Thursday, July 26, 2007

Kisah aku dan pakcik pembawa teksi

Mmm..zass..terus teringat kat Meen Tahrin...sapalah agaknya gadis-gadis di pejabatmu itu yang sukakan nigga tu ek? Huhu...Memang tragis la gadis-gadis tersebut :p

Memangla hidup ni macam-macam.

Ada sekali aku naik cab, pakcik yang jadi driver ni memang tak reti nak diam. Ada aje persoalan-persoalan bonus yang keluar daripada mulut dia.

Pada mulanya rasa nak tangkup syahdu dah insaf gak sebab sepanjang perjalanan pakcik cab ni tak putus-putus dengan kalimah "Allah, Allah" daripada bibir dia.

So, my first impression was, "Wah..Alhamdulillah....!"

Dalam pada berpuji-pujian pada Allah tu, aku tengok pakcik ni leka mencatit nombor keta yang lalu lalang tu.

Dengan innocentnya aku bebuat tanya, "Kenapa pakcik ambil nombor-nombor kereta ni?"

Dia tersenyum sumbing. Risau gak aku dengan gaya pemanduan yang tak semenggah tu. Tambah risau lagi macam susah je dia nak putar stereng, maklumlah dah kena sendal dengan perut. Aww!!

"Saja cuba-cuba nasib. Kadang-kadang beli RM 2. Tapi biasanya takde untunglah," jawab pakcik tu, tak relevan dengan soalan yang aku tanya.

Tapi aku dapat tangkap la apa yang dia maksudkan.

Tetiba nak ngelakkan aku banyak tanya, dia twist lak situation tu - aku plak kena jawab soalan-soalan dia.

"Suami orang mana?" tanya si pakcik.

Ceh, muka muda belia aku ni dia main tembak je dah kawin!

Saja nak menguji, aku jawab, "Orang jauh pakcik."

"Ala...jauh mana? Kelantan, Terengganu?"

Gitulah definisi jauh bagi pakcik ya?! Nanti kau!

"Tak, orang Nigeria," aku jawab selamba. Muka pakcik kat depan aku tenung dalam-dalam.

"Ha?? Nigeria!!" dia terkejut beruk. "Camne boleh jumpa?"

Dah agak dah reaksi ala semantan gini. Huhu...aku gelak kuat-kuat dalam hati!

"Kat seminar, jumpa kat seminar di KL" aku jawab sedas. Makin lama lagi cam real bunyi temberang aku. Pakcik dah tak sabar-sabar tanya soalan maut seterusnya.

"Tapi Afrika putihlahkan?" Eh eh, what kind of question was that?

"Tak, hitamla, rambut kerinting," makin cepat aku jawab. Pakcik dah hilang mood nak catit nombor keta.

Nampaknya citer aku yang pertama dan seumpamanya dia dengar dalam sepanjang usia almost 50 tahun tu kot.

Tapi sedar kata-katanya cam separuh menghina, dia toned down sket.

"Takpelah mudah-mudahan anak nanti rambut ikut dia, kulit biar ikut awak," huhu gitulah pakcik ni!

Sebelum aku keluar keta, pakcik sempat ucapkan selamat berbahagia dan semoga panjang jodoh!

Bukan apa-apalah pun cerita ni, sama ada benar atau tidak aku kawin dengan nigga pun, tu semua tak penting. Yang penting, baru aku tau bukan semua orang Melayu, especially golongan veteran kita yang terbuka minda pasal kahwin campur ni ya. Itu baru satu reaksi, lain-lain reaksi, tak taulah aku.

Eh, pakcik ada bagi soalan maut lagi sedas masa dalam keta!

"Dah takde lelaki Melayu lagi ke??"

Mmmmmmm........

Saturday, July 21, 2007

Beautiful Liar

Menganggapnya sebagai kawan adalah kesilapan paling besar!

Dia yang dimaksudkan bukan sesiapa dalam dunia pekerjaan aku, atau saudara mara, sahabat rakan handai taulan yang terdekat - tidak. Sesiapa pun yang membaca blog ini bukan orang yang aku maksudkan.

Dia datang singgah seketika dan aku anggap kawan kerana dia seperti layak dianggap sebagai kawan. Rupanya nak dianggap sebagai jiran pun tak berapa nak tepat!

Seseorang yang pernah hadir dalam hidup dia sebagai kekasih menghubungi aku sambil teresak-esak. Sah! Dia jantan sialan. Patutlah...patutlah! Selama ni bebelan aku ada hikmahnya, kecurigaan aku memang ada benarnya.

Ladies, perhatikan tanda-tanda berikut pada relationship anda:

1. Kalau call dia tak berangkat, and then tak pulak return call langsung. Sms tak berbalas boleh ampun lagi, kalau tak angkat tipon, lu apahal??

2. Memanjang busy, tak sempat jumpa, ada hal..bla..bla..ada je alasan tak nak jumpa

3. Tangannya sibuk kat telefon, nak pinjam telefon melenting marah, takut kita check sms dia atau call lognya...ahaks!

Itulah tiga tanda teragung di zaman sains dan teknologi ni. Other than that kalau dia asyik call kita tak hingatm sampai nak masuk toilet pun wahala, mmm, mungkin anda bukan disayangi sangat, tapi dia cuma nak mengontrol!!

Watch out!!

Pecah kaca, pecah gelas!

Demi Tuhan, dia yang pertama menyebabkan amarahku menggila!

Gelas plastik itu, ya aku tidak bermaksud nak menghentaknya ke meja lantas menjerit, "Jangan menjawablah, jangan menjawab!". Minta maaf sang gelas!

Persidangan meja empat segi tu pada mulanya hanyalah sidang makan-makan malam sambil bertukar-tukar pendapat. Dan sebagai seorang tua di rumah, apalah kiranya aku luahkan satu dua perkara yang aku kurang berkenan.

Ampun! Sudahlah kata-kata aku bersambut jawapan menyakitkan jiwa, tambah bersesak nafas aku bila dia menegakkan benang basah. Padahal benang itu amat basah, malah dan terendam lama pun dalam air. Macamana hendak ditegakkan lagi pun adalah satu kemustahilan.

Balik rumah, aku termenung kat katil sibuk fikir apakah kewajaran dan relevan pada semua kejadian ni. Sukarnya hendak menegur orang yang tidak dilentur dari kecil, dan ya, aku tumpang kesal, bagi pihak diri sendiri dan ahli keluarga si polan.

Sigh...



Tuesday, July 17, 2007

Sudah sendiri

Tanyalah siapa sahaja, siapa yang sanggup tersenyum menyambut kejian? Aku tak sanggup. Kalau kebenaran berada di sisi, kenapa aku nak sembunyikan. Biar bertarik-tarik rambut, biar bertumbuk, kalau aku betul, aku harus membetulkan. Sekadar berdiam diri menerima, tak mungkin Delly!

Sesungguhnya aku sudah putus asa. Sudah mula muak dengan mulut keji manusia. Aku benci diperlekehkan. Kalau Allah berikan aku kekuatan, mulutnya sudah harus aku tampar-tampar. Tonyoh dengan cili padi lagi.

Ya tapi kita manusia dibekal sifat sabar, keji-kejian tu takkan jadi apa-apa pada diri aku melainkan pada diri dia. Aku masih ok, masih, ok dan akan ok. I'm okay!

(Kawan-kawan, berikan saya semangat untuk single seperti dulu)

You'll See

All by myself
I don't need anyone at all
I know I'll survive
I know I'll stay alive
All on my own.

I don't need anyone this time
It will be mine
No one can take it from me
You'll see.