Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya!

Ah, aku terpikir-pikir apakah password blogku ini... begitulah bersawangnya, kan?

Esok (Jumaat, 18 Sept) tanggal selepas sahur (Insya Allah) aku akan mulakan perjalanan ke Melaka. Alhamdulillah! Akhirnya setelah sekian lama, inilah hari raya yang paling aku nanti-nantikan (setelah bertahun-tahun!), bila jauh di lubuk hati aku sudah tidak ada perkara yang sangat membeban dalam otak, bersarang dalam hati sehingga menanah jadi kanser jiwa. Ya semuanya sudah tinggal sejarah.

Walaupun (mungkin) masih belum sepenuhnya jadi anak yang sangat baik, terlalu taat, tapi sekurang-kurangnya aku telah cuba sehabis baik untuk berbaik dan menjadi anak yang sekurang-kurangnya, ada makna di hadapan mak dan ayah aku. Memang aku tak akan jadi seperti sepupu2 lain dan segala-galanya mungkin tidak akan sempurna sekelip mata, tapi ya, aku sudah bahagia, kerana sudah jumpa caranya. Caranya! Caranya!

Harus aku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-Nya yang tidak pernah langsung berkurang, Alhamdulillah, aku sangat bersyukur. Ada kalanya aku memandang sepi dan sudahnya pernah juga hari-hari yang berlalu tanpa mengingati-Nya, tapi aku selalu ketuk diri supaya sedarkan diri bahawa aku bukan siapa-siapa. Lantas siapa yang lebih adil untuk menilai aku?

Seorang teman, yang telah melalui bersama suka-duka aku dalam setahun ini, amat menyentuh jiwa aku yang kecil, tetapi kesetiaannya ku doakan akan bertukar menjadi kebahagiaan sejati untuk aku dan dia (insya-Allah paling lama pun dalam 2,3 tahun ini, walaupun bererti aku masih harus menanti). Jika penantian ini tidak berbaloi maka aku redha sahaja, kerana pada saat inipun jika dia terpaksa melangkah aku relakan...

Seorang adik yang sangat aku sayang (kerana keserupaan rona hidup dalam beberapa segi - and yes, u know who u r), perjalanan hidup ini sangat panjang (selagi kita meyakininya!) Dan duka itu bukan untuk kita selama-lamanya. Jika tak jumpa, kita kena cari bahagia. Menanti bahagia datang kadang-kadang seperti juga berpura-pura bahagia, kalau kita yang cari, kita yang mahu dan kita yang mencorakkan bahagia itu.

Kalau orang ingin tahu apa rahsianya terlepas daripada siksaan mental dan fizikal, rasanya seperti terbang melayan-layang ikut rentak lagu ESQ (Adagio in Minor by Yanni). Ah...tenang dan syok, bahagia sekali!

Jadi, adikku, keluarlah daripada kepompong yang menyelaputi dukamu.

Saya tidak janji bila boleh menulis lagi. :) Facebook aje yuk!