Monday, December 29, 2008

H.I.S.T.E.R.I.A

Aku betul-betul pernah dilanda histeria (yang dibuat-buat sendiri) hanya dua kali saja: umur aku 18 tahun, dan masa tu ambik result spm, dan sekonyong-konyong melihat dua subjek yang paling aku benci (baca: MATEMATIK TAMBAHAN & LUKISAN KEJURUTERAAN) PASSED jua akhirnya, aku berlari-lari anak menuju ke bas TUAH dan berkata kepada konduktor bas "keep the change" sambil menghulurkan syiling 50 sen.

Memang perjalanan dari bandar Merli*** ke kampung Ser*** Pantai tambangnya 50 sen.

Kali kedua histeria, aku berjaya buat budak lelaki keturunan mamak lari macam kambing kena simbah air bila tetiba aku buat-buat anak mata naik ke atas (juling) dan kepala tergeleng-geleng entah tetiba. Motifnya ketika itu ialah aku hendak dia lari kuat-kuat kerana aku tak tahan bau nafas dan badannya yang ala-ala best sikit daripada bau bunga melur. Dan sebagai tanda kesalnya aku percaya pada suara halus mulus dan macho, sebelum berjumpa orangnya!

Oh itu kisah 10 tahun dulu.

Semalam aku dan geng-geng clubbing yang suka berpesta jadi hantu air pada hari Khamis aje, telah menguatkan semangat nak menonton filem James Lee yang dikatakan ada sentuhan The Eye, The Ring, The Voice, The Call dan One Missed Call. Eh, dan Shutter.

Eh influence Suster Ngesot ada jugak kot.

Anak pakcik Jasmay tu memang something else. Dia mengingatkan aku pada pelakon Adik Manja, ala budak nakal yang sebenarnya baby tu memang baby dia. Tak ingatlah nama. Papepun lah kan. Rasa aku anak pakcik Jasmay je yang ok berlakon kot. Yang lain (termasuk Namron, Adi Putra, Vanidah) jadi penempel aje. Dr yang ala-ala British accentnya tu, macam kenal, tapi tak ingat dia berlakon apa. Ya lagi enam students tu, aku rasa kalau watak-watak mereka diberi pada aku, Jue, Sue atau even kak Laila - Histeria akan jadi lebih seram dan real, sebab jeritan aku lebih nyaring dan bergaya. Aku rasalah.

Dan ramai dalam panggung semalam yang boleh ganti tempat diorang dengan lebih baik lagi, sebab diorang jerit lebih kuat daripada si para pelakon yang lip gloss tebal gila masa nak g tidor, yang pakai maskara dan eyeliner masa nak wat keja2 bersukan dan membersih jamban. Hek!

Aku bagi 4 setengah persepuluh bintang jelah.

Tapi yang bencinya sampai ke sudah aku tak tau sama ada hantu raya atau Murni yang bunuh semua kengkawan dia. Hampeh!

Saturday, December 27, 2008

Tragedi (sebuah kanvas)!

Tak pernah terimaginasi akan bersama dia. Infinite and beyond. Jantan sekeparat exbf aku remains being the same person, tapi dia tetap yang aku kenal, betul-betul seorang gentleman yang sangat luhur hati budinya.

Can you believe it??

Tak pernah terlintas di fikiran aku pun keluar date dengan teman serumah exbf (BACA: yang merupakan kawan lama aku). There it is. Kawan.

Kawan ok?

Tetapi aku percaya bila selepas date ada tragedi kereta rosak, dan berasap (oh no!), bermakna macam ada potensi hubungan tersebut tak akan kekal lama.

Tapi seronok rupanya berada dalam dakapan seseorang yang sayang kau sepenuh hati (walaupun kau tak sayang dia!), sepanjang perjalanan dalam teksi dari awan besar menuju ke shah alam.

Alangkah!

Thursday, December 25, 2008

Devilock

Mak aku benci dia sepenuh hati. Jijiknya pada dia memang tak digambarkan, kalau boleh dia muntah, dah lama dia belahakkan ke muka aku agaknya. Kerana mak jugak, aku sudah hentikan (for good) pertemuan dan segala hubungan yang aku ada dengan pemuda benua gelap tu. Macam jugak hubungan yang sudah-sudah (yang sama sekali tidak dipersetujui tanpa mendengar penjelasan aku walau sepatah perkataan pun!).

Takdirnya!

Aku masih lagi gadis kinky-kinky kuku (BACA: nakal sikit-sikit), ya scandalous dengan berapa ramai warga itu, tetapi aku tidak date mereka lagi, walau dikejar ketika nak beli t shirt di ioi mall, ada yang sanggup berhabis top up nak bercakap dengan aku tiap malam, dan paling worst dalam hidup aku, jantan itu ke klinik setiap kali aku hambu dia sebab tak habis-habis menelepon. Hellll oooo Gentlemen - itu hal koranglah, aku tak pernah suruh, tak kuasa pun. Bila mak menghalang, pada aku tiada apa yang lebih baik daripada meninggalkan benda yang aku minat, dan kembali bersujud ke kaki ibunda tercinta lantas memohon ampun!

Tapi aku masih juga kinky-kinky. :) (Sikit jah!)

Dan mak aku yang bencinya melahar pada bekas bf aku itu, tiga hari lepas rasa selesa memakai tshirt putih bersetan, bertuliskan DEVILOCK. Ya maafkan ibuku yang nahi-zero english, dia rasa itu t shirt free yang aku dapat masa pergi tengok showroom Pallas.

Padahal itulah t shirt fevret bekas bf aku!!

Friday, December 05, 2008

Dua kesedihan

Pertamanya, my bad. Betapa tidak telitinya, aku bekerja pada ahad, layout laser printnya aku yang pegang, tetapi aku langsung tidak concern. Sungguh bebal. Kak Nik Farah, yang aku kenal sejak jejak kaki ke kolej Anggerik gemilang UiTM, sudah pergi selama-lamanya dalam satu kemalangan yang cukup horror di Kelantan. Thank you kak P Nut on those notes, kalau tak mungkin sampai sekarang aku tidak perasan.

Yes it's true, kak Farah sangat manja, sangat cute dan tidak pernah berada dalam keadaan sentap walau bagaimanapun hatinya dilukai.

Pemergian kak Farah dalam usia (33 tahun), mengingatkan aku sendiri bahawa jika Allah mengkehendaki, kita boleh pergi ke 'sana' pada bila-bila masa, tak kira masa dan tak kira usia. Dan insan dosa berduyun macam aku, yang entah bila ready untuk sedia amal ibadat dan amalan - pasti ini jadi sesuatu yang menginsafkan.

Oh tidak setakat itu, beberapa hari selepas itu dikejutkan pula dengan pemergian en shafie (tak ingat apa dia ajar dulu, mungkin paper managemet) tapi ya, arwah juga seorang lecturer yang sangat baik, sangat cool dan sentiasa mahu studentsnya berfikiran begitu jauh ke depan, n wide. So wide.

Arwah terlibat dalam kemalangan dengan trailer di New Zealand.

Belasungkawa dan al fatihah kepada kedua-duanya!