Sunday, September 21, 2008

Terkadang dalam ilusi

Aku singgah sekejap ke ruang hati, oh masih kosong. Malangnya bengkak-bengkak lama masih ada, jadi ruang yang tidak berapa sempit itu belum ada maknanya untuk diisi. Cantik ke???? Life..oh life...

Beberapa orang yang seperteduhan dengan aku membuka rahsia hidup bahawa kesempurnaan diri adalah bila kau jadi manusia paling gembira di dunia, dan mendapat kepuasan ultimate melalui apa yang kau sendiri buat, kau sendiri mahu, kau sendiri cari, kau sendiri bikin. Ya sendiri. Jika kau mampu membuat diri gembira, happy endlessly dengan apa yang kau usahakan sendiri, Alhamdulillah itu petanda Allah sudah merahmati dan memberi satu bentuk kekuatan yang tidak akan semua orang miliki.

Apa yang aku mahu ketika ini??

Cuma ketenangan ketika beribadat, ketika mencari rezeki dan sesuatu yang aku kepingin sekarang ini, bersuami. Cantik keeee??

Ha ha ha

Selain melewati fitnah-fitnah masa lalu, aku juga hanya berniat untuk menggembirakan dua keping hati yang sentiasa risau keadaan diri aku di perantauan.

Salah ke?

Friday, September 19, 2008

The lucky ones...








Sebetulnya ini gambar The Gelimat's ni diambil masa time agak free sehingga membolehkan kami berbuka di Kenny Rogers Shah Alam. Selalunya seperti biasa kerja kami dihambat waktu jadi yang termampu hanya sekadar berlari ke bazar ramadan seksyen 17 dan kembali semula ke office. Ah berapa lama dapat tahan asyik berbuka dalam bilik meeting dengan air sirap selasih berplastik dan berstraw. Oh tak boleh jadi! Hari ni (kelmarin) akhirnya aku memutuskan yang kami mesti berbuka di luar walau sekali, kalau tak mahu otak jadi jammed dan karat.
Oh yes, The Gelimat's disertai adik-adik junior kesayangan aku ini: Jue (si manis bertudung) dan Fiz (si jejaka rambut menyinga dan bercekak 24/7).
And Gelimat? Oh have you seen the video cum mtv? (Don't worry if you cant sing together because this mtv is sung exactly like the translation provided) Ha ha ha....enjoy!


Wednesday, September 17, 2008

Yang Terbaik

Kerenah sesetengah orang memang busuk, menjijikkan. Bagusnya aku boleh latih diri adapt dengan kejijikan ini dan jadikan ia satu pengajaran paling manis.

Kau tak akan pernah tahu siapa akan back stab kau dari belakang, siapa musuh dan siapa the real friend. Setelah enam tahun bekerja, ya ini peristiwa paling sukar dalam sejarah aku. Seseorang yang aku tak pernah rapat dan tak pernah ambik tau, membuat penilaian yang tidak-tidak tentang personal aku. Sungguh sengal. Dan separa disappointed bila mengetahui dia berlagak bagus dan friendly depan semua orang bila hakikatnya dialah si pemakan daging saudara itu! May God bless u more and more.

Ada seorang lagi manusia di office ni yang pendiam aduhai...tapi makan dalamnya sangat berbisa. Susah jadi pendendam, bertambah sukar bila dia tak mahu mengambil iktibar, jadi manusia humble dan akui kesilapan diri sebagai seorang junior.

Ah, entah-entah dia tak faham apa itu humble kot? Bila aku lontarkan perkataan yang sama sampai 10 kali dan yang aku dapat hanya statement mempertahankan diri dan kata-kata "aku betul", well what do I expect??

Berdepan hanya depan PC sepanjang hari tanpa mengangkat muka walau sedetik takkan menjadikan kau pekerja terbaik di office (dan hakikatnya sambil duduk menaip kau boleh pasang telinga dan mendengar dengan tajam apa yang orang lain kata pasal orang lain).

Sembahyang cukup 5 waktu dan mengaji di senggang antara Zuhur dan Asar tak semestinya menjadikan kau manusia luhur depan Allah, kalau saat kau ditegur kemudian kau mengadu domba pula pada orang lain, dan si orang lain itu kerana dirinya tak pernah ditegur aku menjadikan itu sentimen untuk dia menaikkan api dan menyokong tindakan kau. Wah! Sungguh complicated cum entah apa-apa!

Sungguh puasa 1429 ini menguji sungguh kesabaran aku!

Wednesday, September 10, 2008

My dear Alesya!







Look at how the girl is progressing, from the day she was born till date.
OMG she is so cute, so adorable and definitely one and only Nur Alesya Qhaisara.
I'm happy for kak P-nut and may Allah bless this little family of hers. Amen.
(Note to KPnut: I may not always leave my comments on your blog, but you know I never failed following Alesya's development. Happy for u, sis!)