Friday, March 28, 2008

Menjadi Orang Seni

Aku ada kegemaran baru yang menyebabkan hari-hari aku di tempat keja jadi makin best, kalau tak berYouTube, aku bertv3 :)

Dah habis tengok Sindarela, aku layan Manjalara yang tak sempat aku follow tahun lepas. Bila dah habis tengok dua drama ni, entah tak tau nak tengok drama mana pulak. Terpaksalah pilih Air Mata Maria pulak :p.

Bukannya nak tengok sangat, tapi bila aku tertekan episod 7, ada satu benda dalam drama ni yang menyebabkan aku terkenang zaman lampau ketika bergelar artis...wah boleh gitew...ya lokasi penggambaran drama ni, sebuah banglo di Gombak. Masih macam tulah rumah tu sejak aku berlakon dalam 6 tahun lepas, still cantik dan tersergam indah.

Walaupun masa tu tak dibayar sesen pun, kecuali dihulur boss aku duit minyak, banyak jugak experience merepek yang aku dapat masa jadi pelakon tambahan. Firstly of courselah berciom molot dengan pelakon-pelakon utama, then aku belajar one thing; kalau sekarang ternampak pelakon-pelakon cun yang tak pandai sangat berlakon, I won't blame them. See, it's not easy to be an actor/actress okay!

Aku teringat bila disuruh buat aksi dan mimik muka bila penjahat yang merupakan bekas bf Julia ditangkap polis. Director kata, ini suratkhabar, pegi kat gate amik suratkhabar, baca, buat muka terkejut, lepas tu berlari-lari anak ke dalam umah sambil menjerit, "Cik Julia, Cik Julia!" sampailah Wardina turun tangga dan bertanya, "Ada apa mimi?". Tunjukkan suratkhabar pada Julia, dan pandang muka dia. Cut!

Arahan diberi tulah sekali dan expectation diorang; pandai-pandai kaulah. Magicnya hari tu aku berjaya buat muka shocked seperti yang dikehendaki tanpa satu mistake pun, malah tak membazir tape sebab aku tak yah react. Petuanya satu je aku belajar daripada Wardina, takyah peduli apa diorang nak cakap, feel macam apa yang bakal berlaku adalah real and shoot!

Dalam hati debarnya Allah aje yang tahu bila camera memang focus muka aku dari jarak berapa inci je, sebab yang dorang nak tengok adalah reaksi terkejut aku. Kena pulak ada krew yang kaki sakat, diketawanya kita dari jauh. Dan bila aku realized yang disekeliling aku adalah orang, orang, orang dan ramai orang yang mensilentkan diri untuk tengok aku berlakon, memang rasa sendiri mahu cakap 'cut!' dan lepas tu lari kuat-kuat dan tutup muka. Malu!!! Hey ingat senang ke jadi pelakon??!

Kalau diingat-ingatkan memang azab, dan nasib baik aku tak payah lalui kesemua benda tu lagi. Itu zaman boss terdesak, nak buat macamana.

Tapi berita baik yang buat aku selalu senyum masa tu, ramai yang noticed aku adalah mimi dalam julia, sebab orang gaji julia tu memang cute! :)

Saturday, March 22, 2008

Sawang Bersih

Sekarang rumah saya dah bersih daripada sawang!

Kisah sedih. Terbaca blog seorang kenalan yang pernah rapat dulu, tapi telah aku nyahkan dari jiwa aku. Alahai nasib...aku kesian dengan ceritanya. Bukan nak buang balik paku buah keras, tapi aku dah kata dulu. Berulang-ulang kali sampai dia jemu. Hidup ni karma.

What comes around goes around sayang....

Yang comes around, adalah hidup dahulu kalanya yang terpaksa dia lalui semula. Bangun seawal pukul lima pagi, hidup berkejaran bas after another di Central Market.

Keluhan hidup seperti, i quote (verbatim), "Siapa yang peduli pada aku? Who cares about me?"...

Kemerepekan yang tak habis-habis, i quote (nonverbatim), "I wanna stay in the UK"...sigh...

Karma!

What goes around adalah sikapnya yang masih tak mahu berubah, thinking she is wise, and wiser each day...

Karma!

Aku, yang pernah dikatanya manusia 'assalamualaikum', merasa sangat gembira kalau sekali sahaja dalam hidupnya setahun ini selepas dihempuk keluar from what she described as 'the place', hantar sepatah sms kepada aku mengucapkan takziah bahawa karma yang aku katakan dulu salah.

Damn bl**dy sister...ops...language!!

Sawang

Ya betul kata Areyoung, blog akak ni memang dah bersawang. Sawang-sawangnya memang tak dapat dilihat, tapi aku dapat rasa bila muka dan hidung sudah mula gatal-gatal, dan bibir mengetap-ngetap menahan geram. Itu petanda sesuatu perlu direcord!

Pertama, tergamaknya nama Alex disebut-sebut lagi di depan aku. Syaitan Filipina yang pernah kena penampar sulung aku tu memang tak serik-serik. Dah dikoyakkan passportnya pun masih ada hati nak mengendeng-ngendeng. Yang si jantan pulak entah hapa diharapkan dengan perempuan murah yang hand bagnya penuh berisi g-string saja, dan hand phonenye direload oleh pelanggan. Beyatch!!!!

Nway, kau dengan si syaitan tu dua-dua boleh berambus.

Ya sebetulnya aku memang malas nak cerita apa-apa lagi pasa kaduk dua ekor ni, kerana bila darah aku mendidih, aku boleh sampai tahap bagi penampar kedua pada betina jalang tu, dan bongkar operasi pelacuran geng-geng filipinonya kepada Sinar Harian. Hahaha!! Jangan ingat rambut aku rebonding aku tak evil. Persetankan segala kekecewaan hati sekarang kerana sekarang adalah masa untuk aku jadi survivor dan jimat tears supaya mata aku tak senang berkedut.

Jantan tu ingat aku tak boleh tidur lena tanpa cintanya padahal setiap malam sekarang aku berdengkur dengan aman dan bila sedar aku bersyukur pada Allah kerana aku masih seorang pejuang yang kuat semangat. Si mangkuk tu langsung tak kenang jasa-jasa aku bila dia balik kampung sebulan dua bulan lepas. Dik kerana kasih aku berabis rm50 sehari yang jumlah minit untuk bercakap hanya setengah jam. Kerana pure love kononnya aku berlari ke western union bila dia kata dia perlu sedikit dollar.

Jantan keparat, kau bernasib baik aku wanita bekerjaya yang tak kisah pasal duit dan ada duit. Sekarang pegi mampuslah kau dengan betina filipina tak sedar dik untung tu, fuck her so hard and see where will she lead you...muahaha...nak reload sebulan rm10 pun terpaksa call kau, heh...bloody wh*re!

(Err...ya entry yang terkena sawang memang begini...Sekarang sawang dah bersih nanti it will be okay! :) )

Friday, March 07, 2008

Selamat mengundi semua!

Seronok jadi anak merdeka? Kalau nak kita terus aman damai dan berada dalam negara yang comfortly peaceful, Malaysia Truly Asia kita ni, ya silakanlah keluar mengundi beramai-ramai esok, dan ayat cliche aku, buatlah piihan yang bijak!

Pada aku esok lebih kepada reunion keluarga, lepas lima-enam bulan tak berjumpa dengan kakak dan anak-anak buah, dan tahun ke berapa (haha) tak berjumpa dengan abang sulung aku, itupun kalau dia ada hati nak balik kampung esok.

Selebihnya esok adalah hari nak tengok pelbagai bentuk ragam manusia, sudah semestinya beratur panjang di sekolah, dan disebabkan itu aku telah membeli beberapa helai baju untuk digayakan. Hampeh betul macam nak raya! Sadly I won't be able to reunite with my team di office, yang semuanya akan standby dan berhempas pulang untuk results pilihan raya. Rasakanlah pulak ye, ari tu masa raya aku pun dah berkorban datang awal :P