Thursday, June 28, 2007

CUTIE SWEETY

These are my fav pix of anak Alin!
The first one tu, sebab bantal tu ek, kalau dilihat dari jarak beberapa meter memang menakutkan, tapi Fatin*i yang comel ni, duduk sebelah je, bleh buat dek, tak takut langsung, malah menguap lagi!

And the second one, masa dia kecik, tengah marah sebab tak dibawa berjalan, amboi cutenya muka marah dia!!
She rocks!

Tuesday, June 26, 2007

Wahala!

Sekadar berkongsi cerita, a'ah malam ni aku banyak ruang untuk meluah rasa.

Ada seseorang yang kita rasa senang bersama, selesa bila bertukar rahsia - tetiba berkata pada orang lain yang dia sebenarnya terpaksa bersama kita, ya kerana diundang semata-mata, sebab itu dia hadir dalam hidup kita.

Sepanjang hidup, aku tidak pernah memilih, dan tidak pernah akan memberi susah pada seseorang yang sangat akrab - kerana tunjang diri aku adalah perhubungan berpanjangan sampai mati. Ya tapi aku manusia yang tersentap bila ada masa-masanya - oh tidak - bukan itu yang aku harapkan keluar dari mulut kau!

Benar, aku terasa hati...sangat-sangat...pada seseorang yang sudah aku anggap penting dalam hidup. Aku tak pandang apa yang pernah aku buat, apa yang pernah aku curahkan - oh itu bukan Delly, cuma sebagai manusia, kau cubalah jadi insan berhemah. Aku takkan hilang apa-apa, cuma takkanlah kau tak terasa langsung untuk menjadi luhur?

Aku rasa eph betul. Tafsiran dia tepat. Larangan dia dulu bermakna, cuma aku tak percaya.

Sekarang aku buka mata luas-luas, memang betul - ah aku tidak pernah ditikam sebegini!!

(Suzie - kau mungkin faham siapa yang aku maksudkan. Dia yang bermasalah dan aku ambil jadi masalah aku!)

Aku Ingin Terus!

Orang kata kerja aku membosankan. Kawan-kawan bising, "habislah kau, takde life!"

Mak kat umah tak habis-habis mengalir air mata, setiap kali aku angkat gagang tipon tanya khabar, mengenang aku yang balik umah tak serupa time anak dara lain balik.

Katanya, takut entah apa-apa jiran-jiran fikir!

Kakak aku tak habis-habis meng'sms' merepek - kau tak boleh tukar ke balik?

Hey, kalau ikut kata semua orang ek, bisa je aku meroyan sendiri kat rumah. Hello, bukan kehendak aku memilih kerja sebegini ya. Aku cuma insan terpilih! Huhu!!

Aku senang, dan sebenarnya, aku lebih bebas. Persetanlah pasal jadual tak serupa orang tu, sebab itu pun sebenarnya yang jadikan kerja ni sangat interesting. Haha...aku baru tau! Dan aku baru sedar.




BeNgAnG

Bukannya kau saja ya, malah semua orang di sini mengalami tahap tekanan yang serupa (malah mungkin kami lebih lagi - dan sememangnya iya).

Aku memang sebal dengan ayat "cepat sikit", tanpa memahami bahawa tugas seseorang itu bukan mudah.

Oklah, aku tau yang buat kuih karipap tu rencah, dan kalau mak masih sibuk menguli tepung di waktu malam, takkanlah aku nak cakap, "mak cepat sikit ek". Sudah tentu aku nanti esok pagi saja sebab karipap, selepas tepung luarnya diuli, nak dimasuk inti, nak digentel, nak digoreng.

Proses buat karipap tu sama ajelah prosedurnya seperti kami di SH ni - kependekannya - orang bagi story, bukan setakat mengedit, tetapi juga "menyedapkan semula" - seperti kata senior aku di sini. Daripada orang tak paham, kepada paham apa yang hendak si wartawan itu sampaikan.

Ada kalanya aku sendiri tidak tahu apa yang hendak mereka katakan, lantaran itu terpaksalah aku tambah kuah lagi supaya lebih sedap dan lemak - walaupun mungkin maksud sebenar sudah lari! (Eh kenapa korang tak ditrain dengan lengkap ek!)

Sekarang aku paham kenapa masa aku kerja dengan Datuk Manja dulu, apa yang aku tulis macam lain pulak bila keluar menjadi berita. Dialah yang menggodamnya yek! (Hmm teringat seorang junior yang jadi pensyarah seminggu di Lendu, teka sapa yang jadi anak muridnya? - anak Manja!)

Aku ampunkan anak-anak buah di bawah, kerana benda baru, begitulah. Bukan ke kita semua belajar daripada pengalaman?

Mmm..tapi janganlah sampai tahap acting president kau terjemahkan presiden lakonan!!

Ahh!!!

Friday, June 22, 2007

Semangat!




Yang memberi aku kekuatan sekarang ialah kerana:

1. DELL nipis ini, sponsored by office - membuatkan kerja aku sangat lancar, ya bak kata iklan sabun...zap...zap...zap...

2. Kamus Dwibahasa yang dah jadi macam best friend - lebih bersyukur kalau ada kamus bergerak macam Suzie.... :)

3. Mmm..perempuan pejuang macam aku jugak, cuma aku asyik-asyik berbaik semula setelah dipujuk...hampeh!!

4. Henpon second hand V3 yang aku beli dengan harga cukup murah, dan dialah yang aku paling sayang sebab dah lebih 200 kali jatuh, dan masih tegar memberi service!

5. Organizer yang selalu manage hidup aku - ya walaupun kecik, comei, tapi ada banyak no. contacts dan scandal2...awww!!!

Dan lain-lainnya kerana office aku di tingkat dua ni ramai kakak-kakak dan abang-abang yang boleh aku bermanja, semuanya kaki cakap lepas-lepas..ahh...letih la layan karenah orang dah kawin...tapi best!!

Dan paling best bila tiap-tiap malam makan free!! Yihaa!!

D.e.l.l.y D.e.l.l.y











Kepada yang merindui aku ek....yang terbaru....

Menjadi Lebih Baik

Menjadi lebih baik.

Selalunya aku akan jadi lebih baik, lebih cekap, lebih prihatin, ya dan lebih pandai dan lancar menulis bila berhadapan dengan kekecewaan, hati sakit, jiwa terbelai..begitulah selalunya.

Entahlah apa yang aku nak ketika ini, sebenarnya cuma ketenangan dan gelak tawa dengan seseorang yang menyenangkan. Dah lama aku tak gelak really out-loud-burst ha gitulah...seingat aku di zaman kolej-kolej, kat uitm dulu, selalulah aku gelak sakan macam tu. Sebabnya takde masalah yang nak difikir, takde bf nak didampingi, cuma nak risaukan exam dan bila lecturer nak buat pop quiz.

Meniti hari-hari ke usia 30 ni...gelak aku tak sekuat dulu, ya, kegembiraan aku sedikit direnggut dengan beberapa pengalaman ngeri zaman bercinta. Dan aku melalui hari-hari biasa dengan sedikit kehambaran, walaupun aku mahu happy happy saja, tapi rasanya gembira itu cuma sekadar ingin menutup sesuatu yang kurang dalam diri.

Ya Allah, aku cuma mahu dikembalikan kekuatan, supaya aku jadi seperti dulu.

Saturday, June 16, 2007

Retak Berkali

Sebenarnya tak siapa pun yang tahu yang aku sebenarnya dah banyak kali sentuh jari di sini - blog ini - menulis separa, dua dan log out balik sebab aku kematian kata-kata. Sudah terlalu banyak happenings yang berlaku, entahlah aku pun tak ingat berapa kali lintas langsung hal-hal menarik di sekeliling - tapi semuanya tak tercatat.

Yang terbaru - letih main tarik tali - ya akhirnya aku mendapat sinar sejati - yang menyaksikan kerja nampak matahari dan balik bertemu bulan. Yang menyebabkan jadual tidur aku dah tak menentu. Hal-hal sosial yang menipis. Keretakan hubungan. Keberantakan fikiran. Pedih, kan?

Tapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan bila aku tak payah pening-pening soal kedatangan - habis kerja habis, habis dan habis. Esok fikir masalah lain.

Tapi masalah lain pulak timbul.

Kerja langsung tidak menjadi masalah kerana aku mula mencintai dan belajar memberi hati kepada situasi ini. Untungnya menjadi aku, boleh dicampak ke sana sini, dan aku memang boleh diharap. :)

Hari pertama dan kedua - memang, aku terkangkang-kangkang segala jejari dan tangan, sekarang aku boleh manage dengan muka selamba.

Tapi aku ada satu masalah.

Lepas apa yang berlaku, aku jadi perempuan keras hati dan hubungan aku telah retak berkali-kali kerana perempuan itu.

Hari ini, aku ambil keputusan yang biarlah terbelah selamanya....