam kami hanya sekecil virus sahaja di depan Allah - dia menepis semua prediction, jadi orang pertama kahwin di kalangan rakan-rakannya yang bersilih ganti boy friend sewaktu di kolej. Malah yang pertama dapat anak sebelum best friendsnya sempat ke jinjang pelamin.

Aku yakin keluhuran hati, jiwa telus mulus menyebabkan satu persatu masalahnya Allah redakan. Kekuatan iman dalam diri jadikan dia seorang ibu misali pada seorang teruna yang sangat mengerti dia pernah dilahirkan tidak sempurna. Sebab itu doa mereka bersama:

"Ya Allah Ya Tuhanku, berilah rahmatMu kepada anak kecil ku ini, berikanlah perlindunganMu yang berterusan kepada anak kecil ini, berikanlah dia kesihatan yang baik, untuk dia sihat sepenuhnya. Kau izinkanlah kami memelihara anak kecil ini di dunia ini, untuk kami didik dan bentuk dia menjadi muslimah dan hambaMu yang beriman. Kau izinkanlah anak kecil ini untuk hidup sempurna di bumiMu yang luas ini dengan rahmat dan keberkatanMu, lindungi dan jauhkanlah anak kecil ini dari segala musibah, berilah pertolonganMu untuk anak ini terus membesar dengan pertolonganMu Ya Allah. Sesungguhnya kami hambaMu yang lemah, sudah berusaha, dan kini kami memohon restu dan keredhaanMu untuk membesarkan anak kecil ini, Amin...."

Bila aku terlihat gambar bayi seraya membuka blognya, ya Alhamdulillah syukur, benar perjalanan hidup ini sangat panjang, berliku, tiada noktah, tapi manis sekali bila di tengah-tengah jalan itu ada gerai hentian kecil menjual bunga-bunga ros hidup pelbagai warna.

Dan bila kau berhenti, seseorang akan beli bunga ros warna putih, hulurkan pada kau tanpa silu, dan katanya, "Demi Allah, kaulah yang aku mahu dalam hidup!"

Wahai!!!

Thursday, June 12, 2008

Pagi yang kelam

Wahai lelaki yang busuk hatinya,

Usah.

Hentikan segala panggilan dan sistem pesanan ringkas berinti dusta, aku sudah tak perlu apa-apa bukti lagi.

Aku tahu apa yang kau mahu, perempuan bertubuh pejal tapi hati sekecil kuman; perantau tidak bermaruah. Tolong, tolong, silalah mengambil tempat yang luas terbuka ini!

Aku sudah tidak peduli siapa bakal isi kekosongan itu, yang aku tahu jalan infiniti aku perlu diisi destinasi hentinya.

Wednesday, June 11, 2008

Progres itu tidak mudah

Aku sakit dan disakiti. Lelah dan dilelahi. Sungguh pedih.

Jalan yang ada masih sungguh memanjang ke hadapan tapi aku hanya menjenguk jiran sebelah rumah di sebalik tingkap yang tidak berlangsir.

Sungguh naive, sungguh tipikal kisah cinta terlarang dengan diri diusir keluarga (kalaupun tidak diusir psikologinya aku diganggu dengan panggilan telefon menyuruh bertaubat).

Aku dihambat stress melampau, tekanan darah yang makin tinggi, telefon tidak serik-serik berdering dan kerja yang tidak cuti-cuti. Saat aku melihat, apa yang aku visi hanyalah bayangan gelap dengan lorong satu hala. Infiniti. Belum ada noktah, ya, infiniti.

Saat ini hanya satu yang aku mahu, mereka redha. Aku sudah terlampau gagah mengharungi semua, dan aku sudah tidak peduli apa lagi yang aku harus hadap. Redhalah aku.

Jika tidak redha, aku akan terus menghenyak segala pancaroba hidup ini dengan berani yang plus, plus, dan plus.

Jangan tanya dengan siapa aku pergi, ke mana aku tuju, cuma simpan dalam kepala satu benda: aku tidak pernah lupa sesiapa!

Tuesday, June 03, 2008

Pilihan dia

Bertuahnya aku mendapat seseorang yang tidak sanggup melalui semua ini dengan aku. Setelah berminggu-minggu mengalirkan air mata sampai tak ada cahaya di wajah aku lagi, hari ini aku sudah tahu bahawa dia tidak dapat memikul kesusahan itu bersama-sama dengan aku. Dia bukan lelaki yang kuat. Oh sungguh dayus.

Aku dibuang keluarga, dihina abang sendiri, dipandang rendah oleh rakan-rakan sejawatan, kerana mempertahankan satu rasa, dan akhirnya rasa itu musnah kerana dia tidak mampu memikulnya bersama aku lagi. Sekuat mana pun aku, akan tumpas, jatuh dan lemah tanpa disupport oleh orang yang selama ini aku berikan galakan, aku berikan cinta dan semangat.

Lumpuh rupanya semangat pada tubuhnya yang kuat. Rapuh rupanya jiwa dia pada pantasnya mulut berkata-kata...rupanya tak ada satu makna pun.

Alangkah...seorang orang!

Sunday, June 01, 2008

Not anymore

"We are not bro n sis anymore!"

Aku pun tak pernah sedar selama 30 tahun sama ada aku ada seorang abang. Sungguh aku tak tahu, dan aku tak pernah rasa kemesraan dan keintiman ada seseorang yang boleh aku panggil abang long. Yang aku tahu, dia kahwin, ada anak dan balik ke kampung setahun sekali (raya) dan pulang semula ke KL pada hari raya kedua (biasanya lepas pukul 2 petang).

Aku tak pernah komen apa-apa pasal dia, tak pernah cakap yang buruk-buruk walaupun aku layak untuk berasa sensitif. Dia pernah belikan aku jam swatch masa aku tingkatan tiga, itupun lepas terlihat aku letak gambar jam idaman aku tu dalam pencil box.

Ya semasa aku belajar di UiTM dia cuma menghulurkan jadual kerja shift dia berbanding sekeping note RM 10, at least bolehlah buat makan burger McD hari tu.

Aku tak pernah cakap apa-apa yang muluk-muluk pasal dia, kerana aku tahu kami bro n sis and sepatutnya support each other. Apa-apalah sahaja yang dia pernah buat, sumbangkan atau beri pada aku, aku menerima dengan tangan dan hati terbuka kerana dia seorang abang. Dan dialah satu-satunya abang biological yang aku ada.

Tapi setelah bertahun-tahun itu, walaupun aku menerima dia sebagai seorang abang yang sempurna, hari ini tergamaknya dia memutuskan hubungan aku sebagai adik hanya kerana cita-cita cinta aku yang tak kesampaian. Hanya kerana aku meminta masa untuk berfikir. Hanya kerana aku belum boleh menerima arahan yang diberi. Tergamaknya dia menggunakan nama ayah dan ibu aku yang sakit, untuk menyebabkan aku rasa sangat berdosa pada diri dan menyalah-nyalahkan takdir kenapa aku jadi begini.

Siapalah dia untuk memutuskan silaturrahim aku? Biarpun begini dia tetap abang aku selama nyawa aku dikandung badan. Cinta tu aku yang punya, aku yang rasa dan aku yang miliki, aku berhak beri cinta pada sesiapa sahaja yang aku pilih, biarpun orang itu takde sekelumit perasaan pada aku pun.

Ya jalan aku tidak mudah selepas ini. Doa-doa untuk aku telah diputuskan.