Monday, November 30, 2009

Bukan Kecewa

Nadanya seperti entah apa-apa, tetapi ada kalanya orang yang sangat baik dengan kau akan membuatkau kau rasa suck to the deepest. Betapa membuat baik itu kadangkala tak perlu sebab akhirnya ia membuatkan institusi persahabatan kau runtuh.

Aku kaget kerana tak tau siapakah yang aku betul-betul boleh percaya sekarang. Bila aku bersembang mengenai A kepada C, rupa-rupanya aku tak boleh nak rely on C sangat kerana dia pun akan memberitahu A mengenai aku. Oh crap!! Adakah aku terperangkap?

Sesungguhnya tidak memperkatakan tentang siapapun adalah sangat bagus dan afdal sampai bila-bila pun. Memang aku promise myself takkan bercakap mengenai sesiapa pun. I'm not liking it at all!!

Tuesday, November 24, 2009

Sahabat bukan sempurna

Aku jarang sekali mengungkap persahabatan dalam kata yang begitu indah. Aku tidak pernah ada seorang kawan yang sangat close, seperti ada satu pasangan di tempat kerja aku ni. Ke surau, ke bilik air, makan minum semuanya bersama. Pendek kata, yang berdua itu, satu. Ya, aku tidak boleh.

Bukan tidak boleh bersahabat, tetapi memaknakan persahabatan itu susah untuk aku. Betul aku teringin (malah pernah ada BFF), betul pernah, tapi susah nak kekal. Kerana bila sikapnya overcrossed attitude aku, ia menjadikan aku sangat sinikal. Bila sinis, aku akan fire orang secara terbuka dan senang hati bila berlaku faults (yang sengaja atau tidak disengajakan).

Serik juga bercakap soal sahabat. Kerana sahabat yang baik, juga sampai masanya akan menikam kau dari belakang. Yang super extra baik tidur sekatil pun, akhirnya akan betray kau pada saat kemuncak yang tak pernah kau duga. Bila kau tersungkur, jatuh hampir ke pintu neraka, dia konon-kononnya jadi hero yang sentiasa selamat hidupnya (seperti hero/heroin filem 2012) dan akan datang berlari memandu hidup kau ke jalan selamat.

Tetapi jalan selamat yang dibawanya adalah siratul mustaqim yang halus dan tajam, dan kau tak akan lepas.

Ah, tak siapa akan percaya sahabat yang setia sebenarnya tidak ada. Cuma mungkin wujud seseorang yang jujur, luhur hatinya, bersih murni suci bersih harapannya kepada kau. But still, kau tetap tak boleh jadi sahabat setia pada dia.

Oh, kompleks!

Sunday, November 22, 2009

Kisah si bodoh

Tak ada siapa pun yang akan rasa nikmatnya pengalaman kalau tak melalui yang pahit-pahit. Kalau semua perjalanan langsung tiada halangan, kau siapa? Malaikat??

Seseorang yang aku kenal saja membiarkan diri diperangkap lelaki durjana. Rela dipenjara seminggu, sanggup ketepi keluarga demi cinta (I've heard of that, close!!) Tapi kalau kau ada seseorang yang boleh ceritakan pengalaman ngeri itu (melalui sejarahnya sendiri), kenapalah masih berdegil?

Life is full of shitty things. Tak payahlah nak susah-susahkan diri untuk berkorban kalau sudah tahu akibatnya. Dah bagus sangat ke nak ke neraka?

Tuesday, November 17, 2009

Aku benci hipokrasi!!!!

Politik ringan yang berlaku di sekeliling aku sekarang memang betul-betul membuatkan aku nak muntah. Betul-betul sueyyy...howliow!!

I've finally realized that having no friend at all is better than having like 100 friends who finally turn you down. Sesetengah orang memang boleh jadi sucker to the deepest. But they don't just care. Sebab kau tak penting dalam hidup dia, dan tak mendatangkan apa-apa faedah untuk apa-apa cara pun. So what the heck?

Bersendiri adalah yang terbaik buat masa ni. Respect myself the most.

Kurangkan gula, rembeskan endorfin!

Adakalanya pelik menjadi kita. Perkara yang sudah diketahui memberi kemudaratan pada diri, itulah juga kegemaran yang diulang-ulang. Sudah bergenerasi lamanya semua di antara kita pun tahu, makanan berlebihan guna boleh membinasakan tubuh. Disebabkan itulah gula dikatakan ‘ibu segala penyakit’ – ya, gula menyebabkan kesakitan datang ‘berpakej’.

Tidak boleh lari daripada diabetes, jika kurang beri perhatian, silap hari bulan organ dalaman lain tidak berfungsi. Organ-organ tersebut termasuklah mata, buah pinggang, saraf, jantung dan salur darah, gusi dan kaki. Ia akhirnya membawa kepada penyakit-penyakit yang pelik bunyinya seperti glaukoma, retinopati, neuropati, penyakit kardiovaskular, gangrene dan amputasi.

Bukan tidak boleh berpantang atau 'kawal diri', tetapi 'dugaan' di sekeliling cukup mengujakan. Lebih-lebih lagi menjadi masyarakat Asia, kita bergantung kepada makanan ruji iaitu nasi. Bukan kita sahaja, malah ia juga makanan utama 2/3 daripada populasi dunia.

Namun bukanlah nasi itu yang perlu dihumban dan dipersalahkan, tetapi diet kita yang 'mendambakan' nasi tiga kali sehari (paling kurang). Masakan tidak, tipikal masyarakat Malaysia menghadap nasi lemak di waktu pagi sebagai sarapan, nasi berlauk pada waktu makan tengah hari, adakalanya petang teringin nasi goreng dan malam, nasi berlauk lagi.

'Bermanis-manisan' dan 'berkanji-kanjian' adalah budaya makan yang amat mengerikan di Malaysia. Bertambah menakutkan jika kesemua kita sedar yang hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes (kencing manis), seperti mana yang dilaporkan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM).

Tahun lepas, jumlah ini meningkat sebanyak 650,000 dan sudah pasti tahun ini bakal berlaku peningkatan yang maha hebat lagi.

Benar, penyakit yang datang adalah satu ujian, tetapi sekiranya kita mengambil mudah dengan tubuh badan yang dianugerahi Allah SWT ini sebagai satu amanah, kita menjadi manusia paling tidak jujur dengan diri sendiri. Mengapa membinasa jika tahu ada jalan penyelesaiannya? Jika tahu gula itu punca penyakit, mengapa tidak cuba alternatif lain menggantikannya?

Nah, mari kita mulakan aktiviti seronok dengan menjadi sedikit kreatif dalam berdiet!

Sedikit cadangan, jika anda seorang yang terlalu sibuk dan berkerjaya, pastikan minum susu rendah lemak berserta roti sandwic, atau bijirin seperti oat di waktu pagi. Tengah hari boleh makan nasi seperti biasa (tetapi kurangkan portionnya) dan lauk pauk (kurang minyak - jika boleh - direbus).

Petang jika masih lapar, kunyah buah-buahan seperti jambu batu dan epal hijau. Serikan malam anda pula dengan makanan ala Utara India yang menyihatkan seperti ayam tandoori dan nan, atau capati.

Juga, pada masa-masa yang terluang, apa salahnya keluarkan peluh. Badminton salah satu pilihan tepat dan murah. Sibuk mengejar shuttle cock dan smash, ke kiri dan ke kanan, tidak terasa badan sudah aktif mengeluarkan peluh selama lebih sejam. Percayalah!

Letih bersukan sebenarnya menjadikan minda kita lebih cerdas, Tambah seronok ia merembeskan hormon endorfin, yang membangkitkan rasa bahagia. Mana mungkin anda jadi pemarah atau moody sentiasa jika konsisten bersukan?

Sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia pada setiap 14 November (malah setiap hari!), mari kita sama-sama elakkan pengambilan gula, kurangkan makanan berkanji dan rajin-rajinlah berlari!

Sinar Harian,17 nov 2009