Sunday, March 29, 2009

Wahai bebudak belasahan...

Aku keluar awal hari ni untuk menuju ke satu destinasi dengan seorang teman baik. Lepas Subuh aku bersiap gitu-gitu aje, dengan tocang satu kat rambut yang saja-saja aku sengetkan. Aku turun lif, siap sedia menunggu teman baik itu datang mengambil.

Saat aku sibuk dengan hp menaip, menaip, menaip dan menaip mesej, tetiba saja aku disapa oleh dua (kanak-kanak?) kot, yang aku seriously percaya, hanya budak-budak bawah umur yang mungkin sedang tunggu nak ambik PMR atau paling-paling pun, yang memang dah jangka diorang awal-awal akan fail SPM.

And I'm telling why they will fail.

"Wiwit..wiwit...kak long nak pergi mana....nak ikut boleh???"

"Wiwit..wiwit...sombonglah kak long ni...macamlah lawa sangat...."

Oh hell...oh pleaseee....oh mannnn...pleaselahhh....

It was as early as 630 am in the morning, dan aku lebih merasakan kanak-kanak itu sebenarnya terlebih minum todi dan masih belum pulang ke rumah untuk tidur.

Hello....aku ni kau boleh panggi emak ok!!!!

Shutttt upp!!

Kawan? Sahabat? Teman? (Tapi mesra)

Saja terbaca blog seorang kawan di ofis yang sangat aku senangi. Agak kaget terbaca satu entry apabila seseorang yang dinamakannya Ros, adalah seolah-olah refleksi aku.

Katanya Ros hampir saja jadi kawan rapat atau akrab dia, tapi entah macamana ada jurang pada perhubungan mereka kerana Ros seorang yang (mungkin) tidak suka stay pada satu persahabatan tunggal.

Dalam kekecilan hati aku membaca, Ros lebih senang mengajak kawan-kawan barunya keluar daripada mengoffer dia turut serta.

Aku sepatutnya tidak perlu berasa apa, kerana persepsi aku sendiri, apa yang digambarkan pada Ros memang ada sedikit refleksi aku, tapi hakikatnya sungguh jauh kerana diri aku yang aku kenali: tak lekat dengan satu kawan, tapi semua kawan adalah hingga ke akhirnya!

Judgment yang dia tak pernah sangka aku akan baca itu membuatkan aku tersentap, betul, tapi sekurang-kurangnya aku sedar bahawa sebenarnya ada jugak orang yang nak jadikan aku sahabat baiknya, tapi dek sebab dia nampak aku kadang-kadang keluar juga dengan kawan-kawan lain, dan adakalanya selamba tak ajak dia keluar sama, maka dia merasakan aku mungkin, mungkin sekali tak sesuaiiii dijadikan kawan baik.

Ya somehow aku setuju cadangannya: Lebih baik pastikan diri jadi baik daripada ada kawan baik!

Friday, March 27, 2009

Takut, berani ahhh aku memang perempuan confused!!!

Aku mahu apa yang aku mahu, tapi mereka tidak mahu aku miliki apa yang aku mahu.
Aku mahu, mahu dan mahu tapi aku sungguh bungkam.
Sungguh bebal, sungguh tidak enak situasi ini, bila aku terpaksa melaluinya sekali lagi.
Kenapa aku kena terkejar-kejar cari kebahagiaan (yang memang milik aku?)
Kenapa aku terpaksa terhegeh-hegeh mencari kebebasan (yang memang hak mutlak aku?)
Kenapa aku di usia 31 kadangkala seperti sebaris dengan Fatin yang hanya 13?

Kenapa, kenapa dan kenapa????

Aku ingin mabuk!

Fikiran aku kacau.
Siapa yang berani buat onar sampai aku panasaran??
Bayangkan Lady Diana yang akhirnya maut di tangan paparazi, aku mungkin bakal menerima nasib yang sama.
Ah aku ingin mabuk-mabuk saja rasanya saat ini!

Sunday, March 15, 2009

Rambut patah-patah (Help!)


Tak perlu awas.
Ini bukan antara babak filem Ju-On baru yang hantunya manjang tunjuk rambut bergerak kat tangga. Ini rambut aku yang sangat daif.
Sedihlah!
Dah setahun aku potong rambut tapi masih tak panjang-panjang. Malangnya si rambutku yang patah-patah di hujung.
(Notahatiikhlassucimurni: Aku ingin elok bertudung seperti dulu, tapi mahu betul2 mulakannya dengan jihad tidak akan buka-buka lagi. Ya Allah jiwa!!! )

Sepemergianku

Percaya tak ini cuti paling lama pernah aku ambik dalam sejarah bekerja? Lima fine, solid days.

Sebenarnya keadaan hidup yang agak huru hara sebelumnya menyebabkan aku telah ucap selama tinggal pada leisure, pada cuti panjang dan pada rehat-rehat di rumah sahaja. Pada aku yang seronok ialah bila aku shopping sambil tangan sekejap-sekejap tengok jam sebab berkejar nak masuk opis. Satisfaction aku ialah bila pagi pergi rumah massage refleksologi sambil urut kaki satu jam, dan kemudian masuk opis asah otak semula. Semua pergerakan ini membuatkan aku rasa riang dan sangat lively.

Dan aku masih excited buat rutin yang sama walaupun takde apa yang membuatkan aku teringat-ingat ketika berseorangan ketika ini. Complete recovery, aku sudah dapat rasa keenakan itu. Tapi aku masih suka bekerja. Though.

Thursday, March 12, 2009

Hadiah Hadiah Hadiah!


Sepatah kata Pak Ligisan, hadiah datangnya pada hari dan masa yang tidak disangka-sangka.
Sememangnya hari ini aku ditakdirkan mendapat hadiah. Dan dapatnya pula begitu-begitu saja.
Syukur Alhamdulillah, mendapat seorang sahabat yang menghargai dan mengenang masa silam yang ahh...panjang ceritanya!
Dan kerana bertemunya hari ini aku percaya, nasib kita boleh Allah ubah pada bila-bila masa yang Dia kehendaki.
Pada zaman remajanya aku dan dia, pernah bergelandangan di Dataran Shah Alam dengan si MAT4740, selalu termenung panjang keduanya mengenang: esok nak makan apa. Dan entah berapa ulang alik ke kedai menjual semula henpon second hand yang baru dibeli semalam untuk sekeping roti canai.
Berjimat untuk guna RM10 selama dua minggu bila hari ini makan tengah hari aku sahaja mencecah RM12 - sehari.
Ya, lima tahun lepas, aku melambai dia pulang ke KLIA dengan setitis dua titis air mata jatuh menitik. Bila memandu pulang ke Shah Alam aku asyik tanya pada diri: kapan ya aku dan dia akan berjumpa lagi.
Episod hidup memang panjang panjang. Dia yang ketika itu tidak bertempat tinggal, hanya hidup, makan, pakai dalam MAT4740 yang daif selama hampir sebulan. Mandinya di Masjid Biru baik-baik sahaja setelah lima tahun!
RM650 yang dicampak ke tokey kedai henpon ini hanya umpama mencampak RM0.50 pada mamak untuk sekeping roti canai di kedai mamak seksyen 18, lima tahun dulu.
Dan dia jugak dengan muka yang masih humble macam dulu-dulu hulurkan aku kad yang katanya: pegilah tekan di ATM masa terdesak.
Oh, oh life!

Monday, March 09, 2009

Penyunting a.k.a Penunggu (?)

Cuti-cuti public begini, bila kena datang bekerja, feelingnya agak lain. Biasanya aku jadi lebih tenang dan kreatif kerana office sunyi sahaja, takde jerit pikuk manusia. Dan boss aku akan dengan senang hatinya melayan muzik genre pop awal 90-an - speaker pcnya yang ala-ala itu dikuatkan - dinyanyikan boybands kegilaan aku jugak - Backstreetboys, Boyzone, Westlife, Take That, Britney...Britney?? So anti-klimakskan pemilihan lagu-lagu jejaka Jawa yang agak hensem ni?

Tugas penyuntingan aku agak banyak dibayangi tugas-tugas penungguan sekarang ini...dan penantian adalah satu siksaan!

Rasa tak percaya yang aku sedang mendengar lagu CINTA UNTUK NABILA! Gila sehh...itu group zaman aku darjah enam sekitar tahun 1990. Dah nak dekat 19 tahun.

Can you beat that?????

Sunday, March 08, 2009

Sudah berlalang

Blog ini sudah berlalang, berpasir, berlumut.

Aku tidak sibuk, cuma sudah malas menulis dan hendak fikir apa yang harus ditulis, sedangkan kejadian maha hebat berlingkar-lingkar saja di sekeliling aku.

Oh sebagaimana kebanyakan pekerja senior (dan pekerja baru yang sangat bertuah) di company ini, aku jugak telah selesai berpergian ke kursus ESQ yang gah diperkatakan. Alhamdulillah, sinarnya unik dan cahayanya menginsafkan. Hati yang telah diketuk sedikit adalah lebih baik daripada telinga yang selalu mendengar tetapi enggan membawanya masuk ke dalam hati. Aku antara ratusan umat manusia (dalam dewan besar dipenuhi skrin wayang tiga penjuru itu) yang telah merasai ajaibnya "feeling" berasa Allah dekat di sisi. Seperti kebanyakan orang lain, aku juga ingin kata, dulu aku takut pada-Nya, tapi kini aku lebih mencintai-Nya.

Enough said, aku tak mahu jauh jauh dan jauh sekali memperkatakan kehebatan kursus ini kerana semua orang kena pergi dan experience sendiri. Betul, tiga hari itu sudah cukup. Indah dan mengasyikkan. Letih, penat layan air mata. Tapi puas. Kerana keenakan mengenali Pencipta adalah klimaks hidup ini. Tak percaya?

Pelajaran dan intipati yang baik-baik banyak belaka. Tapi aku cuma dapat tangkap satu, yang betul-betul masuk zappppp dalam otak aku dan yang magisnya, ia masih kekal di dalam minda aku. Di sini.

Katanya, bila kita mencintai Allah Yang Esa, apa sahaja yang berlaku di muka bumi ini, adalah satu perkara biasa, dan kau langsung tak akan mengalirkan air mata kerananya. Contoh mudah, aku kehilangan boyfriend dan berendam air mata tiga bulan, kesannya mata aku bengkak, eye bag membesar, muka cengkung tapi badan semakin membesar (bagai diternak-ternah).

"Tapi bayangkan jika airmatamu yang tumpah itu adalah kerana takut, gerun dan cinta pada Allah, pada Rasulnya, setiap tetes (baca:titis) adalah enak sekali dan memberikan dirimu ketenangan diri yang amat indah." Oh itu bahasa Pak Ligisan.

Bahasa aku: jangan tinggal (peliharalah) solat 5 waktu.

Aku senang sekali kerana selepas kursus itu, aku menjadi sangat rapat semula dengan mak aku. Dan hari ini apabila dia datang melawat aku di rumah (kerana sudah 3 bulan aku tak balik kampung), aku melihat mak begitu comel dengan rambut pendek ala-ala baby dollnya itu.

Ya aku percaya hati aku sudah bersih kerana bila melihat cahaya itu di mata mak, kepuasan di hati aku bagai dipancar-pancar. Amin.