Menjadi lebih baik.
Selalunya aku akan jadi lebih baik, lebih cekap, lebih prihatin, ya dan lebih pandai dan lancar menulis bila berhadapan dengan kekecewaan, hati sakit, jiwa terbelai..begitulah selalunya.
Entahlah apa yang aku nak ketika ini, sebenarnya cuma ketenangan dan gelak tawa dengan seseorang yang menyenangkan. Dah lama aku tak gelak really out-loud-burst ha gitulah...seingat aku di zaman kolej-kolej, kat uitm dulu, selalulah aku gelak sakan macam tu. Sebabnya takde masalah yang nak difikir, takde bf nak didampingi, cuma nak risaukan exam dan bila lecturer nak buat pop quiz.
Meniti hari-hari ke usia 30 ni...gelak aku tak sekuat dulu, ya, kegembiraan aku sedikit direnggut dengan beberapa pengalaman ngeri zaman bercinta. Dan aku melalui hari-hari biasa dengan sedikit kehambaran, walaupun aku mahu happy happy saja, tapi rasanya gembira itu cuma sekadar ingin menutup sesuatu yang kurang dalam diri.
Ya Allah, aku cuma mahu dikembalikan kekuatan, supaya aku jadi seperti dulu.