Thursday, January 29, 2009

Yes, it's not THAT easy.

Kerja paling stressful, rumit yet exciting...

Betul, bila kau berada dalam dunia media, terutamanya industri persuratkhabaran, stress itu adalah satu benda yang wajib dialami. Kalau tak stress, maknanya kau tak rock. Bila tak stress, otak kau plain dan tak mampu fikir apa-apa. Bila tak stress, kau tak tau macamana nak jadi multi-tasking person. Yes it's true, stress adalah elemen penting untuk jadi warga akhbar yang efisien dan berjaya, infinite and beyond...

Di sebalik stress, actually kau akan menjadi orang yang paling gembira. Kerana semua news di hujung jari, kerana kau jadi orang paling knowledgeable pasal apa sahaja isu semasa, kau akan jadi sumber reference, yes it feels like being a news diva. Bila sehari kau off, the next day u feel like being the dumbest person sebab dah ketinggalan segala-gala berita sehari.

Tapi it's not easy if you are too young to carry the heck burden. Sebab saingan di dalamnya sangat, sangat mengujakan.

Seorang rakan paling baik dan rapat dengan aku telah terlantar penangan sakit stress ini, and I know, it's not easy for him. Mungkin bukan stress kerja yang dipikul, mungkin jugak dia ada personal problem yang tak tertanggung, tapi sikit sebanyak stress ini telah menyebabkan dia hilang fokus, jadi pendiam, tak keruan, tak spesifik, pelupa, nyanyuk di usia muda. Apa yang berlaku semalam mencuit hati aku yang paling dalam. Ya entah kenapa. Dia muda, stylo, good looking, and jawatan yang dipikul sekarang, wow, memang bergaya untuk pemuda seusia dia.

Bila kau mula meracau dan tak ingat siapa orang yang paling rapat dalam hidup, itu adalah stress paling berbahaya. Dan stress itu tak sepatutnya dipikul oleh pemuda seperti dia.

Tapi hidup ini, memang bukan indah selalu. Kadang-kadang perempuan cantik (yang huduh akal!) boleh menjadi sebab untuk seorang lelaki muda, stylo n good looking menjadi panasaran.

Yes, it's not THAT easy. To be a man.

(P/S: Get well soon my dear. We miss the old you!)

Thursday, January 22, 2009

D.E.L.L.Y.3.1.

Kemuncak kebahagiaan seorang wanita ialah apabila dia sudah kawin, ada suami dan dilengkapi anak-anak. Tapi kemuncak untuk aku, adalah apabila pada usia ini aku sudah berasa penat untuk jadi jahil dan otak yang dungu ini sudah mula berfikir straight bahawa: keluarga always # 1.

Ya selama mana aku tahan dan tidak penat daripada berbuat onar untuk kepuasan diri sendiri? Berbulan-bulan waktu bersendirian telah menjadikan aku manusia paling rasional dalam dunia, berbanding ketika dimonitor macam seekor lembu. Gila atau tidak, bila aku yang jahil ini pernah terfikir untuk lari daripada keluarga kerana mengikutkan cinta palsu (di hati dia). Dan entah ke mana tercampaknya iman bila aku pernah terlintas untuk mengubah haluan kepercayaan ketuhanan (Astaghfirullahal'azim) kerana seseorang yang rupa-rupanya langsung tak hirau hati dan perasaan aku.

Apa kejahatan/kenakalan/kemungkaran di muka bumi ini (kecuali membunuh - tapi aku pernah terbunuh seekor kucing secara tidak sengaja- accident, to be specific) yang tak pernah aku ceburi, dan syukur Alhamdulillah kesemua benda-benda nonsense itu, at least, akhirnya telah menjadikan aku seorang manusia yang sangat sedar, bahawa pengakhiran hidup ini aku akan kembali kepada DIA sahaja. Dan tiada siapa yang lebih menyayangi dan mengasihi aku melainkan ibu, ayah serta keluarga dan sanak saudara.

Assalamualaikum wbt...

syukur semuanya, ucapan ini dibuat atas kesedaran bahawa aku manusia biasa yang sangat prone untuk buat silap dan khilaf, dan sejejaknya aku ke usia 31 ini, insya Allah, jika Allah mengizinkan aku terus melihat bulan dan matahari, aku tidak mahu tersungkur lagi.

Melewati usia ini bererti aku telah meletakkan noktah kepada semua aktiviti yang lagha di zaman-zaman lepas.

Walaupun aku masih nakal, tapi janganlah cuba-cuba mendekati. Awww!!

HAPPY 31ST BIRTHDAY TO MYSELF!

Thursday, January 15, 2009

Har Har Har!!

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) hari ini melahirkan rasa kekesalan terhadap tindakan Syarikat Celcom (M) Berhad yang menaja dan akan turut menganjurkan program Xpax ignites Rihanna LIVE in Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 nanti.

"Memanggil Rihanna ke Malaysia umpama menghina adab ketimuran, merendahkan artis tempatan, sengaja merugikan ekonomi negara dan menyokong dasar perang Israel yang disokong Amerika."

Duh!!

Tuesday, January 13, 2009

Maaf, tidak bermaksud apa-apa!

Janganlah aku dikecam menyokong si bangsa Yahudi hanya kerana aku mahu menyaksikan Robyn Rihanna Fenty beraksi! (Mungkin rasa bersalah sedikit kurang kerana asalnya si hitam manis ini adalah dari Barbados).

Rihanna Live in Kuala Lumpur 2009. 13 Februari.

Ya, aku confirm akan berada di sana. Terima kasih sponsorku yang berada jauh nun di New Delhi, dengan ucapan, this is the best, the ever best, birthday gift!

Ah keseorangan saja menerima tiket solo itu, tetapi pandai-pandailah aku membawa dan mengenjoykan diri.

Thursday, January 08, 2009

Life is brief and fragile...

DO WHAT WHICH MAKES YOU HAPPY!

2009 is another episode. Tahun ini walaupun tidak berbekal apa-apa azam menarik yang sedap bunyinya di telinga tapi entah bilalah terlaksana, aku yakin akan menambah sedikit pengertian dalam hidup. Berjasa dan terus berjasa, berbakti kepada kedua orang tua aku. Setelah menikmati kebebasan yang aku kecapi, akhirnya aku sedar sendiri tak ada yang lebih membahagiakan daripada membuat ayah dan mak aku tersenyum semula.

Tirai 2008 tu telah ditutup rasmi dan langsirnya pun tak ingin aku cuci dan pakai semula!

Jujurnya aku kini berasa lebih selesa kerana hidup tanpa kongkongan dan monitoran sesiapa. Walaupun henpon aku sekarang berdering setiap 5 minit, tetapi aku tidak lagi perlu bimbang sergahan ganas lelaki tidak sedar diri, dan kata-kata nista tidak bermaksud apa-apa. Tenang dan menenangkan. Riang dan menggembirakan. Cuma aku sedikit rimas dengan permintaan kaum Adam yang adakalanya memualkan. Anyway perhatian yang aku dapat sungguh aman. Yeay!!


Ada beberapa masalah berbangkit Januari ini, dan aku terserompok sedikit kesempitan. Tetapi Insya Allah semuanya akan ok-ok aje.