Monday, December 24, 2007

Ada Sesuatu

2007 telah mengajar aku satu perkara, berhati-hati dalam membuat apa sahaja perkara. Apa sahaja.

Jadi ada perkara-perkara yang aku dah hentikan terus, dan ada perkara-perkara yang telah membangkitkan semangat aku.

Menjelang 2008 ada dua perkara yang aku ingin sangat dalam hidup telah tercapai. Satu, aku dah ada duit sket berkat kerja keras dan sedikit kerja tambahan.

Dua, ya, MAT aku telah selamat jatuh ke tangan entah siapa, minta maaf encik MAT bukannya saya sengaja, tapi karenah encik MAT telah menyebabkan poket saya sentiasa kering setiap bulan. :(

MAT sentiasa satu kenangan terindah untuk aku, juga ada beberapa kenangan terpahit, tapi dah pergi dibawa si MAT dan aku pun tak mahu kenang apa-apa lagi.

Hanya berharap encik MBB akan menjaga aku dengan lebih baik!

Ada beberapa impian yang aku ingin, dan aku akan pastikan tercapai tahun depan dan menjelang usia warga emas - tuan-tuan dan puan-puan, proudly to announce, I'm turning to 30 very soon :)

Kisah cinta, ya masih belum berakhir, masih dengan si dulu-dulu juga kerana sudah jati diri aku tidak suka bertukar-tukar pasangan. Ya selagi dia mengambil berat, apa salahnya. Sudah beratus-ratus kali dalam masa dua tahun bergaduh entah apa-apa, ini sudah berbulan-bulan perkara itu berhenti sendiri, rasanya sudah ada chemistry yang masuk antara kami.

Aku percaya cinta yang rapuh, bila berselisih faham sekali akan terus retakkan hubungan. Pecah dan mungkin berpisah.

Tapi aku berkali-kali jatuh retak, pecah, dia datang dan gam semula retak itu, lepas tu hempas aku lagi sampai retak seribu, pun dia masih boleh gam semula retak itu.

Well, siapa berani gamkan aku semula yang telah retak beribu-ribu? Hanya dia.

Jadi aku biarkan dia hadir, dan bila dia pergi tanpa perasaan, aku tahu aku dah tak diperlukan.

Tapi hari tu di KLIA, bila dia hendak melangkah dan bisik satu perkara, kita soulmate selamanya, katanya, ya biarlah aku bagi dia peluang itu. Tunggu dan lihat.

Kalau dia tak kembali pun, aku masih ada banyak aturan hidup yang hendak diuruskan.

Dan kalau dia show up, well aku masih ada orang yang hendak dicinta!

Life is so fair when u being fair.

So i'll take the risk and move on.

Saturday, December 01, 2007

My full swing

Kembali!

Beberapa keputusan hampir dibuat, tutup blog ni, jangan menulis lagi, buka blog baru dan entah apa-apa lagilah. Ada dua tiga kejadian yang telah membuatkan aku separuh onar, lantas mengucapkan selamat tinggal pada dunia chatting, friendster, myspace, etc. Tidak bukan bawah hasutan sesiapa, rupa-rupanya bila aku salah langkah, jadi mangsa dunia cyber rupanya sakit pedih dan buat aku sesak nafas.

Kawan-kawan, sekarang saya dibuka semula!

Good news, i'm a better person now, fully motivated, highly spirited and happy always.

Manusia-manusia yang telah membuat percubaan gila untuk menjatuhkan aku, aku pasti telah berada di level paling bawah dalam hidup diorang sekarang. Ya aku bukanlah sasaran untuk khianat kamu, kamu dan kamu, bukan. Aku tak pernah hancurkan hati sesiapa, jika pun ada yang terluka, pasti takkan ragu-ragu memaafkan kerana aku manusia paling telus, paling mudah.