Friday, September 29, 2006

Jumaat Yang Stress

Cam entah apa-apa, aku saja je membangkitkan kemarahan manusia tu dua, tiga hari ni. Dah baik-baik dia bertukar kelakuan, aku plak pergi marah dia lagi. Lantak la, ada masa-masanya memang aku sangat stress. Dan memang bagus melampiaskannya pada orang seperti dia. Tapi heran ek...mmm...dia sangat bersabar...bagus, bagus, boleh buat lagi.

Petang baru nak melepaskan tension, dah dapat panggilan keramat lagi. Aku tahu kalau mak aku call dalam pukul 2-3 petang, memang ada sesuatu la yang hendak disampaikan. Biasanya yang berkaitan kesalahan dan kekhilafan. Dah sah! Aku dibeban masalah kewangan lagi oleh mbsa. Bosan! Berapa banyak kali aku nak kayakan korang la! Ok, ok. Aku disaman lagi. Memang salah aku tak pegi bayar awal-awal. Sebab time dapat je surat saman kat keta, aku dah koyak-koyak surat saman tu dan masukkan dalam mulut, lepas tu kunyah halus-halus. Aku bosan disaman disebabkan parking keta bodoh!

Mak aku kalau dapat berita saman, adalah seperti mendapat berita yang aku tak lulus periksa. Ceramahnya dua jam. Dan aku pasti bila aku balik kampung nanti, akan diceramahnya aku lagi cukup-cukup. Biasanya aku diam je, tapi hari ni aku cakap dengan mak baik-baik supaya sambung ceramah tu nanti bila aku balik kampung lagi minggu depan. Bab saman tu nanti akan aku selesaikan Isnin ni. Ada satu lagi saman polis jugak sebab aku pakai henpon masa tengah memandu. Isyyy...

Dalam pada stress, aku akan mengadakan majlis berbuka puasa ala candle light dinner (ahaks!) dengan dua sahabat lama Selasa ni. Hai apalah menu nak dijamukan kat budak-budak berdua ni. Kan bagus kalau ditakdirkan ari tu aku uzur, jadi bolehla aku masak dengan confident. Besoknya pulak ada makan-makan plak dengan gen-y ni, nak meraikan jugak dua tiga orang rakan yang bakal angkat kaki dari office ni. Macam tak caya yang aku dah nak masuk tiga tahun kat sini, dan masih takde plan nak ke mana-mana. Sibuk memanjang, nak update resume pun tak sempat. ;)

I'm Not Missing You!!!

I'm not missing you
Been through just about everything that I could go through
When it comes to relationships
Don't know what I was missing or why I ain't listen
When I told myself that was it
Now here I go, hurt again
Cause of my curiosity
Now that it's over
What else could it be, he just had to cheat

I made a promise never to settle
Why didn't I keep it?
Cause I hated the heartbreak
Crying and cheating, the fooling around

(But) I'm not missing you
I'm not going through the motions
Waiting and hoping you call me
I'm not missing you
You might have had me open
But I must be going because
I got life to do
I know I'm usually hanging on
I used to hate to see you gone
But this time it's different
I don't even feel the distance
I'm not missing
I'm not missing you

It's a shame in a way cause
I feel that I may not ever find the right one for me
Did I leave him, is he right in front of my face oh
Will my true love ever be?
Why would I go on a search again
When I know what the end will be
What good is love when it keeps on hurting me?

I made a promise never to settle
Why didn't I keep it?
Cause I hated the heartbreak
Crying and cheating, the fooling around

No I can't be with you
Cause I'm scared felt like
I was falling when you left me
I can't keep going through life
Unaware of what I missed
And the person I could be
Love's good when it's right
And when it's left in your memory
All the times I let you downI guess love will be nice for someone else's life

(But) I'm not missing you
I'm not going through the motions
Waiting and hoping you call me
I'm not missing you
You might have had me open
But I must be going becauseI got life to do
I know I'm usually hanging on
I used to hate to see you gone (I used to hate it)
Oh different, oh feel the distance
I'm not missing

I'm not missing you
I'm not going through the motions
Waiting and hoping you call me (knockin' at my door)
You might have had me open
But I must be going because (it's the best day of my life)I know
I'm usually hanging on
I used to hate to see you gone
Oh different, feel the distance
I'm not missing
I'm not missing you

I'm not missing you (oh baby)
I'm not missing you
I'm so over you

Wednesday, September 27, 2006

Hype!


Saja boring...aku upload the latest pix with Lin*da, on her engagement day.

Hilang Mood!

Tak tau kenapa, hari ni memang takde mood nak bercakap. Ada masa-masanya, tiba-tiba aku rasa bosannya menjadi diri sendiri. Bodoh, kan? Takde happening yang menarik, kecuali semalam, tiba-tiba Eph menjadi seorang perepek. Memang dua hari sebelumnya aku gaduh besar dengan dia, sampai aku ambik keputusan tak payahlah aku nak berkawan dengan dia lagi. Berlambak lagi orang yang boleh jadi kawan aku. Tapi aku pasti, atas nasihat kawan-kawan dia, dia telah mampu bertenang dan memujuk aku kembali.

Senang je nak bersahabat dengan aku, sebab aku seorang yang simple dan tak banyak karenah. Takde banyak hallah! Cumanya, aku tak suka orang hentam dan menghina aku dari belakang. Dan aku juga cukup sensitif kalau orang tak boleh terima apa yang aku cakap, atau tak percaya apa yang aku bagitau, sedangkan perkara tu betul belaka. Eph contoh paling mudah. Nak berkawan tapi nak control. Dan dia selalu merepek cakap sebenarnya aku ni ramai balak, keliling pinggang. Ko ingat aku apa?? Tak boleh dengar aku angkat telefon kat luar dari rumah, sibuk nak buat edisi siasat aku kat mana dan dengan siapa aku bersama.

Lama-lama semua ni menjadikan aku bosan. Aku dah kurang call dia, dan kalau aku rasa dia berlebih-lebih, aku akan sms untuk menamatkan semuanya. Semalam entah apa mimpinya, dia macam menjadi orang lain. Panas baran dia dah tak ada. Puncanya satu, aku sms dia satu perkara yang membuat dia tersentak. Aku cakap kalau aku ikhlas kawan dengan seseorang, apa perbuatan dia yang aku tak suka aku akan sound direct. So semalam aku dah sound direct satu perkara. Dalam pada marah dalam telefon, aku sengaja sebut nama penuh dia, dan dia memang shocked! Bukan senang nak sebut nama penuh dia, but I did it very well, with a perfect pronunciation lagi. Jangan kata aku tak global. Sebelum aku letak telefon, aku bagi kata-kata hikmat yang dia akan ingat seumur hidup, kalau ada seorang wanita yang boleh sebut nama penuh kau dengan betul, see how serious she is in the relationship!

Jadi malam semalam dia bagitau aku, yang aku telah menyedarkan dia tentang sesuatu. Dan, dia nak belajar untuk appreciate aku. Sebagai apa aku tak taulah, aku tak nak perasan lebih-lebih sebab aku dah paham sangat permainan jantan-jantan ni. So aku doakan selamat untuk dia, aku cakap dia akan success dalam hidup, cuma belajar-belajarlah nak kurangkan amarah, dan berilah perhatian pada orang yang prihatin pada kau. Ha..ha...lantaklah labu!!! Dia cakap jugak mulai malam ni (malam semalam), dia betul-betul nak aku, dan tolonglah care pasal dia sebab belum ada wanita yang dia jumpa lembut hati, nice, caring, comel (wek!!), baik hati, tetapi bermulut laser macam aku.

Ha..ha...I took it as a compliment yang memang sampai ke hati, tapi aku langsung tak percaya! Jantan, kan?




Tuesday, September 26, 2006

Perihal "Forwarded" Emel

Bebudak office aku ni ada satu tabiat terpuji, tapi yang kadangkala jadi keji bila tak kena masa - meng'forward' email berbaur sensitiviti perkauman dan agama melalui "mail to everyone". Ada kalanya bagus forward benda-benda yang berfaedah dan berpengetahuan kepada "everyone" dan usaha tu patut dipuji. Tapi ada benda-benda macam kes Lina Joy la, kes ustaz ni murtad la, kes budak tu nak buat permohonan tukar agama la, etc etc rasanya tak yahlah nak kasi semua orang tau. Hari ni pasal kes ada bible yang ditulis dalam bahasa Melayu, dan namanya "Al Kitab". Ada keratan akhbar kat situ, yang mengatakan ini kitab which is meant for Bumiputra's Christians.

Ada seorang ustaz di office yang balas balik, tak payahla nak mail to everyone pasal benda ni, sebabnya, orang daripada tak tau, jadi tak tau. Bayangkan kuatnya kuasa sebaran, kalau ada orang tak tau wujudnya kes tukar agama, tetiba bila dia baca emel, dia akan mendapat inspirasi bahawa tukar agama di Malaysia boleh rupanya. Sekurang-kurangnya cam tulah yang dia akan fikir. Personally, aku fikir, betul jugak apa yang ustaz cakapkan tu. Kat sini bukan 100 peratus bumiputra, ada gak Mei Ling, Linggam, Daniel Eng dan Mutusamy yang bekerja. So sensitiviti diorang kena amik kira gak.

Ibaratnya, cubalah ada emel tentang kaum-kaum diorang yang nak masuk Islam, tentu diorang akan berkata dan berasa sesuatu jugak kan. Vice versalah. Mesti penganut sesuatu agama tu akan rasa sensitif apabila agamanya dikaitkan dengan sesuatu isu. Jadi not in support of mana-mana negative issue, aku memang tak suka benda ni berlaku.

Cubalah banyakkan emel macamana kita nak rapatkan perpaduan kaum dan dekatkan jurang antara kaum di negara ni. Kitakan Malaysia, Truly Asia...

Sunday, September 24, 2006

Rasa Macam Nak Nangis!!

Serious...hari ni aku telah menghabiskan masa ke laman web magazine aku, dan lepas tu rasa macam nak melalak sambil bergolek-golek bila aku baca semua maklumbalas yang pembaca tinggalkan. Antara yang recent termasuklah:

"Bestlah eb ni. Saya pastikan saya tidak ketinggalan setiap bulan untuk memilikinya. Tahniah kak!"

"EB SEBUAH MAJALAH YANG BOLEH MENJADI BAHAN PELAJARAN. "

"assalamualaikum eb... bila nak datang kelantan???? eb best giler laaa. suker sangat-sangat"

"eb memang best!saya dah banyak kumpul majalah eb"

"Fuyooooo.....EB memang best! saya sayang sangat dengan EB!
Cadangan : Boleh Tak EB buat program dekat Labuan , Sabah , Sarawak atau Brunei ? Kesian la kami yg duduk kat luar semenanjung ni... "


"dulu minat eb , tp skang x dah sbb ia lebih kpd laki. but adik saye minat giler...sbb eb best sebenarnye. Cadangan : eb dah best...tp klu ubah muka depan tu lg best"

Aku tak pernah kisah pun mendapat response negatif macamana pun, sebab tu petanda yang ada orang baca majalah kita dan dia prihatin. Sedih nak bagitau kat adik-adik tersayang ni yang eb akan ditutup sementara selama dua bulan untuk memberi laluan kepada bahagian editorial membuat rombakan. Maknanya kita akan jumpa lagi Januari 2007 la yek adik-adik sekalian....
:(.

Memangla kalau aku budak-budak pun, aku akan suka sangat nak kumpul majalah sebaik dan sebagus eb. Bukanlah nak perasan bagus pulak, tapi memang kalau contentwise setakat ni, as compared to other few mags, we are the best. And we should continue to be the best. Tapi biasalah, kalau buat produk untuk budak2, kena tau cara macamana nak racun ibu bapa dan guru-guru dulu. Sebab depa nilah yang aku recommend bahan bacaan mana yang baik dan tak bagus untuk dibaca.

Lainlah masa zaman aku dulu, aku memang hantu buku, even novel-novel agung sehebat Seorang Tua Di Kaki Gunung, Salina dan Tenggelamnya Kapal Van der Wijk aku dah baca seawal umur 9 tahun (masa darjah 3). Tak ada siapa yang perlu recommend aku apa yang aku patut baca, sebab aku memang akan baca apa saja. Luckily, masa tu mak bapa aku memang suka belikan aku buku-buku cerita, dan kakak aku pun suka baca novel. Aku start hebat mengarang masa di darjah empat, aku pernah buat satu karangan yang aku dah lupa tajuknya, lepas tu karangan tu cikgu pinjam dan tunjukkan di setiap kelas - inilah hasil karangan yang bagus. Ceh, kembang-kembang hidung masa tu.

Masa di tingkatan tiga ada artikel aku masuk di majalah Jelita. Kalaulah editor Jelita tu tau yang artikel tu ditulis oleh aku yang baru 15 tahun, mesti dia dah cop aku siang-siang untuk kerja kat tempat dia lepas habis belajar nanti. Hasilnya, aku telah mendapat sebuah tempat letak sirih a.k.a dulang pewter yang sangat cantik hasil tulisan aku tu - tajuknya Anak Wawasan - ya masih ingat lagi.

Dulang tu telah diguna pakai oleh kakak dan abang aku untuk perkahwinan masing-masing - memang cantik sangat rupanya bila dah jadi tempat sirih junjung. Sampai sekarang masih wujud lagi dulang tu, setelah hampir 12 tahun - anak buah aku yang sulung pun dah jadi anak dara. Dan dulang tu tengah tunggu masa je nak berkhidmat dengan 'tuan punya' dulang yang sebenar - akulah tu. Tapi sorrylah ek dulang, tak taulah akan menggunakan khidmat kau ke tidak. Even masa bertunang dulu pun mak aku tak guna dulang tu. Tak tau le pesal....Tapi setiap kali aku balik dan tengok dulang tu...memang nostalgik betul...

Tapi aku yakin apa yang berlaku sekarang ni ada hikmahnya, tunggukan ajelah. Mungkin rezeki di tahun depan lebih murah lagi, Insya Allah. Lagipun bukan calang-calang orang boleh jadi macam aku, Ida atau Ani, kami ni ibarat guru yang macam lilin jugaklah - membakar diri untuk menerangi orang lain. Tinggalnya aku tak payah nak pecah-pecah tekak nak membebel dan bertelagah dengan anak-anak murid, cuma menulis ajelah, bagi nasihat. Lagipun,

"Aku menulis bukan kerna nama...."

Begitulah adanya.

Friday, September 22, 2006

Kisah Sahabat Lama

Masa di itm dulu aku selalu terfikir macamanalah seseorang tu boleh berdating, sampai takde masa untuk kengkawan? Ada beberapa kawan yang macam tu, dan mewujudkan perasaan menyampah dan nak muntah dalam jiwa aku sebab pada aku diorang tu takde benda lain - dating, dating, dating! Masuk library pun dating jugak.

Tapi malam semalam aku realize yang aku pun jadi macam tu semenjak aku ada boyfriend (dulu). Aku tiba-tiba tersedar betapa banyaknya perkara yang terjadi pada kawan baik aku sendiri, yang aku langsung tak ambil peduli. Bila berjumpa dia semalam, setelah sekian lama, aku rasa macam nak menitis air mata. Betapa selama ni terpaksa dia menjadi anti sosial demi memikul tanggungjawab sebagai anak. Patutlah setiap weekend dia tak pernah ada di rumah. Terpaksa bawa ayah yang sedang sakit membuat rawatan di hospital setiap minggu. Kadang-kadang dari Shah Alam dia ke kampung di Pahang, kemudian patah balik ke HKL, Kuala Lumpur, dan patah balik ke Pahang - and then the next day berlari balik ke Shah Alam sebab Monday dah nak kena kerja.

Ahli keluarga yang lain memberi alasan jauh dan tak dapat balik nak jenguk ayah yang sakit. Nak jenguk pun susah, apatah lagi nak usung bawa ke hospital. Sedih bila kawan aku kata yang dalam poket dia terpaksa spare RM 200.00 tiap-tiap minggu untuk duit minyak dan yalah, tol dan segala bagai nak ke kampung. Dan tiap-tiap minggu pulak tu. Adik-beradik yang lain, dahlah tak kisahkan tentang si ayah, sibuk tanya dia bila nak kawin. Memang satu tekanan. Macam jugaklah tekanan yang aku selalu dapat.

Tapi aku kagum bila Buda*iy kata dia ada satu hasrat nak bawak ibu dan ayah tinggal dengan dia di Shah Alam, supaya semua kakak dan abang yang bermastautin di KL bolehlah selalu menjenguk dia, dan supaya senang dia berulang alik ke hospital jugak. Ya Allah murninya...tersayat rasanya hati aku. Memang aku sangat kagum dengan semangat yang dia ada, semenjak sama-sama belajar di itm lagi. Dia kerja keras, kerja kedai roti dan McD di sebelah petang lepas kelas, dan malam boleh sempat lagi bukak buku dan selak apa yang dipelajari hari tu.

Malangnya boyfriend dia yang aku tak berkenan sangat-sangat. Tapi kalau dah cinta, susah nak kata. Aku tak pernah kata yang cinta tu salah sebab apa sahaja yang melibatkan cinta - semuanya akan jadi buta.

Oh ya, semalam jugak, kerana ada sedikit gangguan Maxis, maka telefon baru aku tidak dapat menerima network dengan betul, dan juga kerana aku keluar dengan Buda*iy, maka si penyangak itu telah naik angin dan membuat tuduhan yang aku saja nak off handphone sebab aku keluar dengan boyfriend aku. Walaupun aku dengan tenangnya cakap dia boleh bercakap dengan Buda*iy kalau dia nak, tapi dia memang spesis tak boleh terima kenyataan. Dia cakap "aku tak tau dengan siapa aku berkawan dan jangan fikir dia tak tahu perangai orang Melayu macam mana".

Deeeiii...pora citt....dia tu yang sebenarnya tak tau dengan siapa dia berkawan (iaitu aku), dan jangan nak memandai-mandai nak samakan aku dengan betina-betina Melayu yang pernah kau bawak ke rumah kau. Memang dia silap besar telah mengaibkan aku semalam, sebab sebarang tohmahan dan hinaan palsu memang aku tak boleh terima. Melayu lain memanglah bodoh, budak mentah yang tak abis belajar harapkan seksi aje - lepas tu jadi girlfriend orang-orang macam dia. Aku? Heh...silaplah dia buat perhitungan. Aku bukan budak Melayu rambut blonde yang bodoh hati dan perasaan. Aku ada objektif dalam hidup, aku always have something that I want to achieve. I take things positively with an opened mind.

You can't read me. Nobody does.

Thursday, September 21, 2006

A Professional Call??

Hey, I thought my calls will always be something that you are waiting for - but I was surprised when somebody told me tonite- please make a professional call - just because i rang him twice, because he didn't pick up at the first call. And he was busy. And I was like, eh eh bodosnya aku pergi call orang yang tak mengharapkan aku call dia pun! Tapi takpe, I always have alternatives to make myself happy. So, buddy, I won't call you again, then aku pergi ke idd dan called seorang sahabat lama yang sangat aku rindui.

Memang aku rindu sangat dengan dia. Dulu di rumah lama, dialah teman berbual aku dalam telepon berjam-jam. Sekarang macam tak boleh sebab call tiga minit pun sudah RM 10.50. :( Dia sahabat yang sangat setia pada cinta. Bila aku bagitau yang aku terpaksa bagi laluan pada G, kecewanya dia tak bertepi. Dia ajak aku berjumpa untuk kali terakhir pun aku tak mahu. Callnya pun aku tak pernah angkat lagi. Kejamnya aku pada cinta sejati seorang B*en. Sampai sekarang dia masih prihatin dengan apa yang aku buat, masih send sms-sms berbaur cinta..oh..yang sangat membuai.

Kerana cintanya, aku berjanji yang aku akan melawat dia di Monrovia satu hari nanti. B*en telah menjadi seorang pensyarah Political Science yang sangat berjaya dan aku pasti dia akan berjaya mencapai cita-cita dia satu hari nanti. Nak jadi pemimpin.

Kenapalah aku ni buta sangat dalam memilih pasangan?


Lagi Cerita Baru

Kerjaku telah dikurangkan, daripada enam kepada tiga seksyen, dan akan menemui pembaca semula Januari ni, so banyaklah masa aku nak memblogkan diri. Sementara nak tunggu semuanya siap, ilustrasi baru, design icon baru....aku merelakskan diri kejap la gamaknya... :) Banyak sangatlah kejutan minggu ni, tapi malas nak citer semua, tapi dipendekkan cerita we are going to be restructured again, entah kali ke berapa, and ke manakah hala tuju aku lepas ni, Allah ajelah yang tahu. Jangan dihantar ke Kelantan sudah...

Ok semalam aku cuba menggembirakan diri dengan henpon baru, memang tabiat ni takleh nak diubah, setiap 2-3 bulan je dah menggeletis nak tukar henpon. Tapi kali ni sebab akak aku lebih memerlukan, maka aku berkorban lah. Berkorban untuk mendapatkan yang lebih baik! He..heh..heh... Tapi above all, I'm so thankful to Linda, for some reasons that only she knows why. Thank you very very much. Dalam banyak-banyak henpon, I like this Sony Ericsson very much - not because of the walkman function, tapi sebab rupanya yang sungguh ayu dan mantap itu. It's black. And black is always beautiful for me..hwarghh..ha..ha..ha....

Dalam ujian stress yang aku buat dengan Dr Azia*ney hari tu, aku didapati mengalami kadar stress yang agak sederhana, tapi kronik jugaklah. Lain semua ok, tapi aku pelik diri aku ni pada satu keadaan - aku cepat risau. Kenapa aku risau? Sebab aku selalu risau akan sesuatu, maka sebab tulah aku selalu rasa tak keruan. Bongok betul kan? Kenapalah aku tak boleh relaks, bertenang dan anggap semuanya ok belaka? Tangan aku memang tak pernah menggeletar, tapi hati selalu risau. Risau pasal apa? Tak ada sebab. Tak ada teman? Tak ada boyfriend? Bukan, bukan...semua tu mengarut je.

Oh ya, atas nasihat Su*zie, aku rasa aku harus menyelamatkan diri aku daripada satu perhubungan yang tidak ada logika. Mesti. Aku nampak salah satu sebab, benda nilah yang menyebabkan hati aku jadi risau selalu. Lagipun kenapa pulak aku nak kena risaukan dia? Eh, tak boleh jadi ni...


Sunday, September 17, 2006

Terkejut Beruk (The History of My Blog)

First of all, hari yang sangat indah untuk Linda, sahabat paling akrab di office. Hari ini bermulalah detik menjadi seseorang yang 'berdarah manis' - selamat bertunang dan selamat melangsungkan perkahwinan Disember nanti. To celebrate this beautiful day, akulah among the first to arrive and to be beside her (even though I became the first person to make a move too). So charming and beautiful, "Zakiah Anas versi sedikit besar", - gitulah kata tuan punya badan - but Linda, honestly - u look even prettier than Zakiah Anas. Feel good and enjoy urself. Selamatlah menjadi tunangan orang ek!

Terkejut beruk, ya bila aku melawat ke laman web seorang sahabat yang memang sangat akrab, kemudian terbaca sesuatu yang rasanya macamlah diri aku yang direfer. Camne kau cari blog aku ni ek? :) But there's nothing impossible for a smart and brilliant girl like you!

Yalah, dah nak dekat setahun sebenarnya aku memblogkan diri, lebih tepat lagi, lebih awal dari itu, tapi sebelumnya aku guna mydeardiary, kemudian baru berpindah ke blogspot sebab rasanya journal nampak lebih cantik, kemas dan tersusun. Aku dah menulis journal untuk diri sendiri sejak tingkatan 3, sampailah masuk universiti. Masa tu masih guna diary, yang setiap kali lepas tulis, kena simpan dalam drawer dan kunci elok2 supaya akak atau mak aku tak tumpang baca apa yang aku tulis. Masih ingat lagi, masa tingkatan 3, aku bagi nama diary aku Min, setiap kali menulis pada Min, seolah-olah aku bercakap dengan seseorang. Masa tu memang rasa lonely, sebab adik-beradik aku tak ramai, kakak aku belajar jauh di Penang, dan ada abang pun, dia tak suka nak bercakap dengan aku.

Dari umur 15, 16, 17 sampailah tahun pertama di universiti aku masih ada diary a.k.a personal journal. Kalau balik kampung, aku selalu baca balik apa yang aku tulis zaman budak-budak dulu. Ada satu perkara aku tulis sebelum pergi sekolah dan ambik result SPM. Kelakar sangat. Aku tulis, walau apa pun yang terjadi, aku dah cuba yang terbaik dan aku redha. Pas tu, banyaklah luahan ketidakpuasan hati aku pada mak dan kakak aku yang suka sangat ejek aku "budak gemuk dan pemalas". Aku memang gemuk betul dulu sampai jadi bahan ejekan, yalah balak pun takde masa sekolah menengah...siapalah nak budak gemuk kan...So aku curahkan semuanya dalam diary, dan every time aku baca balik, aku rasa satu kepuasan yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.

Masa aku form 4, aku selalu berangan nak jadi wartawan sehebat Zakiah Anas atau Wan Zaleha. Kerja di TV3. So bila team TV3 datang ke Mahkota Parade buat exhibition (masa tu mana ada Sure Heboh lagi) aku pegi ke sana dengan bersemangatnya, beli setiap keychain dan sticker logo TV3, pastu tampal kat diary aku. Aku tak faham sangat pasal media dan bidang tugas media masa tu, tapi aku suka. Hidup aku terasa indah bila berada dalam dunia media, dan tambahan pulak aku suka menulis dan Cikgu Wahid (cikgu bahasa Melayu aku masa form 4 dan form 5) selalu cakap yang aku ada potensi nak jadi penulis berjaya.

Bila dah masuk u, dah banyak sangat kerja dan assignment, tak sempatlah aku nak mendiarikan diri lagi. Entah bila aku berkenalan dengan blog ni, aku pun tak ingat. Tapi one thing for sure, Su*zie introduced me to the technology. By the time aku start menulis dalam blog, dah macam-macam perkara dalam hidup berlaku pada aku - yang Su*zie tahu semuanya - I'm sure about that. Even though I didn't tell you anything, sooner or later you'll manage to find out - macam tulah selalunya. Kalau tak daripada mulut aku, any other sources yang boleh dipercayai.

Hidup ni macam satu episod after satu episod, ada rentetan dan susunan. By blogging, kita akan nampak episod hidup tu berlaku satu persatu...very interesting!

Saturday, September 16, 2006

The Immoralists 2

I still want to do some write up on this issue.

Go here:
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Section/indexm_html?mysec=Setempat

and put your focus on Abang Ipar Serakah, Murid Tahun 6 Lari Ikut Kekasih and
Hilang Ikut Teman Lelaki.

On Abang Ipar Serakah, I'm not sure whether the girl was really raped by her brother in law, tapi tetiba aku teringat one of my visit to girls' house in Gombak ngan Aznor. Exactly the same case, the girl we interviewed had claimed that her brother in law raped her. But staring and analizing her face, her gestures, and confidence while telling us the story, nampak sangat la penipu. Bebenornya, 'projek' yang berjalan adalah atas kerelaan depa berdua. Sampaila budak tu mengandung dan terpaksa dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak tu. Yalah, sebab kalau bebudak perempuan bawah umur ni, macamana pun mesti akan kena bawah akta rogol. Tapi dalam kes ni dia kata dah tak tahan lagi, sebab tu buat police report - after 10 kali kena??Mmmm.....

On Murid Tahun 6 Ikut Kekasih...hmmm..interesting, umur 12 tahun dah ada balak umur 35 tahun yang dia kenal melalui sms je. Agungnya cinta bebudak sekarang kan, sms pun jadiklah. Sanggup lari ikut orang tua tu, then kena rogol pulak after that. How come at the age of 12 boleh cakap bosan nak belajar lagi? Apa nak jadi bila masuk secondary school nanti (another 5 years), pas tu nak masuk universiti lagi (3-7 years) tengok course? Fenomena bebudak sekarang ek...very interesting, yet very menyakitkan jiwa.

Ok, Hilang Ikut Teman Lelaki, umur budaknya 16 tahun. Amboi, pandai marah ayah sebab tak bagi duit lebih dan tak kasi pinjam topi keledar. Kena marah dah terus nak larikan diri, macamlah ada beratus ringgit dalam poket. Looking back my older years, bukan nak kata nak marah bapak aku, aku ni ha selalu kena kejar keliling meja makan dengan tali pinggang kalau buat sesuatu yang tak kena. Sebab takutkan tali pinggang la aku berjaya menjejakkan kaki ke universiti, walaupun parents aku sendiri pernah pandang rendah dengan keputusan gred dua aku dalam SPM. Tapi aku tak patah semangat, aku berjanji akan lakukan sesuatu supaya aku tak dianggap sebagai pelajar buangan yang ke tangga universiti kerana ada orang dalam yang tolong.


Aku tak pernah mimpi pun nak ada balak dalam usia 16 tahun, and it never could be possible sebab everytime kalau budak lelaki hantar surat ke rumah, mak aku akan baca dan koyakkan halus-halus. Member-member lelaki datang beraya ke rumah pun mak aku jauh sebatu dan menjeling. Kalau keluar jalan pun dengan mak bapak je, tak pernah ada chance nak gi bandar Melaka naik bas dengan kawan-kawan. Lepas form 5 mak kasi la, tapi tak sampai umah pkl 4 petang dah kena bambu dan sindir berhari-hari.

That was life for me when I was young. Tapi aku tak pernah pun kesal kerana, disebabkan semua faktor tu, maka aku berada di tempat aku sekarang. Betul, lepas kerja aku jadi sedikit liar dengan mula buat benda-benda yang aku tak pernah dapat buat masa sekolah menengah and at the early age of years in university. Tapi rasanya tak salah untuk aku enjoy life aku sekarang kerana aku tak pernah mintak duit ayah aku untuk tengok wayang atau masuk disko. Bukan sebab dulu aku tak pernah menikmati semua ni, tapi sebab aku dah dewasa dan dah tiba masanya aku buat perkara yang aku rasa nak buat, as long as aku responsible dengan diri aku, keluarga dan tidak menimbulkan hal dengan mana-mana pihak.

Sampai sekarang aku terfikir kenapalah generasi aku tak boleh buat apa yang pernah aku buat dulu. Belajar bersungguh-sungguh sampai ke menara gading, genggam ijazah dalam tangan and show the world u r the best. Lepas tu, bila dah pegang duit sendiri, pandai-pandailah nak manage diri sendiri.

Cucuk Langit, Tukar Mentol, Berus Kain, Sidai Kain

Mmmm...cucuk langit? Tukar mentol? Berus kain? Dan sidai kain? Apa seriusnya memperkatakan tentang 4 benda ni? Ha ha..kelakar. Saja hari ni selak-selak akhbar Ikon http://www.bharian.com.my/Misc/IKON/Hari/editor/20060916122957/Article/ dan akhirnya aku faham yang semua ni ada kaitan dengan pergerakan tarian.

Dulu-dulu masa kat universiti aku selalu jugak berpandangan serong dengan kengkawan yang suka nak ke disko (pakai duit PTPTN). Apsal ek? Apa best sangat kat kelab tu? Kalau sebut nak gi nite club je mesti terbayang macam seolah-olah nak pi tempat yang tak baik sangat.

Ini mengingatkan aku masa kecik-kecik umur 10-11 tahun gitu. Masa tu selalu sangat dengar orang cakap yang siapa masuk panggung wayang, berdosa. Panggung wayang tu tempat yang tak baik. Dalam gelap macam-macam orang boleh buat. Tapi bila umur aku u, sekali cecah je 16 tahun, peduli apa, dah start jejak kaki ke panggung Cathay kat Melaka nun, yang sekarang dah jadi pusat perabot terbesar. Filem Awas lakonan KRU tulah filem pertama yang aku tengok di panggung wayang. Lepas tu, aktiviti tengok wayang ni dah jadi macam biasa-biasa aje. Takdelah pulak nak rasa berdosa. Yalah, apalah dosa aku kalau setakat masuk panggung bawak popcorn dengan member-member pompuan pulak tu?

Dekat kolej, sekali lagi dimomok-momokkan dengan benda yang sama - tapi pada disko pulak. Term cucuk langit tu first time aku dengar bila member baik aku Ina yang terangkan. So, bila aku dah start kerja, aku pun pergi jugak la ke tempat berkenaan. Oklah, teruk sikit daripada panggung wayang, kat sini tungganglah kau setunggang-tunggangnya, and then kalau nak menari, menarilah semahunya - takde siapa yang nak marah. Kenapa tempat ni jadi tak bagus bila yang datang tu ramainya bebudak Melayu, dan diorang pun minum dengan rasa tak bersalah langsung.Boleh je kalau nak minum air mineral dengan air coke, air oren ke, tapi kang tak kelaslah pulak kan. Dan ada jugaklah beberapa gejala sampingan yang lain - korang paham-paham jela bila budak lelaki dan pompuan dah keluar bersosial.

Moralnya, kalau nak elakkan benda-benda yang tak baik, boleh je. Semua tu bergantung pada diri kita memasing. Sejak pandai pergi ke club dalam dua tahun lepas, dan regularly pergi bersama kawan-kawan sampai sekarang, aku masih boleh menjadi diri aku sendiri dan mempertahankan jati diri orang Melayu. Aku manage nak pergi kerja waktu pagi macam biasa, malah stay back sampai pagi bila waktu memerlukan. Aku tak kisah minum air mineral yang harganya rm 10 janji benda tu mineral, dan make sure ur own drinks always in ur hand. Dan jangan nak sebarang berani buat eye contacts dengan memana jantan sebab takut sebarang keadaan yang di luar kawalan diri kita akan berlaku.


It is as simple as that. Manage yourself. Know who you are. Pijaklah atas bumi nyata.

Friday, September 15, 2006

The Immoralists

Whatever the words are - I found it myself - immoralists - how can Malaysian teenagers of 2006 can be so backward and insane? As I glance through news in the Internet - I feel so upset, and I do think on how can we generate again the pelapis of Vision 2020?

Ok, enough stories of some rendah akal girls who make themselves available in every porn video, including naked pictures taken by boyfriends. Even some of them are very well known celebrities. And even worse, those from kampung who put the scarf on for God sake, but let the downy part revealed for the boyfriends - for them to record on their camera phone, and later masturbate at home while watching the girlfriend's pu**y. Damn! And ever you wonder why we never could see the faces who made the recording? And it always the girls' faces which are clear to be seen by everybody. The boyfriends tak pernah nampak batang hidung langsung pun.

Still, our girls refuse to learn from anything. Then they come up with the gothic issue pulak, berkeliaran kat Bukit Bintang dengan outfit yang I'm not sure half of them hanya ikut-ikutan aje - tak paham pun how and why they need to dress like that. Lepas tu macam orang merempat, tak reti nak balik rumah, duduk dan tidur bersidai di bus stop. So pathetic! Aha..ada jugak gothic Islam..pakai tudung!

And endless news...well as for today, I came across news of orang yang rogol mak sedara sendiri and bunuh perempuan mengandung. How civilized kan! And the not-so-good-to-hear news ialah bila perempuan yang kena bunuh tu, witness dia adalah her own baby yang berumur 11 bulan. And she was pregnant for 3 months. When people found him, the baby was crying over the mom's shoulder. People thought the baby was hurt too, tapi he was covered with the mom's blood. Ya Allah, I could imagine how bad the incident was, and one thing - not sure of that fella's future. I mean, hey, you've witnessed something very very bad in your life ok - and the trauma will remain forever.

The guy who raped his own aunt, a makcik with 9 kids - memang....hey..tak tau nak komen apa la!

Gejala sosial memang meruncing sangat sekarang ni and apalah yang hendak kita katakan lagi - even the rapist is a graduate himself - takkan tak boleh guna otak? While our younsters sibuk nak buat jenayah entah apa-apa, slowly the fast brainy foreigners are over taking their places. They even know the deep meaning of Vision 2020 rather than us. One of my good friends explained Vision 2020 to me sampai aku sendiri terduduk dan tercengang tak tau nak cakap apa. And he was complaining why are Malay community like this- thay they never take any advantage of all the privilleges given - to at least contribute something good to the nation. Or if not, to themselves. And as for himself, if our government can make it possible for the foreign students to get whatever we've been subsidized with, they know how to make it more meaningful.

Ironic.



Wednesday, September 13, 2006

Dugaan Lagi

Dugaan. Apa lagi yang nak aku cakapkan bila dugaan menimpa lagi. That's my life. Tapi yang bagusnya Tuan Haji masih sayang akan majalah ni, dan dia realize that ini barang baik. Maka dia memberi masa kepada kami untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ada, dan hasilnya hendak dilihat Januari 2007 nanti. Aku terima seadanya sebab untuk membuktikan yang kita bagus, apa sahaja changes yang disuruh, yes, kita boleh manage. Don't worry about that.

Cuma bimbang dengan apa yang bakal berlaku dengan team ni. Seorang lagi akan ditarik. Oh tidak, sudah-sudahlah. Walaupun isu seterusnya hanya akan memerlukan 4 sections sahaja, tetapi tidak bermakna kami harus dipisahkan. Aku tidak rela walau siapa pun yang terpaksa pergi. I'll fight for them. Ya Allah, aku tak nak pilih siapa pun. Dugaan yang pertama maha berat, dan aku telah laksanakan. Kali ni aku dah tak sanggup lagi.

Disember ni dah dua tahun. Kalau budak kecik ada yang dah merangkak, dan mungkin juga ada yang dah berjalan. Tapi kami masih lagi merangkak, sebab tulah agaknya kena bertukar 'susu' lain..ha..ha..supaya cepat sikit berjalan....

Tuesday, September 12, 2006

Apa Yang Kau Merepak Ni, Labu?

Memang dia jantan yang suka merepek. Dan kerepekan itu aku rasa agak melampau lately. Maka dengan rasminya, hari ini, aku berjanji tidak mahu menjalin hubungan lain lagi dengan dia. Belangnya sudah nampak. Hari tu dia cakap aku pakai perfume lain (yang dia maksudkan aku ada berjumpa orang lain dan bau tu meresap kat aku), dan dia kata aku tak pernah pakai perfume tu bila jumpa dia. Oh man, I got more than 6 bottles of perfumes kat rumah yang tak habis pakai, so whenever I feel like putting the one that I want, I will do. So what kalau aku takde perfume favourite yang aku setia dengan bau tu? This is me, and I love variety kind of perfumes. So?

Banyak lagi statements yang I couldn't remember. But today he really did hit my blood to the max - dia tanya aku di mana, dan dia cakap kenapa sekarang aku berada di kawasan Cheras? And he kept saying that sampaila aku cakap biar aku call daripada ofis. And I was like, man, what the rubbish r u talking about? I called him from the office to show that I was in office and he didn't pick up. Then, calmly I told myself, oh God, this is another future heart-breaker-in-the-making, and I think that I should not bear this anymore. I can be the best girl in this world for u man, but this is too much. Just too much.

Or perhaps another brilliant strategy of getting rid of me, thank you very, very much. Looking for reason to keep me away. I never lose anything. Kalau tak suka, cakap. Aku bukan budak-budak lagi. Lagipun:

"You are a wonderful person and we're sure there are people out there dying to know you better. Ditch the toxic friend and that abusive cad you call a boyfriend. Put on your most stunning pair of shoes, go out and meet the people who'll love you because YOU LOVE MYSELF!"

Thanks, Suzie. I really like this and I'll keep it right here!! Right here!!

Rutin Bulanan

Ditakdirkan, setiap 10 atau paling lewat 11 hari bulan, setiap bulan, memang aku akan bersengkang mata di office sampai pukul 3-4 pagi. That's life for me. Pushing the deadlines. Setiap kerja kena ada deadlines, dan bagi kami yang bekerja di media, deadlines memang sangat-sangat penting. Kalau ambil ringan, silap-silap hari bulan majalah tak akan keluar on time. And again back to strategy of selling, kalau majalah lambat siap, orang akan beli majalah lain yang available dulu. So kita akan ketinggalan di belakang.

Pada pukul 2.09 pagi sekarang, berada di pejabat adalah ditemani perasaan spooky yang melampau. Tak sepatutnya kami kerja macam ni, tapi tulah, apa nak dibuatkan. Kalau kerja tak sampai ekspektasi, kita jugak yang susah. Apa yang akan aku ingini sekarang - mendakap bantal peluk di bilik aku yang serba gelap...oohh...bestnya tidur!!

Nasib baik masih membujang, kalau tak memang kena maki seranah lah dengan laki sebab kerja macam apa. Dari pagi ke pagi? Kalau ada, lagilah menambah-nambah susahnya.

Eh, beb! Aku tertidur rupanya!

Thursday, September 07, 2006

Entah Apa-Apa!

Adoi kelakarnya, tetiba rasa menyesal pulak bagi gambar kat majalah klik, nah amik ko! Kan ke dah keluar nama dan address aku sebijik-sebijik. Buhsannya! Masa aku bagi dulu bukan main menggeletis lagi, tapi sekarang tetiba aku rasa macam geli jek. Ha..ha..ha.. apa lagi nak berkenalan dengan usia yang macam ni ek!

Lately ni aku rasa lain sangat, entah apa yang lain aku pun tak tau. Yang penting aku nak rasa happy untuk diri aku sendiri. Pening jugak dengan ragam anak-anak buah aku, yang suka complaint itu, complaint ini, paling kelakar bila ada yang siap tarik muka masam - hai kengkononnya dah terbeban dengan kerja yang banyak. Gitu? Tak nak bercakap dah beberapa hari. Apalah dosa aku ek? Tapi setakat perangai bebudak macam ni, aku malas nak layan kerana apa yang bersarang dalam kepala otak aku ni adalah problem yang lebih besar lagi.

Aku kerap mengingatkan diri aku supaya ceria dan positif selalu. Dan aku selalu rasa tak paham kenapa orang tak boleh nak make themselves to think positive the way I do. Or at least be bright while smiling. Just smile to everyone. Luak ke? Pernah dulu ex-boyfriend mengecop aku sebagai orang yang memiliki a "cheap face". Marah jugak aku bila dikatakan cheap. Tapi cheap kat sini is referring to muka aku yang buat orang tak takut nak tegur. Not everybody, but mostly. Lepas tau maksud cheap face tu, aku tak kisah nak buat muka aku jadi murah dan bertambah murah lagi. Supaya lebih ramai lagi suka menegur aku. Aku memang jenis pemalu tak suka tegur orang, tapi kalau dah ajak bercakap, langsung takde problem. Make your presence meaningful to somebody. Always.

Happenings. Apa ek? Oklah my good friends, Aznor dan Linda di Melaka yang bernikah lebihkurang sama tarikh dah selamat deliver baby memasing - baby boy and baby girl. Sebagai tukang apit mereka dulu, aku pun tumpang berbangga. Tahniah! Ok the other Linda (Klik) is getting engaged this Saturday, tengah tak menang tangan nak buat preparation. I'll be there for the ceremony, tapi lambat sikit la memandangkan ada screening plak pagi tu.


Work. Not sure whether it's getting ok, or getting worse. But I'm trying my best and I'm loving whatever I'm doing now. Some people are dying looking for work, and in my condition now, even though it is not enough and far from expectation, but I'm grateful. Thank you Allah!

Life. Had a very good discussion with a friend about expectation in life. Life is a learning process. Every single day we learn new things. There are so many new things revealed to me lately, and tak taulah aku nak kategorikan benda tu macamana. Tapi memang setiap daripada kita perlu ada pendirian berbeza, barulah kita lain daripada orang lain. Ada pendapat yang Eph keudarakan tidak bertepatan dengan cara aku memandang hidup ini, dan juga cara aku develop falsafah hidup aku sendiri. Tapi aku kena teguh dengan pendirian aku.

I just had a good chat with my good friend, Suzie. And dia mintak aku hentikan segala tabiat buruk aku berkenalan dengan (warga asing? ha..ha..) buat masa ni. I'll take that Sue. For the experience I've been thru, and yo've been seeing me, I'm sure you are rite.

Ah, life!!

Tuesday, September 05, 2006

Lagu Jiwang

It's jiwang time, blues beb...entah apa yang aku fikirkan sekarang, aku sendiri tak faham dengan diri sendiri...

salahkah aku terlalu mencintaimu??

Kutatap dua bola matamu
tersirat apa yang kan terjadi
kau ingin pergi dariku
meninggalkan semua kenangan
menutup lembaran cerita
oh sayangku...
aku tak mau...

ku tau semua akan berakhir
tapi ku tak rela lepaskanmu
kau tanya mengapa aku
tak ingin pergi darimu
dan mulutku diam membisu...

**
salahkah bila diriku
terlalu mencintaimu
jangan tanyakan mengapa
kerna aku tak tau
aku pun tak ingin bila
kau pergi tinggalkan aku
masihkah ada hasratmu
tuk mencintaiku lagi

apakah yang harus aku lakukan
tuk menarik perhatianmu lagi...
walaupun harus mengiba
agar kau tetap di sini
lihat aku duhai sayangku...

Monday, September 04, 2006

Speak Up!

Somebody told me, that he has what we call as "self-respect". I thought your English is bad? Ha..ha...Anyways, stupido, this is my blog, I've even written it there that I will write whatever I feel like, because this is my field, this is my territory. Nobody could ever stop me from writing whatever. So the rules apply to everybody. Got it?

Okay, enough of Merdeka day and celebration. I was in kampung for 2 days - both of my grandmoms were at home. It's cool to see them again, because whenever I look into their eyes, I actually see life. What a life for a woman aged 90 years old? Isn't it amazing?

On Friday, I went for some shopping in KLCC, and I parked next to KLCC. Heck to my surprise, they charged me RM 28 for the solid 5 hours spent inside and I was like, " What the??!!". Bored of these nuts playing fool on me, I decided to fight over the price. Damn, they do have per entry charges (of RM 10) and intentionally counted hourly in my case. Am I driving Mercedes you moron? I had a mouth fighting for over 15 minutes that other cars behind kept blowing horns to me, but I just didn't care! I even talked to the manager, and called him wth my phone. After a "No. No, No" answers for 5 minutes, then he backed off, and let me out with RM 10 instead of RM 28.

Yeay, I won myself a credit. It wasn't about the price or the people, but the confidence in you to fight over bullshit things that are unreasonable and illogical. There are always people who think a woman like me can't do anything if something happens, even a remeh and small thing like this case (Hey I managed to save RM 18 ek!).

But no, come on ladies, speak up!

Friday, September 01, 2006

Merdeka Night, Pictures Which Invited Tears, and A Stupid Message

Salam Merdeka. I remember that I wrote something very beautiful for my self last year's Merdeka in this blog (go to August 2005). And to conclude, I jotted down: "Independence for Delly is when she is able to reach and find herself". God, very beautiful phrase ever came out from my brain. But yet, I did not find and reach my true self - after a year has gone. I've climbed from one stage to another stage in my career, yes, and I'm so grateful. I thought that I've found myself when I was deeply in love with someone last year, because I was ready to seek my ultimate future with confidence - when finally this month, August 2006, I had to decide that, I got to carry on my life without the love again.

Life goes on.

On Merdeka night, I had a very good cruise with Eph, and we exchanged some brilliant ideas and experiences in life. That was cool. I witnessed fire-crackers and the shouts of Merdeka! Merdeka!! on almost every road, KL roads were jam-packed with cars, and I loved to see a convoy of kids riding their bicycles while carrying Jalur Gemilang. That was awesome and had touched my heart somewhere.

I wonder if these kids knew or at least realized what they were doing, or they just did that for the sake of malam Merdeka, as a yearly ritual - because everybody does that on Merdeka eve. But no matter what explanation it's gonna be - at least they know the value and they have the spirit in there. That's pretty amazing for me.

I was born in 1978, and sincerely speaking if I ever heard Negaraku been played somewhere, I don't really feel anything. But when it comes to special occasions - as for example on my graduation day(s) last six and three years - as I heard they played Negaraku and UiTM Di Hatiku in the convocation hall, God, I was really down on bended knee. Tears kept falling, reminiscing all I've contributed to my parents, to my nation. And to myself. Hey come on, we are Malaysians, and we know how it feels to be Malaysians. And we feel being Malaysian, always. It is just sometimes we do not know how to show it off.

On Merdeka night itself, I went through my old diaries and some picture albums. My eyes caught some pictures taken together with G, his pictures, my pictures, we took a lot of pictures when we were together, including our favourite ones, I put in a frame. How a happy couple we were and I didn't expect that it would be ended like this. I almost fainted at home when I found a small diary that I once gave to him, and it is written there with his very own hand-writing - "This note book was given to me by Delly on the 11th September 2005. Thank you Dell". I got some of his favourite clothes, even his shoes. Everytime I come across an idea of throwing away his stuff, then it is just stuck for a reason I don't know why.

G, I love u so much, and I still do. When we were stilll together, I wrote something in my mobile phone which goes: "True love is meant to be hurt". Yes, I am hurt, so much hurt. But with this hurt I have to continue my life, and you are always with my pray - May God save and bless whereever you are.

I came to office this morning, and assho** sent me a merdeka message. What happened on Merdeka day between you and me? Sorry I can't remember anything about you again. For me, you are DEAD!!

The Greatest Love

Very the Nona and Keluarga type of pix...I like!! The family of E-Baca.
(From left standing: Catborg the colourist, Ida, Jai the illustrator. From the left sitting: Cat the designer, Ani and Delly :) )

My all-time favourite...I've always wanted to have my picture taken purely like a Malay girl with the selendang on...got it finally...

All the gadis-gadis Melayu...except Ida, she's legally taken..heh...heh..

Me with the owner of the boutique's daughter.
A picture worths a thousand words - but those I got here are actually more than thousand words...I see love, sincerity, well-bonded friendship...and courage in every single face. We've been together without fail for almost two years now, I'm sure my fellas in the pix very well-known how much sufferings we've been through. How we brought the magazine up to the level now, even though the master mind who blasted the first idea is already gone. But like what Ida said, I really want her to see how we've blended the magazine to be, at least, something else, and something to be proud of.

These pictures are to be printed on the special Hari Raya issue, exclusive for our readers (and my bloggers :) ) With one simple message:
"Guys, million thanks for the support, hard work, courage, brainy ideas, brilliant opinions, fantastic energy that makes our product stand still for two years. I LOVE YA ALL!"