Saturday, August 16, 2008

WTF !@#$%%

This is not the first time you disappointed me, so what the heck...life goes on...

See I'm not gonna beg, not gonna persuade, coz I'm above all these childish stupidity, and I'm too good to be treated like a w**re sh*t.

Go the hell away from my life and get a job!

Monday, August 11, 2008

So dressed in love!

When you can wear what you feel
What do you wanna say?
Now love is a little number that you can wear each day
As long as you let me be the accessory
Simply send me on my way
'Cause I love love
I look good in love

When it’s been out of sight and out of mind for such a long time
That’s how one forgets
So I reached in the back of my closet, pulled it out
And tried it on and it still fits

Some cover their pain up with lots of MAC make-up
But I can’t help but blush
Because I’m in love
All dressed up in love

Cool in the summer, warm in the winter
I’m all dressed up in love
And I’m cool in the summer, warm in the winter

Cuz I’m in love
All dressed up in love

People are looking, some people staring
I don’t know it, when they ask me what I’m wearing
See this ole' thing, it’s made for any weather
My friend and I sit down and we both make it together

Now if you really want one of your own
I hope your shoes are made for walking
Cuz I found love, and you must find love...

ALL DRESSED UP IN LOVE/JENNIFER HUDSON

Bosan,kan?

Sekali dua, atau SESEKALI cukup la. Tapi bila hari-hari telinga aku dihenyak dengan cerita serupa, naik bosan juga. Geli geleman bila terpaksa buat muka selamba dan kekononnya 'tumpang happy'....hey karut!!

Hentikanlah kisah berganda, berhari-hari non-stop kau pasal si laki orang tu, or else keep it to yourself, girl. Ada juga pada satu tahap aku akan buat muka bosan dan huarrghhhhh...mengantuknya, tapi menjaga hati teman-teman adalah satu-satunya adab sopan yang menebal dalam diri aku, so mau tak mau ye aku mendengar dengan penuh tawaduk.

Kalau kau cerita dengan penuh semangat luhur bahawa betapa kau menyukai seseorang, aku dengan baik hatinya akan memberi nasihat percuma sebagai sahabat. Tapi likewise kau (agak, guess, hentam keromo) yang dia menyukai kau juga, tanpa dia berkata apa-apa pun, hahahaha itu tandanya kau dah meroyan, syok sendiri dan...infiniti.

Aku bosan hari-hariku selepas kerja diisi cerita syok kat laki orang!

Once again tonite?? Oh no!!!!

Thursday, August 07, 2008

Puisi Ibunda

kalau kau nak hidup selamat
di dunia mahu pun akhirat
cuma dua perkara kau mesti buat
sembahyang hendaklah taat
dan ibu bapa hendaklah hormat

kalau dua perkara itu
kau tidak patuhi
kau tidak peduli
kau ingkari
kau ikutkan hati
kau buat tak mengerti
kau tolak tegur
hidupmu akan babas
perit, pedas, tersepit dan terkandas
dicerca, dibidas.

apa yang kau buat
semuanya tidak berkat
sebaliknya
sialankan menimpamu
satu demi satu
bertalu-talu selalu

baliklah ke pangkal jalan
ingatlah kepada Tuhan
hormatilah ibu bapa kalian

perananku pula sebagai insan
sentiasa saja mendoakan
saban waktu saban hari
tidak berhenti-henti
hinggalah nafasku tiada lagi...

(*puisi ini diserahkan sendiri by hand oleh mak aku ketika aku nazak berada dalam teka-teki hidup).

Been Been X-Tremely Bee Zee...

I'm still breathing!!

Alhamdulillah, syukur kerana masih aku masih berjasad, ada soul lagi untuk menilai dan dinilai. Sedihnya melihat blog yang terkulai sepi ni, sementelah ada masa tersisa untuk menulis, ya maaf kerana dua bulan ini aku jadi manusia paling sibuk di dunia. Takde paksaan sesiapa, aku mahu begitu dan aku happy dengan terapi baru ini. Sudah beberapa minggu in a row aku bekerja sahaja, menyelami jiwa tersirat dan tersurat madness yang berlegar-legar dalam dunia politik Malaysia. Ada satu atau dua minggu sahaja aku ambil cuti untuk sehari, itupun masih ke pejabat waktu petangnya melepas rindu.

Ah aku sudah gila kerja!

Tetapi dalam kegilaan itu sempatlah buat kejohanan bowling, aku dulu yang merengus kecil aje kalau diajak berbowling, sekarang lekas-lekas angkat tangan dan jadi orang nombor wahid nak melempar bola. Waktu lepas kerja (baca:selepas tengah malam) aku dah ada sepuak kecil yang akan bergelandangan di Danau Kota lepak-lepak makan durian atau cuci mata jenama John Smith, atau Guess, Anna Sui immitation first class, atau ya, gerai nasi lemak entah di mana, lupa lokasinya sebab aku hanya si pembawa kereta, dan sesekali datang kemaruk, ber'rnb' di Sugar. Haha kami juga sudah ada lokasi baru hendak beli pakaian berjenama dengan harga minimum di Jalan Peel. Ohhh...indahnya terapi yang aku jalani, aku sudah mampu berhadapan dengan kenyataan. eHH hidup ni memang best kalau kita bagi peluang pada diri sendiri ok... :)

Tapi itu bukan saja yang jadikan aku wanita lively, kuat, yakin, determined. Bukan, bukan hanya kekuatan fizikal saja. Jujurnya spiritually soul aku telah mati sejak dipisahkan dengan si dia yang aku cinta, tetapi aku tidak pernah ambil peduli dan conscious bahawa diri aku sangat dicintai Yang Maha Besar, Yang Maha Pengampun dan Yang Maha Menerima.

Agungnya cinta ini kerana Dia masih memberi, memberi dan memberi rezeki serta kekuatan pada aku, walaupun aku telah lupa pada Dia sekian lama, sangat lama sampai aku tidak ingat bilakah kali terakhir aku mengambil wudhuk, walaupun aku tidak menghiraukan suruhan-Nya, ya ketika itu - sudah bertahun rasanya aku tinggalkan sejadah yang menyatukan cinta aku dan Dia.

Di saat aku tersedar yang aku ignore cinta yang sentiasa ada bernafas untuk aku, tapi aku yang dungu tak tahu, dengan dibalut rasa malu cukup tebal aku kembali atur temu janji untuk cinta itu. Ternyata lima minit itu indah, sejuk, cukup comfortable dan entah...ketenangan itu datang mengalir saja tanpa aku sedari pun.

Benar, jika kembali pada Allah, tiada hati yang luka, tak ada siapa pun yang gundah.

Cinta telah kembali menyiram seluruh tubuh aku, dan aku bahagia sekali. Alhamdulillah!