Wednesday, May 28, 2008

Maaf

Cliche kalau nak dikatakan tiada siapa yang memahami aku. Ya hanya aku yang faham dan tahu apa yang aku mahu.

Sekarang apa yang aku bayangkan sekian lama telah jadi kenyataan, dan kebahagiaan yang aku impikan telah lenyap. Untuk satu tempoh masa setelah menulis blog terakhir, aku berada pada fasa jiwa tersiksa, sehingga jari-jemari aku sudah tidak berdaya hendak menulis waima satu perkataan pun. Jangankan hendak menaip, dapat mengucapkan satu perkataan sehari adalah kejayaan personal terbaik pada waktu itu.

Tidak, aku tidak minta sesiapa pun untuk memahami aku.

Cukuplah aku sahaja yang kumpul kekuatan ini sehingga pada satu masa aku dapat menerangkan kepada semua, apa yang aku mahu.

Pada mak dan ayah, maaf, kerana aku tidak bisa menjadi anak yang baik selama ini. Aku telah hidup berlandaskan apa yang aku fikir betul dan menjadi hak hakiki untuk aku buat keputusan, padahal itu bukan apa yang mereka mahu. Maaf kerana masih belum boleh membuat keputusan untuk memilih antara dua, kerana tidak mungkin aku membuang keluarga, tetapi ketika ini tidak mungkin aku membuang cinta juga.

Aku telah diberi dua pilihan. Baik, buruk, baik adalah penentu masa depan.

Ah kaki, ke manakah hendak melangkah tika ini!

Tuesday, May 13, 2008

Maaf (jika aku tak sempurna)

Aku tahu wahala besar yang mak telah tempuh selama 30 tahun, ya menjaga aku adalah ujian terbesar mak sepanjang hidupnya. Mak, maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika aku tak sempurna. Biarpun mak takkan buka blog ni sepanjang hayatnya, aku tahu sedevil mana pun aku, mak tetap menerima ampun dengan hatinya yang tulus mulus.

Selamat hari ibu, mak!

Friday, May 09, 2008

Maruah Apa

Ini adalah satu peringatan pada diri sendiri untuk aku terus tabah.

Sebenarnya aku dah tak kuat untuk melawat segala macam fitnah yang ditaburnya. Kalau kita sayang, sayang tetapi kerap dihenyak, diludah dengan kata-kata kesat yang palsu, dihina depan khalayak, maruah apalah yang tinggal.

Aku manusia biasa yang percaya maruah diri adalah benteng utama aku. Kalau ada usaha orang lain untuk meruntuhkan benteng ini, aku harus jadi cekal dan kuat biarpun lembu datang merempuh.

Sebenarnya aku memang dah tak kuat, waima untuk mempertahankan diri pun.

Wednesday, May 07, 2008

Amaryl 2

DAY 2

Bukan mudah jadi orang sakit. Emosi pun turut tenat bila tau fizikal tak berapa sihat. Ya simptom2 tu semua aku dah lalui. Jadi sensitif, tak boleh tersentuh, entah kenapa air mata selalu nak meleleh, emo manjang dan aku selalu cari cara bagaimana untuk meletuskan pergaduhan supaya akhirnya aku yang menangis dan pendam perasaan balik.

Kemurungan di level ini memang sangat menyakitkan untuk aku yang pernah berjiwa besar dan kental. Terasa aku jadi manusia paling worst dalam dunia dan persekitaran aku.

Semalam aku mensahihkan semua kecurangan dia di belakang aku. Video dan gambar yang dirakam dalam handphone selamanya akan jadi bukti prima dalam apa kes pun. Si pu**mak tu memang nak merasa terajangan aku yang seterusnya. Betul tu semua tinggal sejarah lampau, setahun lepas punya cerita, but still. Walaupun kau terjumpa gambar laki kau dengan betina jalang bertarikh sedekad lepas, tapi itu tetap sejarah dan memandang laki kau selepas itu adalah satu kemuakan maksimum. Ah takkanlah kau hanya berlagak biasa-biasa aje.

Dan itulah yang aku rasa.

Eh ini hanyalah side story saja.

Aku masih mahu terus hidup, terlampau banyak yang aku mahu masih tidak terkejar. Aku mahu jadi orang sihat walaupun ditakdirkan sakit sebegini. Aku masih mahu terus mencintai dan dicintai Tuhan, keluarga dan sahabat handai terdekat.

Ah aku mahu semuanya tetapi hati aku terlampau rapuh (ketika ini!).

Monday, May 05, 2008

Remaja terlanjur (berhati mulia)


Nama budak comel ni atas kerusi roda ni Xochitl Parra, dari AS.
Tidak, aku tak kata perbuatannya harus dicontohi. Dia antara jutaan remaja moden Amerika yang rakus menikmati zaman remaja tanpa mengenal apa itu kondom, lantas termengandung dan boy friendnya dah merempat entah ke mana melarikan diri daripada tanggungjawab.

Tapi Parra buat satu perkara yang tidak menyebabkan kita menyumpah seranah akibat keterlanjurannya. Walaupun moral tidak terpuji tapi Parra berhati mulia daripada sejak mula mengandung sampai la dia selamat melahirkan.

Kerana sayangkan ibunya, Parra sanggup buat-buat jadi gemuk selama sembilan bulan supaya ibu tua itu tak meraung melihat anak gadisnya yang berusia 17 tahun pregnant tanpa suami. Dalam masa yang sama dia pun tak naklah kena halau dari rumah. :)

Disebabkan kesilapan termengandung, Parra menghukum diri sendiri dengan melahirkan bayinya sendirian di rumah, dalam bilik air.

"Parra tidak menghubungi talian kecemasan 911 kerana talian telefon rumahnya telah dipotong, dan dia tidak mahu membangunkan jiran-jirannya kerana hari masih terlalu awal. Dia sempat membalut bayi yang dilahirkannya, lalu memakai baju dan pergi ke hospital dengan berjalan kaki." SH 6 Mei 2008

Tahniah Parra sebab langsung tak terfikir nak letakkan bayi tu bawah pokok pisang, dalam tong sampah, dekat pintu masjid atau pintu rumah orang sambil tinggalkan nota, "Saya tidak mampu jaga bayi ini, tolonglah pelihara dia seperti anak sendiri" - seperti yang dilakukan si tua gila Josef Fritzl kepada isterinya Rosemarie - konon-kononnya anaknya Elisabeth yang hantar nota tu! - Oh ini subjek lain, sila refer apa yang berlaku di AMSTETTEN, Austria.

Parra dan ibunya berikrar akan jaga anak ini walau apapun yang terjadi!

Moral: Kalau dah buat dosa, kenapa nak tambah dosa lagi? Tak reti-reti??? Ohhhh....

Sunday, May 04, 2008

Tiga Hari Yang Indah

Aku bergumbira dan berehat gaban sepanjang Hari Buruh sehinggalah semalam.

Puas hati tahap maksimum dapat menghabiskan masa menonton lima keping DVD - I Think I love My Wife, Juno, Bug dan filem yang memberi kesedaran kepada kaum wanita bahawa tak capai orgasm adalah dosa-dosa besar dalam hubungan intim - Shortbus. Menyesal berhabisan RM 8 untuk dvd ni kerana pahala aku hilang, tak habis-habis tengok pasangan gay dan lesbian berbogel, dan pasangan berkahwin melakukan do-it-yourself. Sungguh sengal. Tapi aku tengok sampai habis jua..wakakaka....

Tapi aku paling terhibur dengan dvd yang aku tak pandang pun pada mulanya, tapi direcommend dengan sungguh-sungguh oleh si budak cina tu. Kalau aku mintak dia review filem-filem lain, aku boleh teka dia merepek dan tak tengok pun cerita tu, kerana katanya Bug tu best wooo...citer hantu. Hampeh!

Tapi sewaktu mempromote 'Ah Long Pte Ltd', dia boleh ceritakan setiap plot dengan baik, dan bila aku tengok filem tu, setiap bahagian yang dia cerita memang wujud. Filem produk Singapore (Malaysia?) ala Shoulin Soccer ni fast, merepek, sengal dan pelakon utamanya Mark Lee takde rupa tapi berlakon sepenuh hati dan dengan perasaan yang jujur, macam Afdlin Shauki kita. :)

Kisahnya tentang kekejaman ah long dan macamana Li Hua (Fann Wong) yang jadi ketua gengster mewarisi perniagaan ayahnya cuba nak bentuk company ah long yang bersifat murah hati, tidak brutal dan penuh kasih sayang. Pendek kata tak nak bunuh-bunuh dan keluar parang kalau customer lambat atau tak bayar. Ayarrkkk!!

Takde teladan apa-apa, cuma nak bagitau masyarakat yang ah long pun manusia biasa yang perlu bayar bil air dan letrik setiap bulan. So kalau korang tak bayar hutang, camne nak survive la! Tapi sebab dia berjaya membuatkan mata aku segar bugar walaupun aku start tengok jam 1 pagi, aku bagi filem ni ****1/2 bintang per lima.

Ya aku ada dvd shutter, unrest dan awake yang semuanya memerlukan ada orang penuh di rumah baru aku dapat tengok!