Tuesday, October 31, 2006

Akhirnya Tempat Itu Kutinggalkan....

Miss Delly Delly.

Favourite phrase aku - courtesy of abang Aie.


Tempat berilham karya yang lama.

Kawasan mendandan diri bila boring dan dalam tekanan tahap extreme.



Walaupun taklah lama sangat, mungkin dalam jangkamasa tak sampai setahun ditempatkan di kayangan gen-y, akhirnya kembalilah aku ke bumi semula. Memang sedih, rasanya memang puas bekerja di satu kawasan yang kau boleh nyanyi sekuat hati, pasang lagu sampai tak hingat, dan panggil member sambil jerit je kat tempat sendiri. Memang aku suka suasana begitu, sebab bekerja di tempat media is meant to be exposed to tekanan, stress, kebingitan, kebisingan etc etc. Barulah lively. ;)

Bersyukur juga berada di tempat baru, rasa lebih bermasyarakat, lebih ukhwah, dan lebih mudah bertemu dengan golongan marhaen yang datang melawat. Walaupun terpaksa aku bermenung seketika memikirkan apakah strategi terbaik yang boleh dilakukan kali ini, untuk baby yang baru, ya tapi idea perlu diperah. Dan anak-anak buah aku semuanya yang sangat menyenangkan. Alhamdulillah.

Aku malas dah nak kalutkan fikiran. Hanya buat yang terbaik ajelah nanti.

Monday, October 30, 2006

Back To Work

Aduh memang letih seminggu di kampung, aktiviti popular dah tentu mengunyah biskut raya tak habis-habis, tengok tv, dan tidur. Walaupun aku happy raya tahun ni banyak bersedekah pada sepupu sepapat dan jugak nenek tercinta, sebak dada datang menerpa jugak sebab kakak aku dan keluarga tak ada di sisi. Memang boring giler...tapi nak buat camne...raya kan...Abang balik, tapi sekejap je la, dalam tempoh tak sampai 24 jam. Orang kata, sekadar buat syarat balik raya. Pahamla dia kena kerja the second hari raya tu.

Ah, ada lagi proposal datang menjelma di bulan-bulan baik ni. Ingatkan orang tu dah serik masa kali pertama direject. Rupanya masih menyimpan harapan, walaupun hanya sisa-sisa. Tapi cam biasalah, eh, eh, aku pun manusia biasa, aku pun ada taste aku sendiri, apa yang aku inginkan dalam diri seorang lelaki. Bukan mudah menerima aje seseorang yang aku tak kenal. Dan dari lahiriahnya aku tak suka. Jadi dengan berhikmahnya aku terangkan pada bapak aku, yang aku ada lagi cita-cita yang tak kesampaian. Cita-cita ni perlukan pengorbanan, bukan sedikit, yang mana kalau aku sudah berkahwin, nanti komitmen lari, dan aku kena dedicate dengan suami dan keluarga. Tak semua orang boleh faham kerja yang aku buat sekarang.

"Tapi bila lagi?" tanya bapak aku. "Tunggulah..Allah tu maha kaya, nanti adalah jodoh," jawab aku selamba badak.

Apa yang ada dalam diri aku sekarang adalah sebatang diri yang dah tak kuasa nak berbicara soal-soal jodoh ni. Sebab aku percaya pada qada dan qadar, walaupun ya, aku perlu mencari, tetapi aku tak payah keterlaluan. Masih terkesan di hati masa betul2 aku nak jadi isteri yang baik, yang soleh, orang halang-halang niat suci aku. Sampai sekarang aku rasa lukanya masih pedih - namun tak siapa pun yang tahu istimewanya menjadi aku, aku memang boleh forgive, tapi not to forget. Bukan kaki pendendam, cuma aku tak boleh lupa sesuatu yang orang lakukan untuk menarik kebahagiaan yang aku ingin kecapi.

Aku pun ada hak nak bahagia macam orang lain, kenapa nak ambik kebahagiaan tu daripada aku? Memang mudah menganggap di sebalik semuanya ada hikmah, tapi adalah lebih berhikmah kalau aku belajar sesuatu daripada pengalaman aku sendiri.

Sudah, tamat kes hari raya. Sekarang nak berhadapan dengan cabaran baru, orang-orang baru, cara kerja baru dan semuanya serba baru. Semangat baru!

Thursday, October 19, 2006

Selamat Hari Raya!

Ini entry terakhir kot sebelum aku balik kampung beraya. Besok rasanya dah tak sempat nak tulis apa-apa sebab aku pun nak balik cepat ;).

Bulan-bulan puasa cenggini, banyak benda yang menyentuh hati aku. Baru tadi aku campak buang t shirt yang Jini bagi, alah, t shirt budak kecik, aku pun tak muat - so aku pun dengan jayanya campak dalam tong sampah. Terhiba pulak hati bila kakak cleaner tetiba tanya sama ada baju tu aku nak buang ke tak. Aku cakap, ye kak. Dia kata, biarlah akak ambik...dan lipat t shirt tu elok-elok. Eh eh hati...betapa tak bersyukurnya aku ek... Rasa nak menitis air mata tengok insiden tu, dan tengok kedhaifan mental dan hati aku...

Entah kenapa, tengok iklan raya petronas pun boleh meleleh-leleh air mata aku. Tambahan pulak benda ni macam dialami oleh keluarga aku sendiri, sebab mak aku menjaga mak mentua dia kan. Memang tersindir tahap gaban bila anak kita sendiri yang cakap, nanti mak dan ayah makan kat sini...bla..bla...macam dalam iklan tu. Learn from the best kan...gitulah...orang tua, seharusnya kalau mereka dah sampai tahap nyanyuk dan tak boleh berfikir dengan baik pun, tapi masih lagi manusia yang berperasaan. Akan rasa terpinggir bila orang meminggir. Akan rasa terkeji bila orang menyindir. Sebab tu bapak aku selalu tanya sama ada aku boleh jaga mak dan dia sebaik dia menjaga nenek aku sekarang? Aku cuma tengok cermin, perhati muka aku betul-betul dan aku nampak....satu keraguan. Kenapa mesti aku ragu sedangkan mereka ibu bapa aku? Jadi dalam apa keadaan pun, diorang adalah priority aku.

Puasa jugak telah mengajar aku banyak bersabar (dalam sesetengah hal aku tak boleh bersabar sangat, tapi aku cuba). Banyak sangat ujian bulan puasa ni - ditinggalkan kekasih tanpa khabar berita kemudian dia muncul dan suruh aku melupakan dia, perubahan kerjaya, dan juga sedikit gejolak di kampung (yang sepatutnya bukan masalah aku, tapi kena ambik tau). Ditambah dengan masalah dalaman, konflik diri, orang-orang yang datang dalam hidup secara tiba-tiba, etc etc. Banyak! Tapi aku cuma pujuk diri, sabar. Bersabarlah wahai Delly!! Kesenangan tak akan datang begitu saja.

Oklah, raya ni tak ada siapa-siapa, kakak aku dan keluarga tak balik. Abang aku tak tau. Jadi aku cuma dapat mengebestkan diri sendiri. Beli baju baru semalam, untuk raya, dan aku nak beraya sakan!!!

Tuesday, October 17, 2006

Ekspresi Gadis Kita

Bukan secara kebetulan, aku berkenalan dengan A kerana dia adalah girlfriend kepada M, yang aku kenali melalui E. Pernah bercakap sekali dua, M yang bekerja di Summit, adalah seorang lelaki yang tahu apa yang dia buat, prihatin dan peka dengan keadaan dan orang-orang di sekeliling, cakap the truth about life, dan very straight forward. Dan padanlah dengan umur dia yang dah 35 tahun tu. And I'm sure, he takes a good care of A. Sebab A nampak bahagia dan gembira. I'm happy for her.

Memandang sekeliling, termasuklah sesekali kepada diri aku sendiri, aku tertanya-tanya kenapa ramai gadis kita yang memilih jalan untuk tidak bersama lelaki Melayu lagi. Apa kurangnya orang kita? Aku tanya A apa yang menyebabkan M berbeza dengan lelaki Melayu kita? "Dia caring," A balas sepatah. Lepas dah mesra sikit, A start cerita yang dia sebenarnya dah bercerai dan ada anak umur 3 tahun. Umur dia sekarang 27. Kawin mesti umur 23 atau 24. "Apa masalahnya?" aku tanya selamba. "Susah nak cakap, tak boleh nak hidup, dia tak kerja, banyak masalah,".

Dan apa yang menyebabkan hidup di sisi M senang? M educated, A pun student, boleh bertukar2 pendapat mengenai subjek networking dan web-designing. And the most important part, M always has money - A boleh ulang-alik ke kolej dia di SA naik cab RM 20 sekali pergi. Another RM 20 to come back. And 3 classes per week. All fully-sponsored by M. M knows things - what a woman wants - he has turned A into something else, nampaklah yang dia groom well, English-spoken not too bad macam bebudak kolej lain dan I saw confidence in her bila dia nak cakap sesuatu. From outside memang A looks so kampung, but with M she feels the confidence in her. I like that.

Guys, apa nak jadi kat korang? Kenapa tak boleh take care of your own women? Why can't you educate them well? Feed them, make them feel like a real woman? I'm sure A looked so much kampung before when she was attached as a wife to that guy. And I as I see her now...wow...bukan satu kes, adalah kes-kes lain yang aku dengar macam ni jugak. Tapi this one as what I heard daripada telinga dan mata aku sendiri. Adalah aspek-aspek lain yang diorang suka dan dambakan kepada golongan non-Malays ni. They are not even Malaysians. Foreigners, I must say. Why can't they find the qualities in their own men?

Monday, October 16, 2006

Tentang Semua Orang

Selamat berpuasa...maaf zahir batin kepada semua...

Aku dah terlepas daripada tanggungjawab untuk meneruskan sesuatu yang agak sukar...merealisaskan majalah sekarang kepada bahan bacaan utama di sekolah. Headache aku akan diuruskan oleh orang lain, Alhamdulillah dan good luck ya! Begitupun tekanan baru telah meletakkan diri aku dalam keadaan separuh tensi - macamana ek? Apa rasanya terpaksa buat sesuatu yang bukan lahir daripada jiwa, atau to present something which is totally not u? Tapi tulah dugaan...as long as they do not assign me to Kelantan, Terengganu or Pahang, I'm so much grateful.

Minggu ni teringin rasanya hendak bersantai sakan...ohh memang aku tak boleh menerima apa-apa input langsung sekarang ni. Fikiran dah lama melayang ke kampung, dok terfikirkan apakah yang bermain-main di benak mak aku sekarang. Dan apakah mereka dah ok? Ok ke tak ok? Dan sesekali melayang juga pada statements2 G setiap kali dia call aku. Aku akan belajar melupakan dia. Memang aku dalam proses melupakan dia. Mmm..dan sesekali juga aku terimajin (credit to areyoung) Eph, dan betapa perhubungan ini sangat tidak bagus untuk diteruskan. Dan of course flow kerja keluar dan masuk selalu menjadi igauan ngeri aku. Sebab tulah rasanya biar minggu ni aku bersantai...tak makan gaji buta rasanya sebab ada jugak yang aku spend from my pocket money untuk tujuan kerja.

Aku cuma ingin kebahagiaan, ketenangan dan keceriaan dalam hidup. Biarlah hati tersumbat, minda tersepit dengan permasalahan, tapi wajah tetap mengukir senyum...

Friday, October 13, 2006

Kisah Si Remp-It

Kebosanan kadangkala boleh menjadikan aku insan yang sesuatu. Selalu aku tak heran sangat nak tengok movie Melayu ni, tapi ntah camne terbeli jugak vcd Remp-It pirated - sebab aku dengar macam bagus je movie ni. Dua hari tersimpan kat umah, hari yang ketiga aku pun tengoklah.

Secara peribadinya, walaupun aku benci betul citer Melayu yang suka nak masukkan elemen-elemen kisah hidup remaja di dalamnya - sebab kebanyakannya gagal nak portray kisah hidup remaja Malaysia (Melayu terutamanya) dengan betul dan jujur - tapi Remp-It is something. Daripada gaya bercakap, lengguk badan para pelakon - rasanya memang Ahmad Idham dan anak-anak buah dia ada buat research, atau setidak-tidaknya duduk bergelumang ngan budak-budak rempit sebenar dalam beberapa minggu untuk mendalami perwatakan mereka yang sebenar. Apa yang digambarkan mungkin 1/3 je daripada kisah betul, tapi at least sebagai masyarakat yang bukan rempit - dapatlah kita gambaran camne sebenarnya life diorang ni.

Kalau ada race tu, mesti ada duit, dan keduanya, mesti ada perempuan sebagai umpan. Kat mana-mana pelusuk dunia pun macam tu. Dan tak kisahla perempuan ni awek siapa, atau lelaki tu balak siapa, kalau lelaki tu menang dalam race, awek atau balak sesiapa ni pun boleh menjadi pasangan kepada sesiapa juga. Memang, kalau kita buat satu jenis kejahatan, virus-virus jahat yang lain akan berjangkit. Maka kejahatan tu akan berkembang dan jadi kudis-kudis lain. Maksiat, seks bebas, hidup berparti etc etc. Ahmad Idham kembangkan dengan baik, dan sebagai pengarah baru, aku terkagum jugak.

Semua pelakon, termasuk yang tambahan, berjaya bawak watak masing2 dengan baik. Ada la dua tiga watak bukan hero yang macam over-acting, tapi still ok dan tak mencacatkan jalan cerita. Tak ada yang aku nampak langsung tak boleh berlakon. Even watak budak gemuk dengan kawan dia mintak pasangkan sparepart RXZ kat beskal diorang pun nampak so natural. The hero, Farid Kamil memang cool, dengan mimik muka, gestures badan dia - memang la ada tokoh rempit. Even Julia Ha*a yang aku menyampah pun not bad, biarpun sekadar watak penggoda dan liar atas katil, she did it very well. Paling menyelamatkan keadaan ialah Catt Farish, man...he really can act. Tak kisahlah ko keluar dari Ruffedge pun, he has a very good in future dalam dunia lakonan.

Itulah kisah aku yang melayan Remp-It semalam. Memang anti-climax to know yang heronya mati - dan si villain selamat. Gamaknya nak buat sequel la kot...Later aku nak tengok gubra pulaklah...walaupun filem ni lagila banyak isu dan kontroversi sampaila pelakon wanita dia naik pentas terima anugerah pun still kontroversi, tapi aku tak tengok lagi. Apa yang sensitif sangat tu agaknya ekk.....

Wednesday, October 11, 2006

Kejutan Ramadhan 2

"Tak siapapun inginkan kesedihan dan tak siapapun mampu untuk bersugul di sepanjang jalan kehidupan..." - terima kasih pada abang Aie dengan kata-kata yang aku capture pada buku keluaran terbarunya, Aku dan Sesuatu. Sungguh sesuatu pada ayat ini - memang takde siapa pun yang ingin bersedih, tapi lantaran kita manusia biasa, dan hidup ini pun bukanlah indah-indah sentiasa - maka kesedihan tu tetap akan datang singgah. Walaupun tak selalu, sesekali dalam hidup. Tapi rasanya sudah terlalu kerap kesedihan datang menjengah diri aku. Sampai ada masanya nak saja aku cakap - janganlah datang lagi!!

Kemuncaknya pada hari ini, genap setelah penantian dari 7 August, hingga hari ini bertarikh 11 Oktober - 65 hari, atau 2 bulan 5 hari - dari tarikh dia pergi, dan keputusan dibuatnya pada hari ini. Selayaknya mental aku telah menerima berita tewasnya cinta aku ini sedari awal, tapi biasalah - kebenaran memang menyakitkan. Apatah lagi kebenaran tu keluar dari mulutnya sendiri. G kata, aku harus terus melangkah, dan set myself free. Usah ditunggu lagi kepulangannya, sebab dia sendiri tak tahu bilakah dia akan kembali. Oh, memang aku tidak pernah menanti, tetapi aku sentiasa meletakkan harapan yang positif. Kenapa? Dia tidak yakin dengan cinta ini. Kalau betul cintanya bukan rekaan, dia akan mampu teruskan walau bagaimana bentuk cabaran yang tiba sekali pun. Biar kami berjauhan. Dua benua berbeza. Katanya dia tidak mahu aku sengsara, tetapi hati aku lebih tersiksa bila terpaksa menelan hakikat yang dia tidak yakin yang kami dapat teruskan.

Aku terlampau optimis pada cinta sehingga akhirnya cinta membuatkan aku obsesi terlampau. Dan aku lupa bumi yang aku pijak. Pandai....bijak benar mulut aku berkata bila bagi nasihat kat Ang Ang...yang jangan teruskan cinta kalau pihak yang satu lagi tak menyukai kita. Ibarat menepuk sebelah tangan yang memang tak akan berbunyi. Sekarang ni..hambikkk kat aku sendiri...

Aku yakin G masih menyintai aku sepenuh hati. Keadaan memaksa. Baik, biarlah aku ambik jalan selamat dengan mengatakan yang memang keadaan kadangkala menyebabkan kita panasaran. Fair and square. Aku betul tak tau apa yang berlaku kat sana. Dan dia pun tak pernah tau penderitaan mental dan batin aku. Kita sama-sama terluka. Yes, I will set myself free. I am so free. Tapi cinta aku tetap di situ. Ke mana pun G pergi, dia akan membawa cinta aku bersama. Aku pun memikul cinta G (yang dulu-dulu, walaupun mungkin telah tiada sekarang), kerana aku tahu, dulu dia mencintai aku sepenuh hati.

Susah nak jelaskan, tapi aku ada banyak sebab kenapa aku tidak boleh melupakan G selama-lamanya.

Kerana cinta, aku biarkan dia pergi menjenguk bahagia...

Oh, sekadar cinta aku yang baru memasuki usia 2 tahun, tidak sehebat cinta mak dan bapak aku yang hampir 40 tahun. Entah kenapa, aku rasa keluarga aku semakin berantakan sekarang. Aku macam nak pengsan dengar apa yang mak sampaikan pada aku petang ni. Oh tidak!!! Sudah-sudahlah....pagi kisah sedih, haruskah aku berhadapan dengan kisah air mata lagi?? Give me a break. Mak...pleaselah...

Bapak aku, yang aku kenal adalah seorang lelaki yang sangat berjiwa lelaki. Jiwanya kental banget. Apa sahaja yang berbentuk penghinaan kepada diri dia atau keluarga dia - memang dia tak boleh terima. Memang sound direct kat orang. Sebijik perangai aku jugak. Tapi aku pun mewarisi sifat-sifat mak aku, aku tak banyak cakap, dan aku suka buat kerja senyap-senyap tanpa orang notice. But at one point, bila kerja yang aku buat tu orang tak notice, pas tu gi tanya lagi soalan bodoh, memang aku rasa nak bagi penampar.

Contoh simple mak, nenek aku yang dia jaga (mak kepada bapak aku) - memang dialah orangnya yang masak dan bagi makan hari-hari. Even bapak aku pun never feed his own mum. Then datang adik-beradik bapak aku yang terkenal mulut laser dan hati busuk ni di rumah aku - then tanya mak aku soalan bonus kategori bodoh nak mamp** - "orang tua ni dah makan ke?". Aku paham perasaan mak. Kalau depa tanya kat aku, sudah tentu masing-masing dah lama akan balik dengan keadaan sebal. Sebab aku akan jawab, "tak, dah seminggu dia tak makan".

Kesabaran mak memang di tahap luar biasa. Dalam usia 60 tahun, pagi-pagi dah bangun mandikan orang tua tu, bagi makan, basuh kain baju (air kencing etc etc) - because nek aku dah kategori jadi baby balik. Tak ingat apa. Dan orang yang penyabar ni, ada hari dia akan betul2 terbakar dan hilang tahap kewarasan. Kewarasan mak di level paling minimum hari ni. Ya Allah, aku tak sangka mak berani melafazkan kata-kata itu pada bapak aku. Tidak, tidak pada usia sekarang. Oh tidakkkkkk!!!!!!

Ya Allah...berikanlah aku tahap kesabaran yang luarbiasa untuk berhadapan dengan segala ujianMu....Amin....

Sunday, October 08, 2006

Kejutan Ramadhan

Aku anggap semuanya clear dengan g. Tapi kejutan berlaku di bulan ramadhan ni, dia called aku di nombor baru. Dan apakah di sebaliknya itu? Maknanyakan dia telah membaca emel yang aku kirim - dah boleh baca emel! Apakah itu bermakna segala masalah yang menimpa dia sebelum ni dah selesai - kononnya?
Tetapi dengan jiwa yang keras, aku cakap tak payahlah dia nak call aku lagi sebab tak ada apa yang boleh menyelesaikan masalah jiwa aku dan dia. Itu jalan yang dia pilih. Dan aku ada jalan aku sendiri. Dalam emel terbaru, dia kata aku tak mungkin akan faham apa yang telah berlaku. Buat apa nak faham lagi? Selagi kau tak menjengukkan muka di sini, selagi itu aku mengaggap aku faham semuanya berlaku - mengikut tafsiran kitab aku.
Meninggalkan dan ditinggalkan semuanya perkara biasa dalam kehidupan. Apa lagi yang baru? Aku anggap diri aku sudah mahir kesemuanya. Ya dan aku boleh kawal emosi dengan begitu baik sekali. Jangan silap buat andaian, selemah-lemah aku, aku masih boleh buat tafsiran dengan wajar dan rasional. Dan aku menerima kekhilafan lepas sebagai pengajaran. Siapa yang tak buat silap? G silap, dan hukumannya, aku harus meninggalkan dia. Tapi tak bermakna aku tak perlu jawab panggilan atau emelnya lagi, aku tak harus takut dengan permainan dunia. Aku akan selesaikan semuanya dengan cara yang matured dan natural. At least, dia tahu bahawa aku tak naive. Aku tak akan mati hanya kerana seorang lelaki meninggalkan aku ketidaktahuan.
Aku akan terus hidup, dan mengecap keindahan demi keindahan.
Bukankah hidup ni terlalu indah untuk dipersiakan??

Wednesday, October 04, 2006

Hari Mengebestkan Diri

Last two days (Isnin) aku telah menjadikan diri aku orang bujang yang berjaya - bebas-sebebasnya nak buat apa yang aku suka termasuklah teknik rebonding! Seronoknya tak payah berada dalam tekanan bila dikongkong seseorang!

Tapi sejurus selepas aku selesai, adalah makhluk yang telah menelefon dan bagi penekanan yang panggilannya harus dijawab, kerana kalau tidak seseorang akan menjadi gila! Ya, makhluk itu telah menjadi separuh mutant disebabkan binasa mulut dia sendiri. Siapa suruh menghina aku, memang dah sah-sah dapat tulah. Tak sampai sehari, dah tak boleh fokus pada hidup. Orang yang teraniaya akan sentiasa dilindungi - itu yang pasti. Dan hari itu adalah satu kejayaan untuk aku - diam itu berisi.

Semalam pulak, memang seronok dapat berbuka puasa Su*zie dan Bu*daiy - kengkawan lama. Entah apa-apa, tiba-tiba semalam menjadi satu kenangan yang tak dapat dilupakan. Budaiy memang betul, dulu sewaktu kami serumah, apa sahaja yang kelakar, akan ada "ayat" khas yang trigger kami untuk ingat peristiwa-peristiwa tertentu.


Kalau mengingatkan kawan aku Sy*az, semua tahu dia selalu tidur style "ballet". Kopiah nenek memang sinonim dengan ang-ang. Aku pula suka berkemban, pastu bleh plak tidur depan tv sampai habis siaran. Ada juga rancangan-rancangan tv favourite yang bila diquote gazetnya, boleh pecah perut. Kata-kata ustaz Amal dalam satu program tv, "dia datang dalam keadaan pelbagai" bila diquote oleh Buda*iy semalam, ya Allah, aku ketawa macam orang hilang ingatan. Hai rindunya...kalau ada si Ang Ang lagi entah apa-apalah.

Hari ni ada sesi makan-makan gen y pula di Pelaga d cafe kat seksyen 13. Last year tak sempat nak menjoinkan diri, so this year harap-harap semuanya best. Lagipun ramai juga yang akan datang, termasuk sorang dua yang dah nak memblahkan diri ke tempat lain. Kira makan-makan besar bersama la ni sebelum entah bila-bila jumpa lagi.


Oh ya, aku pun dah selamat mengkayakan pdrm dan mbsa hari ni. Bosan!!