Wednesday, January 30, 2008

Silap di mana

Entah di mana silapnya, dia membuatkan aku terluka. Sekali lagi.
Setelah semua pengorbanan ni, berbaloikah?

Tuesday, January 29, 2008

Aliran Baru

Di usia emas seperti aku ini, ya memang agak kurang sesuai untuk bergomol dengan lagu-lagu hip hop lagi. Walaupun apalah salahnya, tetapi sudah resmi manusia, bila masuk pada satu tahap usia, betapa enakpun Beyonce atau Rihanna, atau bestnya berdansa dengan irama in da club 50 cent, tetap mahu satu rentak yang beri 'soul' pada diri.
Ya, soul dan jiwa kematangan yang aku mahu ada pada album ini: Hadiah Daripada Hati Dato' Siti Nurhaliza. Sudah sebulan aku beli, terstore elok sahaja dalam kereta, kerana setiap kali balik pada pukul 11.30 malam aku hanya mahu irama yang tak buat mata mengantuk supaya selamat sampai ke rumah (Astaghfirullah, kan bapak dah pesan pasang lagu-lagu Zikrullah!) :P

Tetapi hari ini intentionally memberi space kepada siti menghiburkan aku, dan ya, album ini jelas memberi sesuatu yang....mengetuk-ngetuk di hati. Memang siti honest ketika terlintas di benaknya untuk memberikan tajuk album ini 'hadiah daripada hati' kerana memang soulnya di situ. Dan easily to figure out yang siti not bad dalam tatabahasa, sebab aku pasti artis lain kalau ya pun nak beri tajuk, akan menamakan album ini 'hadiah dari hati'. Ah kau faham tak apa maksud aku?

Ya siti dapat A1 dalam kertas BM spm 1997 dulu. So, no wonderlah...

Katanya....melawan kesepian...

"apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti
airmata yang tertahan, waktu untuk dijatuhkan

nanti kita kan tahu, betapa bijaknya hidup
sepahit apa pun ini, pelajaran yang bererti

semoga kepergianmu tak akan merubah apa pun
semoga mampu ku lawan kesepianku...."

Hmm melodinya...ya dengarkan saja!

Wednesday, January 23, 2008

It's my 10,800th day


More than words to say...it's my happiest day!
Happy 30th birthday, dell!

Tuesday, January 22, 2008

Impian ke 30

Sebut pasal impian memang tidak ada tokoh terbaik selain ayah aku sendiri.

Ya impiannya semenjak meninggalkan Kem Terendak pada usia 41 tahun adalah untuk tinggal di kawasan suburbia dengan kawan-kawan sekampung, mungkin jadi nelayan, penoreh getah atau penarik kelapa sawit berjaya.

Ada saudara mara yang giat suruh ayah aku jadi pengawal keselamatan.

Tapi sebagai seorang ayah yang anak sulungnya di Australia, anak keduanya di asrama penuh dan anak bongsu (ehem ehem) yang baru nak masuk darjah satu, keputusan untuk menjadi semua yang disebut di atas adalah nahi mungkin. Atas kudrat yang ada ayah aku percaya ada satu perkara kuat yang boleh dilakukan sehingga selepas 22 tahun setelah tarikh pencennya itu, yes, he is the man of the family, the saga of my generation, the gem...

Perkara kuat itu adalah sesuatu yang menjadikan ayah aku seorang yang kuat. Prinsipnya mudah, buat sesuatu yang belum ada orang lain lakukan. Walaupun untuk mencapai cita-cita murni itu aku sampai ditinggal ayah ibu kadang-kadang seharian, malah berhari-hari, tetapi aku tak melatah jadi budak mengada-ngada dengan mengatakan ibu dan ayah aku tidak memberi cukup kasih sayang.

Setelah 22 tahun, ayah aku jadi seorang yang sangat berjaya, walaupun aku jadi anaknya yang paling malang kerana turun naik dalam hidup terlalu kerap, sehingga hampir aku dicampak keluar daripada generasi Mohamed Ali, tetapi ayah aku percaya satu perkara yang pasti membuat aku berjaya: Perkara kuat.

Setelah membuang masa hampir sepuluh tahun, barulah dalam usia nak menginjak 30 ini aku sedar yang aku jugak sudah ada perkara kuat yang hendak dilakukan. Biasalah menjadi aku, aku jarang mendengar kata hati, tetapi lebih kepada pemerhatian pada laluan masa hadapan dan praktikalnya sesuatu dilakukan pada masa ini. Dan jawapannya aku sudah temui, aku bukanlah hendak mengejar kekayaan, cukuplah membuat diri sendiri puas dan impress.

Esok ulang tahun ke 30, ya aku berjanji pada diri sendiri untuk akhirnya, menjadi aku. Aku bukanlah orang yang obses sangat to make things happen, tapi aku akan kerja keras untuk capai apa yang aku mahu.

Ya dan aku tidak peduli kataan orang, kerana orang-orang tahunya apa? Pernahkah orang tahu aku mengira syiling yang ada di waktu susah? Pernahkah orang ambik tahu aku menangis di rumah sambil makan maggi kerana itu sajalah makanan terbaik untuk aku pada masa itu? Atau pernahkah orang tahu aku haus sangat sampai terpaksa mengisi penuh bekas air mineral botol besar terpakai dengan bayaran 20 sen - ambil di mesin air depan 7 eleven di seksyen 18?

Semua itu kisah yang orang tak mahu tahu dan tak mahu kisah. Itu kisah kesilapan bila aku tak mahu belajar daripada kesilapan. Itu khilaf yang aku tak pernah kisah nak membetulkannya sampailah orang ketuk kepala aku dari belakang jadi berdarah-darah - dan bila aku tengok darah tu betul aku yang punya, barulah aku realize yang aku telah buat silap.

Sudah 29 impian aku terlepas. Impian ke-30 ini pasti akan ada dalam genggaman!

Sunday, January 20, 2008

Semoga ditunjukkan jalan...

Setalah lebih 30 kali terpanggil-panggil nama kami, ya aku akhirnya benarkan dia masuk punggah semua harta benda dia yang tak tak seberapa tu untuk dibawa keluar.

"Kosong-kosong ok kak!"

Huh, terkesima dan terludah dalam hati. Kosong-kosong!! Sedar tak apa yang kau cakap ni? Yang kosongnya kau, bukan aku. Yang ruginya kau, bukan aku. Tapi aku bukan budak darjah empat yang cakap dengan kawan-kawan dia "kosong kosong ok" sebagai tanda dah takde dosa antara kita lepas hari raya aidilfitri.

Man, u r so childish!

Belum pernah aku jumpa, seseorang yang apabila bertemu mereka yang berpangkat kakak, menjawab dengan luhur dan meminta kemaafan pada setiap kesalahan, bukan terjah dan anggap 'kosong-kosong' sudah memadai!

Dia datang dengan seseorang yang, descriptionnya begini: dia bukan melayu. Ah tapi dia bukan si nigga dan cakap melayu dengan lancar. Dengan post-script yang telah dirancang masa dalam kereta sebelum aku sampai, si bukan melayu itu kata, dia adalah abang kepada kawan bukan melayu kepada si gadis cengeng itu. Wah lancar ni bercakap yang adik dia ada di kolej di pj, dan dia tinggal di ampang.

Aku angguk sekali bukan makna aku tertipu, tapi berdoa dalam hati Allah rabakkan mulut kau atas penipuan yang nampak luhur tu.

Teka apa?

Jahat seperti kau sangat cliche dan zaman 70-an lagi orang dah buat. Dan nasib baik si cengeng tu tertinggal handphone (memang tak pernah pandai jaga harta benda sendiri, wonder why u lost ur expensive nokia phone recently!), dan berkat tengok helah desperate housewives season 1-4 yang aku ulang tayang setiap hari tanpa rasa jemu sebelum gi kerja, dengan pantas aku check nama si bukan melayu itu, nombornya dan sms-smsnya.

Huh, kalau dia abang kepada kawan kau, buat apa smsnya berbaur rindu!

Dan buat apa dia cakap i love you!

Nombor sahabat lama dia cepat-cepat aku dail, dan ya, my instinct is always, always the best.

Jejaka bukan melayu tu baru tiga hari dia kenal and...wtf...aku peduli apakan...

Kadang-kadang tersergah rasa menyesal bila terkenang yang aku pernah anggap dia macam adik sendiri. Eh jadi anak bongsu lah jugak the best!!

Well, she's officially out, from my life, yes of course ada benda baik yang dia buat, well she's a human, can never be perfect. She's a good girl too, tapi jumped to the conclusion that she's a good girl gone bad...jadi rihanna lah kononnya...

I will never expect any perfection, I ain't good, more or less sama saja, cuma janganlah jadi slut jalanan.

Kalau jantan jenis ni boleh, jantan jenis tu angkut, jantan gitu kau belasah, jantan gini kau ikut...then what a life...

Friday, January 18, 2008

Rumah Neraka??

Well, something to be shared...

Percaya tak dalam dunia ni ada makhluk yang langsung tak nakkan perubahan (yang lebih baik!)and he/she thinks that apa yang dia dah ada is more than enough, because she thinks she is wiser than any other makhluk on the earth...

I must say your outerlook is absolutely nothing, without a brain okay. And sorrylah, because you can't even sell your face yang tak secantik mana tu, then a human like you is probably...zero.

Ada seorang makhluk yang aku kenal degilnya to the max, and sadly dia ingat dia wise but 100 percent a rubbish. Dia tak boleh terima nasihat, says no to any teguran and makes a final conclusion in blink of eyes without even thinking a second! Oh yes, katanya dia mahu balik pada kehidupan lama/lampau/jahiliah yang dipenuhi keseronokan, kawan-kawan sporting, open bottles, clubbing...bla bla bla...and tertutup hati membuat sesuatu yang memberi kepuasan dalam diri.

Oh katanya dia tak mahu dikelilingi oleh orang-orang yang berpenampilan 'assalamualaikum' and rumah yang ada ayat-ayat suci al-Quran, menyimpan Quran serta surah Yasin, dilagukan kalimah-kalimah suci setiap kali tuan rumah datang bertandang...disifatkan budak gila ni sebagai rumah neraka...

Subhanallah....

Girl, I'm so done, thank you very much of few months experiences of taking care of you...and wtf...get the hell out of my life...

I just have a good faith satu hari dia pasti akan datang, tak payah nak bawak apa-apa, cuma she's gonna whisper to my ear:

"Sis, what u said was rite!"

Finally a good decison...

Everybody...I'm back!!!

Selamat tahun baru semua!

Semua orang nak tahun ni jadi sesuatu yang lain. Semua nak jadi lain daripada yang lain, and yet still we are here, tunggu apa lagi?

Well I have a good news to everybody, okay lets not be too rich, but hey, kan best sentiasa ada duit dalam poket? And rungutan-rungutan seperti:

1. huh? makan mcd? tengah bulan okay....
2. syukur jelah apa yang ada....
3. bayar dapat gaji boleh tak?

so the cliche kan?? well this is the year that we have to avoid all these phrases, and before we get too tired of daily routine that doesn't give us a penny more, well why don't us make a move and plan of something?

Just something to be shared...stay alert....