Sunday, September 30, 2007

Kau cari lagi

Entahlah apa yang merasuk dia.

Aku dah lebih daripada 500 kali mengalah, dan kali ni sudah sampai tahap letih.

Apa lagi hendak diharapkan bila orang yang kau sayang menuduh kau tanpa sebab, bereaksi macam budak-budak:
1. Dia tak call, tapi dia kata aku tak angkat telefon. Dan mula berprasangka molok-molok.
2. Dia hilang barang, dia kata aku yang ambik. Telah lepas isu tu, dia masih mengulang-tanya - kau kan yang ambik barang2 tu?
3. Dia kata aku ada hubungan dengan kawan baik dia.
Huh??

Aku lebih merasakan yang dia telah hilang akal, atau buat semua ni supaya aku angkat kaki.

Mungkin dia dah ada orang baru.

Well, kau yang kejar aku termengah-mengah dengan orang ketiga dan orang keempat minggu lepas!

Kau yang janji takkan buat apa-apalah lagi.

Sekarang kau nak apa?

P/S: apa lagi yang perlu aku perbuat? Sabar tidak mungkin sebab jika anda semua berada di kasut saya, anda akan tahu betapa siksanya mencari dan menjadi sabar dengan manusia seperti dia. Oh saya perlukan ketenangan!

Tuesday, September 18, 2007

Once a manwhore...

Kalaula boleh aku menyumpah di bulan puasa ni...ya aku teringin nak melakukannya (walaupun pahala puasa akan berkurang)!

B.*.B*!!

Itulah perkataan yang paling perfect untuk seorang lelaki yang tidak menghargai wanitanya yang setia!

Tapi, apa gunanya kan, sebab kau memang tak guna!

Apa guna berkias-kias, hati aku telah tersiat.

Dalam sangat!!

Saturday, September 15, 2007

t.a.g.g.e.d

Gitulah rupanya mende alah tag mengetag ni yek...hoyee....and i'm gladly to write five things about:

5 things in my handbag/bag :
i. lipgloss
ii. a bling-bling pen siap ada loceng
iii. shrek III note book
iv. my 2 phones
v. my conventional organizer

5 things in my purse :
i. MY card
ii. Driving licence
iii. AAM card
iv. Credit card
v. Discount card Lovely Lace

5 favourite things in my favourite room:
i. my wardobe
ii. collections of my giordano t shirts
iii. my comforter
iv. my magazines baca buat tido
v. my aromatherapy candle of teddy dreams

5 things I would like/love to do :
i. tukaq keta baru
ii. beli hangbag LV mmm...original
iii. Visit Universal Studio
iv. gi umrah lagi with the whole family
v. kahwin..kot!

5 things I’m currently doing :
i. menaip ni sambil tengok ulangan anugerah ERA entah kali ke berapa
ii. pasang lagu Like This Kelly Rowland kat headphone
iii. sambil tarik-tarik rambut jugak
iv. terfikir malam ni cerekarama citer apa
v. terfikir "e, adakah kau dah betul-betul hensap??" huhu....

And dengan bangganya i'm tagging my lovely friends...areyoung, meen zuleyka, nanie jom, kak eb and apai....cepat penuhkan blog anda...huhu....

Tuesday, September 11, 2007

Satu tahap

Kau biasa kena tipu sampai pada satu tahap kau bosan tengok muka dia?

Dia kata aku buat jahat sedangkan si devil itu adalah dia!

Memang Tuhan akan bagi kau satu percubaan maha hebat. Nantikanlah.

Saturday, September 08, 2007

GANTUNG

kuharus menemui cintaku
mencari tahu hubungi kita
apa masih atau telah berakhir

kau menggantungkan hubungan ini
kau diamkan aku tanpa sebab
mahunya apa
kuharus bagaimana
kasih...

sampai kapan kau gantung
cerita cintaku
memberi harapan
hingga mungkin ku tak sanggup lagi
dan meninggalkan dirimu

detik-detik waktu pun terbuang
tegarnya kau menggantung cintaku
bicaralah
biar semua pasti...

dan bunga hubungan cinta denganmu
membuatku sakit
hingga mungkin ku tak sanggup lagi
dan meninggalkan dirimu...


Pedih meninggalkan cinta, tapi aku lebih bahagia. Tak seharusnya aku biarkan kepala diinjak-injak, kerana kesudahannya apa? Derita hati, siksa jiwa. Dia seharusnya aku jauhi sejak entah bila! Hati delly...sabarlah...

Monday, September 03, 2007

Sudah....

Apa yang aku tulis sebelum ni harap abaikan saja ya.

Wrong timing!

Dia dah kawin daaaa...... :(