Politik ringan yang berlaku di sekeliling aku sekarang memang betul-betul membuatkan aku nak muntah. Betul-betul sueyyy...howliow!!
I've finally realized that having no friend at all is better than having like 100 friends who finally turn you down. Sesetengah orang memang boleh jadi sucker to the deepest. But they don't just care. Sebab kau tak penting dalam hidup dia, dan tak mendatangkan apa-apa faedah untuk apa-apa cara pun. So what the heck?
Bersendiri adalah yang terbaik buat masa ni. Respect myself the most.
Tuesday, November 17, 2009
Kurangkan gula, rembeskan endorfin!
Adakalanya pelik menjadi kita. Perkara yang sudah diketahui memberi kemudaratan pada diri, itulah juga kegemaran yang diulang-ulang. Sudah bergenerasi lamanya semua di antara kita pun tahu, makanan berlebihan guna boleh membinasakan tubuh. Disebabkan itulah gula dikatakan ‘ibu segala penyakit’ – ya, gula menyebabkan kesakitan datang ‘berpakej’.
Tidak boleh lari daripada diabetes, jika kurang beri perhatian, silap hari bulan organ dalaman lain tidak berfungsi. Organ-organ tersebut termasuklah mata, buah pinggang, saraf, jantung dan salur darah, gusi dan kaki. Ia akhirnya membawa kepada penyakit-penyakit yang pelik bunyinya seperti glaukoma, retinopati, neuropati, penyakit kardiovaskular, gangrene dan amputasi.
Bukan tidak boleh berpantang atau 'kawal diri', tetapi 'dugaan' di sekeliling cukup mengujakan. Lebih-lebih lagi menjadi masyarakat Asia, kita bergantung kepada makanan ruji iaitu nasi. Bukan kita sahaja, malah ia juga makanan utama 2/3 daripada populasi dunia.
Namun bukanlah nasi itu yang perlu dihumban dan dipersalahkan, tetapi diet kita yang 'mendambakan' nasi tiga kali sehari (paling kurang). Masakan tidak, tipikal masyarakat Malaysia menghadap nasi lemak di waktu pagi sebagai sarapan, nasi berlauk pada waktu makan tengah hari, adakalanya petang teringin nasi goreng dan malam, nasi berlauk lagi.
'Bermanis-manisan' dan 'berkanji-kanjian' adalah budaya makan yang amat mengerikan di Malaysia. Bertambah menakutkan jika kesemua kita sedar yang hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes (kencing manis), seperti mana yang dilaporkan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM).
Tahun lepas, jumlah ini meningkat sebanyak 650,000 dan sudah pasti tahun ini bakal berlaku peningkatan yang maha hebat lagi.
Benar, penyakit yang datang adalah satu ujian, tetapi sekiranya kita mengambil mudah dengan tubuh badan yang dianugerahi Allah SWT ini sebagai satu amanah, kita menjadi manusia paling tidak jujur dengan diri sendiri. Mengapa membinasa jika tahu ada jalan penyelesaiannya? Jika tahu gula itu punca penyakit, mengapa tidak cuba alternatif lain menggantikannya?
Nah, mari kita mulakan aktiviti seronok dengan menjadi sedikit kreatif dalam berdiet!
Sedikit cadangan, jika anda seorang yang terlalu sibuk dan berkerjaya, pastikan minum susu rendah lemak berserta roti sandwic, atau bijirin seperti oat di waktu pagi. Tengah hari boleh makan nasi seperti biasa (tetapi kurangkan portionnya) dan lauk pauk (kurang minyak - jika boleh - direbus).
Petang jika masih lapar, kunyah buah-buahan seperti jambu batu dan epal hijau. Serikan malam anda pula dengan makanan ala Utara India yang menyihatkan seperti ayam tandoori dan nan, atau capati.
Juga, pada masa-masa yang terluang, apa salahnya keluarkan peluh. Badminton salah satu pilihan tepat dan murah. Sibuk mengejar shuttle cock dan smash, ke kiri dan ke kanan, tidak terasa badan sudah aktif mengeluarkan peluh selama lebih sejam. Percayalah!
Letih bersukan sebenarnya menjadikan minda kita lebih cerdas, Tambah seronok ia merembeskan hormon endorfin, yang membangkitkan rasa bahagia. Mana mungkin anda jadi pemarah atau moody sentiasa jika konsisten bersukan?
Sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia pada setiap 14 November (malah setiap hari!), mari kita sama-sama elakkan pengambilan gula, kurangkan makanan berkanji dan rajin-rajinlah berlari!
Sinar Harian,17 nov 2009

Friday, October 16, 2009
Kata
Saya terlampau banyak kata yang hendak dituliskan. Tetapi buat masa ini tidak ada. Sila tatapi pandangan peribadi tidak berapa genius saya yang telah terpapar di Sinar Harian.
Sekadar koleksi (2)
Yarni, mi segera, dan 700 taka anak Bangladesh
Pesan ibu saya, kalau rasa diri dihimpit musibah maha hebat dan diuji sampai tahap ingin pergi ke pinggir gunung dan menjerit, maka ingatlah, ada lagi orang yang sangat dan jauh lebih susah malah menderita. Namun mereka masih pasrah kepada ketentuan Allah SWT, lalu memanjatkan doa dan melangkah tegas teruskan kehidupan.
Lantas, apalah sangat ujian yang terpaksa saya harungi jika hendak dibandingkan dengan nasib rakan sebaya di Padang, Yarni Daharudin. Sesekali apabila bekalan elektrik atau air di apartmen tempat saya tinggal tiba-tiba terputus, saya dengan pantas mengeji bahagian pentadbiran yang tidak cekap, sambil merungut-rungut kasar terpaksa lewat ke tempat kerja.
Jika saya di tempat Yarni, jangankan hendak menikmati bekalan elektrik dan air, dapat menumpang teduh di reban ayam pun sudah syukur, Alhamdulillah!
Benar, anda tidak tersilap baca. Yarni, yang berasal dari Desa Ubadak Air di Pariaman, Padang, adalah antara ratusan (mungkin ribuan) mangsa gempa bumi yang melanda Sumatera Barat tanggal 30 September lepas.
Natijahnya, rumahnya yang rosak teruk tidak dapat didiami lagi, lantas alternatif untuk ibu beranak empat dan bersuamikan pesakit strok ini adalah tinggal di reban ayam. Sepatah katanya, dia dan keluarga lebih rela bergaul dan ‘berbau’ ayam daripada menerima risiko rumahnya runtuh!
Justeru semenjak bencana yang menimpa Padang ini, saya banyak terfikir mengapa masa saya terbuang dengan merasakan diri serba tidak kena dan kurang sempurna. Malah sepatutnya saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana berada di bumi Malaysia yang aman makmur dan selamat sentiasa.
Setakat ini belum ada musibah yang benar-benar menggegarkan jiwa seluruh rakyat. Mungkin tragedi tsunami 26 Disember 2004 lepas memberi sedikit impak, namun secara keseluruhannya kita masih lagi bahagia berada di lokasi yang selamat daripada musibah.
Jika anak kecil anda merengek-rengek sambil menghentak-hentak lantai pusat membeli-belah kerana kempunan hendak makan burger MacDonald’s atau ayam KFC yang rangup, katakan pada mereka, Ana, sahabat seusia di Padang terpaksa berjalan hampir 21 kilometer bersama ibunya sebelum dapat makan sebungkus mi segera. Itupun terpaksa berkongsi dengan abang dan kakak-kakaknya yang lain.
Baru-baru ini saya mendapat kiriman e-mel daripada seorang teman baik yang judul ‘of pains and sacrifices’. Klip video berlatarbelakangkan instrumental lagu Wajah dendangan idola Malaysia, Jac telah banyak membuatkan saya duduk diam selepas itu dan berfikir, betapa saya sangat beruntung.
Kalau ada di anatara kita yang sentiasa merungut dan mencemuh bahagian pentadbiran tempat kerja kerana menurut (kita), gaji yang diterima sedikit atau tidak setimpal dengan tugas berat yang dilakukan, tahulah ada anak-anak kecil di Bangladesh yang terpaksa mengorbankan pelajaran untuk menanggung keluarga dan bekerja di kilang membuat besi.
Dan pendapatan mereka? Untuk waktu kerja bermula 9 pagi hingga 6 petang (waktu kerja kebanyakan kita semua), mereka menerima gaji lumayan sebanyak 700 taka, bersamaan RM36.14 sebulan! Setiap kali anda mengeluh kerana kerja yang terlalu menekan dan menyusahkan, percaya atau tidak jika tugas mengkehendaki anak-anak di Bangladesh ini mengangkat batu bata, setiap 1,000 bata yang berjaya dialih ke lokasi dikehendaki, mereka baru menerima upah RM3.20!
Ya, tentulah tidak adil jika saya menyamaratakan PhD, masters atau ijazah yang anda perolehi dengan kanak-kanak belasahan ini, tetapi sekurang-kurangnya, tidakkah anda (dan kita semua) mahu rasa sedikit bersyukur?
Sinar Harian/7 minit/14 okt 2009

Sekadar koleksi (1)
Mendidik anak menjadi lebih bersyukur
Sepanjang Hari Raya Aidilfitri ini, bersempena pula dengan jumlah cuti yang agak panjang, saya banyak menghabiskan masa membuat sedikit analisis dan imbasan sejarah keluarga. Walaupun adik-beradik saya sendiri tidak ramai, tetapi ada beberapa keluarga sebelah ibu dan ayah yang mempunyai anak-anak kembar. Tidak kurang juga sepupu-sepapat yang mempunyai bilangan anak cukup mengagumkan, mencecah 9-10 orang (walaupun si ibu baru berusia 30-an)!
Salah seorang daripada mereka merupakan abang sepupu yang agak rapat dengan saya. Saya memanggilnya Abang Man. Umur Abang Man baru mencecah 37 tetapi sembilan anaknya bersusun dari usia setahun hinggalah yang bergelar dara sunti. Betul, Abang Man pula bukan orang senang, dan pendapatannya sekadar hasil menjual kuih-muih yang dibuat isteri. Mereka berjualan dari petang ke malam di setiap pasar malam di bandar tempat saya berasal. Kesukaran hidup Abang Man bukan menjadi fokus saya, tetapi bagaimana dia dapat mendisiplinkan dan mendidik sempurna anaknya yang sembilan itu.
Sewaktu mereka datang berbondong-bondong ke rumah keluarga saya (kerana ayah saya abang sulung dan paling veteran dalam keluarga) pada hari raya pertama, saya teruja melihat ‘keseragaman’ dalam diri setiap anak Abang Man – bukan saja kerana mereka berbaju raya corak dan warna sama, malah tingkah laku yang agak senada dan sekata. Tersusun dan terdidik. Berhemah dan mempunyai santun yang tinggi.
Adik-adik yang kecil langsung tidak bising dan membuat kacau kerana si kakak sulung menjadi ‘jeneral kecil’ yang sentiasa memberi arahan dan memantau pergerakan mereka. Jangankan hendak memandai-mandai mengambil kuih sendiri, jika terasa haus pun mereka hanya berbisik kepada si kakak sebelum airnya dihulurkan. Usahkan hendak melompat ke sana sini atau memegang-megang barang unik yang menjadi perhiasan rumah, hendak duduk bersandar di sofa empuk rumah kami pun mereka nampak takut-takut. Risau ada kotoran di baju yang mungkin melekat. Mungkin juga kurang selesa untuk bersandar-sandar malas di rumah orang.
Sifat merendah diri itu saya saksikan berlarutan bila tibanya waktu ibu saya menghulur duit raya. Ya , tidak seperti sebahagian besar kanak-kanak lain yang ‘mendamba’ duit raya, anak-anak sembilan orang ini sudah cukup gembira dapat berhari raya dengan baju raya seragam itu. Mereka sudah sangat ceria dan bersyukur dapat makan kuih raya dengan air berkarbonat. Apatah lagi jika tuan rumah sudi menggoreng mi. Justeru bila dapat sampul raya hijau berisi wang, senyuman yang terukir di wajah sembilan kanak-kanak itu menjadi sangat lovely, nampak benar ikhlasnya, malah mereka memanjatkan kesyukuran berpanjangan dengan menerima sambil mencium lembut tangan ibu saya yang memberi.
Bukan ingin membanding, tetapi terdapat karakter dalam diri kanak-kanak lain yang saya saksikan sepanjang hidup ini agak menjengkelkan. Sesetengahnya meminta-minta duit raya daripada ibu bapa sebagai balasan berjaya menamatkan puasa sebulan. Lebih crucial lagi bila dibawa ke pasaraya, badannya akan sengaja ‘dijatuhkan’ ke lantai kompleks membeli belah itu, bersedia untuk membuat ‘demonstrasi’ kecil seperti berguling-guling atau menghempas-hempas badan – seperti satu ugutan pula – pilih sama ada ayah hendak malu dilihat awam, atau beli permainan yang diidam-idamkan. Lebih teruk lagi ada yang menetapkan amaun duit raya yang harus diberi oleh ibu bapa, atau datuk dan nenek di kampung, agak objektif mendapatkan barang idaman tercapai.
Letih meladeni karenah anak-anak moden zaman ini, bukan? Tetapi tidak ada yang mustahil kerana jika anak-anak sembilan orang itu boleh melakukannya, mengapa tidak anak-anak lain juga? Saya tidak menuding jari menyatakan ibu bapa yang mengajar dan membiarkan anak-anak mereka jadi sedemikian (demanding), tetapi benar, jika tidak melatih mereka melalui saat-saat susah dan getir dalam kehidupan, bagaimanakah mereka mahu belajar bersyukur dengan apa yang sudah ada?
Saya bukan prejudis anak-anak generasi baru tetapi pada pandangan saya, untuk menjadikan sesuatu, maka kita harus menunjukkan jalan dan caranya. Malah sentiasa mengutus doa kepada Allah agar membuka hati anak-anak juga satu cara terbaik.
Saya antara seorang daripada berjuta-juta anak-anak degil, cengih dan tidak simpati pada ibu bapa sebelumnya. Namun, berkat doa berterusan ibu ayah, hati saya yang keras mula mencair. Ya, melihat wajah ibu saya yang mempunyai pandangan sangat redup, wajah berkerut tua yang masih menawan, dia kelihatan begitu suci sekali.
Setiap kali menatap wajahnya, saya seperti tidak keruan memikirkan betapa banyak perkara yang dia mahu saya lakukan, tetapi malangnya masih belum berjaya dilaksana dengan sempurna oleh saya. Namun sekurang-kurangnya, dia telah menjadikan saya seorang yang sangat bersyukur dengan apa yang saya miliki kini.
Sinar Harian/7 minit

Thursday, September 17, 2009
Selamat Hari Raya!
Ah, aku terpikir-pikir apakah password blogku ini... begitulah bersawangnya, kan?
Esok (Jumaat, 18 Sept) tanggal selepas sahur (Insya Allah) aku akan mulakan perjalanan ke Melaka. Alhamdulillah! Akhirnya setelah sekian lama, inilah hari raya yang paling aku nanti-nantikan (setelah bertahun-tahun!), bila jauh di lubuk hati aku sudah tidak ada perkara yang sangat membeban dalam otak, bersarang dalam hati sehingga menanah jadi kanser jiwa. Ya semuanya sudah tinggal sejarah.
Walaupun (mungkin) masih belum sepenuhnya jadi anak yang sangat baik, terlalu taat, tapi sekurang-kurangnya aku telah cuba sehabis baik untuk berbaik dan menjadi anak yang sekurang-kurangnya, ada makna di hadapan mak dan ayah aku. Memang aku tak akan jadi seperti sepupu2 lain dan segala-galanya mungkin tidak akan sempurna sekelip mata, tapi ya, aku sudah bahagia, kerana sudah jumpa caranya. Caranya! Caranya!
Harus aku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-Nya yang tidak pernah langsung berkurang, Alhamdulillah, aku sangat bersyukur. Ada kalanya aku memandang sepi dan sudahnya pernah juga hari-hari yang berlalu tanpa mengingati-Nya, tapi aku selalu ketuk diri supaya sedarkan diri bahawa aku bukan siapa-siapa. Lantas siapa yang lebih adil untuk menilai aku?
Seorang teman, yang telah melalui bersama suka-duka aku dalam setahun ini, amat menyentuh jiwa aku yang kecil, tetapi kesetiaannya ku doakan akan bertukar menjadi kebahagiaan sejati untuk aku dan dia (insya-Allah paling lama pun dalam 2,3 tahun ini, walaupun bererti aku masih harus menanti). Jika penantian ini tidak berbaloi maka aku redha sahaja, kerana pada saat inipun jika dia terpaksa melangkah aku relakan...
Seorang adik yang sangat aku sayang (kerana keserupaan rona hidup dalam beberapa segi - and yes, u know who u r), perjalanan hidup ini sangat panjang (selagi kita meyakininya!) Dan duka itu bukan untuk kita selama-lamanya. Jika tak jumpa, kita kena cari bahagia. Menanti bahagia datang kadang-kadang seperti juga berpura-pura bahagia, kalau kita yang cari, kita yang mahu dan kita yang mencorakkan bahagia itu.
Kalau orang ingin tahu apa rahsianya terlepas daripada siksaan mental dan fizikal, rasanya seperti terbang melayan-layang ikut rentak lagu ESQ (Adagio in Minor by Yanni). Ah...tenang dan syok, bahagia sekali!
Jadi, adikku, keluarlah daripada kepompong yang menyelaputi dukamu.
Saya tidak janji bila boleh menulis lagi. :) Facebook aje yuk!

Monday, July 06, 2009
Permainan Duniawi
Selalunya pesan mak sebelum aku letak gagang, “jaga diri, dan berjihadlah!”
Jihad tu mudah bunyinya, dan selalu benar juga aku mengingatkan diri sendiri agar kuatkan semangat menghadapi gelombang hidup. Tapi kadang-kadang gelombangnya terlampau wavy sampai aku terkapai-kapai tak ada tempat nak sangkut diri, jauh lagi nak berpaut.
Tapi dalam pada tak pandai berenang, aku cuba juga apungkan diri agar dapat bernafas walaupun kesemputan.
Tak semua insan mampu melihat cahaya kebahagiaan kerana dalam hati mereka ada titik hitam yang akhirnya bernanah dan membusuk, lalu meletup menjadikan orang lain sebahagian daripada manusia yang terkena bau itu a.k.a mangsa.
Alangkah indahnya hidup bila manusia semuanya berhati Mother India dan setia, rajin seperti Oshin.
Ikhlas, bersih hati macam Mr Zero pun ok.

Sunday, July 05, 2009
Obsesi OBSESSED
Aku tak tau pulak cerita yang aku ulang tayang dua kali sehari sejak sebulan lebih lepas baru aje nak masuk pawagam. Tapi itulah obsesi terbaru aku, mengadap filem Obsessed (Beyonce Knowles, Idris Elba & Ali Larter).
Selain jadi peminat kipas mati kat penyanyi Halo tu, aku jugak pemfollow setia Ali Larter sejak zaman Final Destination lagi. DVD Obsessed pun aku terbeli secara tak sengaja, sebab ingat ini filem lama yang dah berapa kurun. Makin lama tengok makin best, sampai teraddicted.
Idris Elba tu kan...pun memang sangat mengujakan!

Tuesday, June 02, 2009
Menjadi yang baik-baik sahaja
Saat penghijrahan itu sudah tiba dan Alhamdulillah, nikmat yang Allah beri tidak pernah surut. Menjadi hamba sekerdilnya di depan Dia, berita besar yang aku terima semalam (kelmarin) adalah yang terbaik untuk manusia seburuk aku. Subhanallah.
Putus asa pantas saja menjadi keputusan aku bila bingung. Saat aku mencari suara siapa berkumandang dalam diri menyuruh aku ikut hati, akal mengarah aku supaya idle sejenak dan renung jauh ke jasad, apa yang aku mahu dalam hidup ini.
Bila aku separuh gila meraung, kemahuan yang datang itu macam-macam. Bila sudah letih menjerit dan terjelepuk di lantai realiti, aku tahu yang aku mahu hanya yang satu-satu itulah: bahagia.
Tidak susah jadi bahagia kalau hati tenang. Kalau hati putih bersih, murni macam Mr Zero. Bahagia yang ada dalam aku adalah berkat doa mak yang tak putus-putus, yang dalam tadahan tangannya memohon agar aku sentiasa dilorongi jalan yang lurus (dan betul), dan kejayaan berganda dalam apa sahaja yang aku mahu.
Aku tahu aku di sini kerana Allah menerima doa ibuku yang berhati mulia. Bayangkan jika dia sudah tiada, siapalah yang akan bersedih dan menadah tangan memohon kebahagiaan untuk aku lagi?
Aku benar-benar tidak boleh berdiri seteguh ini lagi tanpa tadahan tangan yang mulus sifatnya itu!

Sunday, March 29, 2009
Wahai bebudak belasahan...
Aku keluar awal hari ni untuk menuju ke satu destinasi dengan seorang teman baik. Lepas Subuh aku bersiap gitu-gitu aje, dengan tocang satu kat rambut yang saja-saja aku sengetkan. Aku turun lif, siap sedia menunggu teman baik itu datang mengambil.
Saat aku sibuk dengan hp menaip, menaip, menaip dan menaip mesej, tetiba saja aku disapa oleh dua (kanak-kanak?) kot, yang aku seriously percaya, hanya budak-budak bawah umur yang mungkin sedang tunggu nak ambik PMR atau paling-paling pun, yang memang dah jangka diorang awal-awal akan fail SPM.
And I'm telling why they will fail.
"Wiwit..wiwit...kak long nak pergi mana....nak ikut boleh???"
"Wiwit..wiwit...sombonglah kak long ni...macamlah lawa sangat...."
Oh hell...oh pleaseee....oh mannnn...pleaselahhh....
It was as early as 630 am in the morning, dan aku lebih merasakan kanak-kanak itu sebenarnya terlebih minum todi dan masih belum pulang ke rumah untuk tidur.
Hello....aku ni kau boleh panggi emak ok!!!!
Shutttt upp!!

Kawan? Sahabat? Teman? (Tapi mesra)
Saja terbaca blog seorang kawan di ofis yang sangat aku senangi. Agak kaget terbaca satu entry apabila seseorang yang dinamakannya Ros, adalah seolah-olah refleksi aku.
Katanya Ros hampir saja jadi kawan rapat atau akrab dia, tapi entah macamana ada jurang pada perhubungan mereka kerana Ros seorang yang (mungkin) tidak suka stay pada satu persahabatan tunggal.
Dalam kekecilan hati aku membaca, Ros lebih senang mengajak kawan-kawan barunya keluar daripada mengoffer dia turut serta.
Aku sepatutnya tidak perlu berasa apa, kerana persepsi aku sendiri, apa yang digambarkan pada Ros memang ada sedikit refleksi aku, tapi hakikatnya sungguh jauh kerana diri aku yang aku kenali: tak lekat dengan satu kawan, tapi semua kawan adalah hingga ke akhirnya!
Judgment yang dia tak pernah sangka aku akan baca itu membuatkan aku tersentap, betul, tapi sekurang-kurangnya aku sedar bahawa sebenarnya ada jugak orang yang nak jadikan aku sahabat baiknya, tapi dek sebab dia nampak aku kadang-kadang keluar juga dengan kawan-kawan lain, dan adakalanya selamba tak ajak dia keluar sama, maka dia merasakan aku mungkin, mungkin sekali tak sesuaiiii dijadikan kawan baik.
Ya somehow aku setuju cadangannya: Lebih baik pastikan diri jadi baik daripada ada kawan baik!