Tuesday, August 29, 2006

Eh, Eh Jatuh Cinta Lagi?

Bangang, kan? Bencilah dengan perkataan cinta sebab malas nak membazir air mata lagi, membazir mood dan membazir semangat yang sepatutnya aku curahkan pada kerja. Tak sepatutnya aku mendekatkan diri dengan panahan asmara lagi, terutamanya dalam masa terdekat ni. Tapi susahlah nak elak. Taklah bermakna aku ni perempuan kesepian, but I always need somebody to talk to, to share something with and to have argument with. And biasanya benda-benda camni susah nak share ngan kengkawan pompuan..ha..ha...miang, kan? But that's me, well I'm just being honest... :)

Tapi aku janji yang kali ni tak payahlah nak beriya-iya sangat. Aku benci untuk berharap lagi, sebab nanti jawapannya kecewa. Berapa banyak kali aku nak berhadapan dengan failure dalam percintaan? Nanti aku jugak yang merana sendiri. Tetapi aku senang kerana dengan Eph aku telah berjaya menjadi jati diri aku sendiri. Memang kita berkawan tanpa komitmen atau janji-janji akan ke arah 'itu', kerana aku percaya kalau Allah menyatakan jodoh aku ada, Insya Allah pasti ada dan aku tak payah risau pasal tu.

Tapi I only don't understand one thing - apsal dia selalu cakap benda merepek, and in return dia saja menaikkan darah aku over few statements? Takde maknanya dia nak rasa jealous ke or such kalau kita hanya sekadar 'berkawan'. And aku pun jadi bodoh kalau ada perasaan jealous kat dia. Dia tak tau nak jelaskan, tapi aku paham yang dia sebenarnya tak mau komitmen lagi, tapi ada perasaan kasih that leads to jealousy. Ok, kalau aku kawan, kenapa plak nak jealous? It is as simple as that.


Cakap pasal soal hati ni kadang-kadang buat aku rasa bodoh. Baik aku tak yah cakap apa-apalah. :)

Friday, August 25, 2006

Masalah Besar Lagi!

Entah kenapa hidup ni memang susah sangat untuk aku. Entah apa lagi yang perlu aku lakukan untuk menyatakan yang aku tidak bersalah. Tak, aku memang tak pernah bersalah dalam apa-apa hal pun. Aku seorang yang sangat setia, aku sangat mementingkan perhubungan baik dua hala. Entah kenapa orang selalu menjadikan aku sasaran salah faham. Susah, kan?

Nak jadi lurus pun salah, kalau nak tipu lagilah rasa bersalah. Semuanya serba tak kena. Dia cakap tak tau lagi nak dihalakan hubungan ni ke mana, so aku dengan senang hatinya mengisytiharkan bahawa aku perlu bebas membawa diri aku ke haluan yang aku ingin lalui. Ke arah apa yang aku capai dalam hidup. Aku tak payah nak rasa bersalah. Dia nak aku dapat suami yang baik, yang akan menjaga aku dengan baik. Dia nak aku berjaya dalam hidup. Dan sekarang dia telah menyebabkan aku rasa confuse yang amat.

Dia cemburu. Nada cakap-cakapnya berbaur cemburu. Kenapa jadi macam tu? Patutkah jadi macam tu? Apa sebenarnya yang kita harapkan pada hubungan ini? Aku langsung tak buat kesalahan besar pun. Dan dia menghukum aku. Kenapa? Patutkah aku dihukum atas kesalahan yang aku tak buat langsung?

Sungguh, cemburu tu memang buta, di saat aku tak paham kenapa dia perlu cemburu. Gila!

Wednesday, August 23, 2006

L.I.F.E

"Life is all about waking up each day to discover something new, about meeting old people but making new conversations, walking through old roads but still feeling nice about it, realizing that you have grown a day older but still feeling young at heart, meeting busy schedules but still finding time for old friends, being nostalgic about by gone days but looking forward to better days ahead...."

Nice one you have for me here, bro. Thanks Tom.

Man, I Ain't A Stupid Girl!

I don't care what other people want to think about me. But I hate people who look down upon me, I swear I will never allow that to happen in my life, again!

Oklah, so what If I'm driving Kancil? People can't be expecting me to drive Perdana or at least Gen-2 just because of my position. I was annoyed when somebody I respected so much - I gave him honour to sit beside me in my car, and later kept telling me about how wonderful other big cars are. Wow Perdana is cool...wow..Hyundai is mind-blowing...wah this wah that...

Let me tell you something, I don't really give a f*** to what ever I'm driving or dressing. Yes, I do mind my physical appearance but it doesn't mean that I should care what people think about me. I just care for how much my brain works for my own sake, and the most important thing, I am financially secured and freed. Do not tell me what to drive and what to wear because I'm not into liking any brands.

Do not engage me with someone I don't know, mix match or whatsoever. It's a bulls***.

Aku betul-betul panas hari ni....grrrrr.....!!!

Tuesday, August 22, 2006

Penampar Lelaki dan Mulut Perempuan

Isy, mata aku terlampau mengantuk terlalu-lalu ni. Nak berfikir benda berat memang tak boleh lagi, so terpaksalah aku memblogkan diri.

Yesterday, I had a good lepak with some of my good friends. My friend told me that he is looking for someone who can take care of him, someone who understands him and yang part yang paling aku suka, "someone when you blink your eyes, or do a particular gestures, instantly she knows what you want". I used to call that a mutual understanding. Yeay!

I was calm, but then again was shocked because I knew he already got a girlfriend. And her girlfriend is also a friend of mine. He said that he has helped to make her girlfriend at her position now, been supported her with financial help, been pampering her with lots of luxurious things - but he regret a thing (or two or three) about the girl - she has no manners, no patience and no attitude at all. Well definitely I have to admit that because I've seen from my own eyes how she behaves in front of her boyfriend.

She told me that this guy used to beat her up. Damn girl! Aku memang tak boleh dengar citer perempuan kena dera cam ni. Dia kata selalu kena belasah dengan hanger sampai lebam-lebam badan. Oohh..aku memang sumpah si lelaki ni cukup-cukup, walaupun dia kawan aku. This girl has such an innocent face, and I was looking for reason why he had to do that.

Let me name the girl as M, and the guy as T. Aku, T dan Eph tengah duduk elok-elok borak ni sesambil minum, and all of a sudden she came, so hilariously angry, teramat-amat pada T. Dia cakap kenapa T tak pedulikan dia, kenapa borak sambil gelak-gelak macam orang gila dengan orang lain (read: me and Eph). T cakap, "come sayang, sit here with me" - damn she became even more crazily angry. Dan dengan tak disangka-sangka, M telah menampar muka T dengan sekuat-kuat hati dalam keadaan marah macam tu. Apalagi, babak seterusnya yang aku ingat (sebab lepas tu aku sendiri pun rasa nak pitam), T telah membelasah M dengan sepenuh tenaga jantannya di depan aku dan Eph. Tragis ek?

Ok, M and T. Dua-dua sebenarnya merepek. Aku kenal T sebagai sorang lelaki yang kelakar, ada sense of humour dan memang banyak spend untuk M. Tapi dia selalu tak buat apa yang Eph selalu buat kat aku, call, sms, cakap dan bincang dengan nada yang lembut dan baik. Actually dia mungkin buat, tapi pada M masih tak cukup. Always tak cukup, dan dia nak lebih lagi. Oklah as I understood, mak dia M meninggal masa umur dia 3 tahun. So she's lack of love and she's seeking for it from T yang lebih suka duduk rumah buat kerja-kerja dia daripada gi dating.

M pulak, memang kalau cakap langsung tak bertapis, dan kalau dia marah memang jalan penyelesaian ialah penampar. Come onlah. Tampar lelaki depan kawan-kawan dia sendiri? Kalau aku buat benda tu pada G dulu memang dah terang-terang dia akan bunuh aku masa tu jugak. Tak pernah nak paham untuk jadi more understanding dan penyabar. Walaupun puas aku tenangkan dia, tetap dia nak menjerit-jerit jugak macam ada sekumpulan lelaki datang nak merogol. Kalau aku yang tak ditampar pun naik geram, apatah lagi T?

Sebab tulah aku benci dengar budak-budak remaja perempuan kita tak nak belajar lagi. Bila tak belajar tinggi, knowledge untuk maintain emosi dan mood memang takde. Memang tak boleh. Otak tu tak balance. Lepas tu selalulah kena makan penampar ngan jantan.

Tapi ada jugak yang belajar tinggi pun tetap kena henyak dengan boyfriend/tunang/suami. Apa nak jadi ek?

Friday, August 18, 2006

Creating Madness

Ciptalah kegilaan!!!

Ah, nak segila mana lagi? Dah macam nak separuh mati bekerja, rasa dah berkilo-kilo buku kami pikul, dah naik tebal muka tahan malu pi dok jaja mag sendiri, mm...cipta kegilaan!! Ok, fine...SH cipta kegilaan dengan tenaga kerja yang cukup. Forget the buruk machine, forget about the price. Tapi dengan tenaga kerja yang ramai, dengan support yang inexcess, memang keajaiban boleh tercipta. Cuba bagi magazine aku 25 kancil to be on road nationwide, only my magazine, campur dengan 'skuad cakna' lagi....ha..bak pda and henpon sorang satu to my staff - keajaiban memang boleh tercipta - memang ultimate madness - no joke.

But it won't never happen to magazine picisan like mine, ours. And what the management wants? Madness! Come again?? It's madness!!

Bukannya aku tak fikirkan pasal kegilaan, bukan tak kreatif, dan bukan tak ada usaha, masalahnya orang pandang senang, tapi hakikat sakitnya buat majalah begini - hanya Allah yang tahu. Malaslah nak cakap apa-apa, semua di sini tahu bagaimana cara kerja di sini. Kalau difikir-fikirkan, andai adalah seseorang sekaya Datuk K nak menjadikan aku isteri, memang aku ingin lari kepada dia dan berhenti saja berfikir, tapi tak boleh.

Buat ini salah, buat itu tak kena, yang ni event kecil sangat, tengok event orang tu buat besar ni - apa kejadahnya semua ni? Nak menyama'levelkan' majalah aku dengan K*w*n dan K*n*u*m - sungguh tak sesuai. K*w*n nyer promosi je boleh buat kita pandang satu tempat tak berkelip-kelip. K*n*n*m tak yah cakaplah - dahlah murah, lahirnya daripada syarikat suratkhabar yang kakitangannya terima bonus 18 bulan setiap tahun, so what do we expect?

Aku cuba tau, cuba nak jadi positive sangat...tapi apalah maknanya bila keluar outstation untuk sampling majalah nak lepaskan dua staff pun tak boleh? Strictlah konon, abis yang sorang tu nak mengangkat-ngangkat majalah sorang dia ke?

Rasanya kena jadi gila dulu untuk cipta kegilaan dengan budget yang ciput!

Thursday, August 17, 2006

Kisah Budak Bodoh

"Awak ni memang bodoh.
Kenapa insult mak saya.
Awak ni memang sh**"

Ha..ha...this entry is specially dedicated for someone so stupid, so damn-moron - with a simple message: stop using Malay language, coz you sound so stupid (worse than Nani Gubra) and don't you dare to call me sh** when you yourself is a b*star* (mind my language just for this wacko!)

He called me this morning just wanted to know why did I insult her mother. Hell with your mom. Every single day, she paged me with his or her id - swear to God I don't know whether it was him or her. He knows that he would never get any chances to talk to me, will never. And I was positive that it was him, comouflaged under the id of his mom.

If you are reading this ek, you should know how much I hate you in my life. I swear to God that everything that occured in my last 3 years were so much caused by you, and please, I don't want to have any relation with you again. Even as friends. Even as someone I knew before. Even as whatever. Not even your mom, your sister, your brother and whoever in Sharad's family - please.

STOP BUGGING MY LIFE!!!!!!!

I'm doing great, I'm heading an excellent life and I want to achieve what I should supposed to reach earlier years than today. Nobody can even stop me for any reasons. Hell with my past life, crappy hell with all people who had make me heart-broken, till I felt so inferior, so small, being so something else.

You don't have any idea of how strong I am now - mentally and physically fit - I'm not scared for anything. Hearing you voice could make me vommit non-stop for few days. Listening to your mom's (or whoever behind) bullshit statements could make me laugh nonchalantly hell.

So please, GIVE ME A BREAK!!

Wednesday, August 16, 2006

Soal Hati

Dah rezeki, hari ni atas ajakan Linda dan abang Karen, maka aku pun terheret sama ke sebuah restoran Cina Muslim di Summit USJ. Dulu aku selalu wek wek nak makan Chinese food sebab mengingatkan nasi goreng cina yang minyaknya bau semacam. Pas tu, setiap kali annual dinner company suka sangat boss aku order Chinese food. Tak sedap langsung! Anyways, today in history, barulah aku tau yang makanan Cina (from China) sangatlah vary, pelbagai, delicious, dan berkhasiat.

This restaurant is called Dong Yi Shun, and we got to know aha...a very cute guy named Ismail. He is the branch manager of the restaurant. Macam biasalah, orang Cina ngan orang Jepun adalah antara rakyat yang menyanjung tinggi bahasa ibunda mereka, so he didn't speak English at all. Tapi, merepeklah dia cakap dalam bahasa apa pun, ke'cun'an dan juga raut wajah yang bersih macam langsung tak berdosa tu memang mengagumkan aku. Disebabkan dia di situ, maka aku rasa sangat bersemangat, dan ya, hati digaru-garu (pinjam ayat quoted by Areyoung Klik). Tiba-tiba meresap rasa bahagia dalam hati, dan aku tau, bila aku berperasaan begitu, maknanya aku telah jatuh hati! Aww!!! Sungguh! Aku dah tak kisah walaupun aku terpaksa berdiam diri sambil membuat renungan yang aku pasti sampai ke jantung dia..sebab tu dia malu-malu kot. Ha..ha...

Bila dah nak balik, dia siap bergambar dan siap berkopiah. Aku memang tak tunggu ajak, terus jelah bergambar sebelah dia. :) Gelenyah ek... Anyway to be honest, he looks cuter without the kopiah on. Memang cute. Kulit putih gebu, kemerah-merahan, dan bila dia berpeluh, nampak peluh tu macam wangi dan murni sangat..ahh....pebenda aku merepek ni? Ah, hati!!

Ok, hati aku berbunga-bunga lagi! Bukan pasal Ismail, tapi orang lain. Entahlah, bosan nak cakap pasal ketidakpastian dan skandal baru. Baru seminggu je tak mendengar apa-apa berita. Tapi aku dengan rasminya telah menganggap aku 'single and looking' semula. Setelah semua alasan-alasan bangang, bodoh, tidak tepat, dan meragukan - oh tidak, I don't wanna wait anymore. Betul, aku akui yang I can't live without a boyfriend. Tak pernah dalam sejarah hidup aku single selama waima sebulan pun. Dan dua minggu is already too much for me. I've always have friends around, and it makes me always have "shoulders to cry on". Some are waiting for me to be single again so that they can masuk jarum...ha..ha...gediks..gediks....

But among all, I like H so much, and I'm giving him so much spaces to get to know me better. He owns a level of confidence that makes me kagum, he is brainy, well-educated and speaks and writes excellent English. And he is not Malay, which means the possibility for me to be left out again adalah 70 percent. (Sigh...) But I don't care. I don't seek love from him, I'm seeking a partner to share thoughts and exchange some experiences of life. Coz I can't be staying at home watching dvd sampai nak muntah. Lepas tu keep trying new recipes so bila mak datang melawat boleh tunjuk new skills. Ahh...life at home is making me crazy...Aku bukan jenis hu ha, I'm a homely type girl, but talking to people is a must. So, that what's up.

Pas tu, T is annoying me so much with some attitudes that I've seen - wow, we just can't get along well together. Minta maaflah, but I can't.

Tuesday, August 15, 2006

So What If You Can't Speak Malay?

Oklah, it really turned me off to watch this stupid Spanish movie, Beneath Still Water. Nasib baik aku memang desperately nak ambil barang2 Monster House, so terlibatnya aku dalam movie itu kiranya boleh dimaafkan la :). It reminds me of stupid Drowning Ghost. Kiranya adalah lebih berbaloi aku menonton Blok 404, sebab walaupun mengong, I managed to get scared! There's no way of this kind of movie to reach the level of Raaz or Bhoot. Even though the two Hindi movies were a definite carbon copies of some English horror movies, but these Indian directors know how to manipulate and in the end they made it even scarier than the original versions.

I went back to office and started to read news online, and my eyes came across to this statement made by The Best Actress of Festival Filem Malaysia (so-called):

"I sound like stupid if I speak in Malay"

"“If the film (Gubra) mencemar budaya, let’s do it more often".


Geleng kepala je to the both statements, I found myself agree with what Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim regretted so much of what she said.

First of all, ignore the facts that she's only 20. Come on, 20 years-old girl from a very opened-mind family, exposed to all types of cultures - and how tergamak to portray ideas like that(kengkononnya macam metaphors la) - which actually sounds more to "macam bagus" atau "berlagak bagus".


Okayla, you didn't stay in UK or USA for more than 15 years. You studied in KL, been brought-up in KL, do your shopping in KL and even acting in KL. And still you are not able to give a-one- line appreaciation = "Terima kasih kepada para juri yang telah memilih saya, dan kepada semua peminat yang memberi sokongan"? Even Tom Cruise would be able to memorize the phrase in 10 minutes. So, apakah sebenarnya yang kau cuba buktikan?

And the metaphors line of "let's do more filem yang mencemar budaya" - memang sengaja nak menampakkan yang dia bagus and kononnya "marilah jadi lain daripada orang lain". No, bukan kau yang sepatutnya cakap macam tu. It's for Yasmin Ahmad. Yes, Yasmin could come out with the line. Because Yasmin yang directed the movie, and Yasmin told you what you supposed to do. She admitted by saying, "Thanks to Yasmin, I was just doing my job". So you don't have any rights in saying "Jomlah kita buat filem-filem sekular lebih banyak lagi". Damn this girl betul-betul buat aku hangin satu badan dengan tak tentu pasal, walaupun antara aku dan dia langsung takde kena mengena.


And Kak Timah, how did you teach your daughter to at least, behave??

Monday, August 14, 2006

Hari Jadi Mak dan Aku Terlupa!!

Memanglah adakalanya aku terasa yang aku ni anak paling tak berguna. Entah, aku tak pernah buat mak aku rasa happy dengan apa yang aku bagi, walaupun kebanyakan hajatnya telah aku penuhi (termasuk kisah lama...ah kenangan!) 13 Ogos hari jadi mak yang ke 59. Aku bukan setakat terlupa birthday mak, malah aku sebenarnya tak ingat pun tarikh hari tu! Aku sms dia untuk bagi nombor baru aku, dan dia cakap hari ni dia 59 tahun, dan aku macam nak melalak masa tu jugak! Bodohnya, aku langsung tak ingat apa-apa!! Mestilah dia expect yang aku hantar sms untuk cakap happy birthday, sebaliknya aku pi sms nak cakap yang aku dah ada nombor lain.

Hari ni aku call mak, terasa macam terhina pulak. Mak kata, orang Kota Kinabalu subuh-subuh syafie lagi dah sms. Orang Langkawi siap bagi kad hari jadi lip lap yang ada muzik. Aku nih? Semalam pun tak call. Ha ha..entah, yang aku tau, aku tak mau menyesakkan lagi perasaan mak. Sudah-sudahlah dengan semua benda yang aku pernah buat selama ni, dan telah menyebabkan perasaan mak tersentuh. Aku cuba jadi biasa saja dan berlagak selamba, tapi sebenarnya dalam hati, kengkadang tu aku terasa sangat.

Aku ni hanya anak kandung dia yang tak ada apa-apa perasaan. Kasih sayang mak banyak tumpah pada sepupu aku, yang dia jaga sejak kecil, dan sepupu aku pun panggil mak, sebagai mak. Banyak benda yang dia belikan mak, lebih daripada diri aku sendiri. Malah aku tak pernah beli mak apa-apa yang menarik pun. Tapi kalau sepupu aku beli brooch pun, dia tunjuk, siap cakap yang brooch tu mahal harganya. Tudung, baju semuanya mahal belaka. Walaupun dia hanya seorang student yang bakal menjadi doktor berjaya. Dia belajar di UMS, jadi selalunya mak akan refer dia sbg 'org Sabah' atau 'orang Kota Kinabalu'. Pendek kata, aku tak pernah dengar mak kata apa-apa yang negatif pasal sepupu aku tu.

Aku pun tak pernah terasa hati sangat sebab si sepupu aku tu, aku jugak yang jaga masa dia kecik. Tapi aku akui dia rapat dengan mak aku lebih daripada diri aku sendiri. Tetapi lately aku perasan yang kenapalah kalau aku, mak selalu tanya soalan-soalan yang pada aku tak relevan langsung. Oklah, dia datang umah hari tu, dia ada jumpa beberapa tooth brush dan barang2 hotel, lepas tu mak tanya, "Eh kau tidur hotel ek?" Penekanan "hotel" di situ seolah-olah aku seorang anak yang buat "onar"la pulak. Aku paham apa yang mak cuba nak cakap. Sebab dia mak aku, berapa belas tahun aku tinggal dengan mak, aku tau apa yang mak selalu cakap kat aku. Tapi soalan-soalan bodoh tu dia tak pernah tanya pun pada sepupu aku tu. Dia boleh menerima apa sahaja tentang dia, tetapi susah nak accept sesuatu yang melibatkan diri aku. Aku masih tertanya-tanya lagi kenapa.

Aku dah terlalu tua untuk rasa kecik hati pun. Aku tak mintak mak buat apa pun, at least hargai aku sebagai aku. Aku ada perasaan jugak, dan aku tak rela dimalukan di hadapan orang ramai di saat mak aku berada di situ. Inferioty aku tahap gaban bila aku balik kampung, dan dia pun ada di situ, membelikan mak aku banyak barang. Sedangkan aku balik bawak diri je. Oklah, takkanlah orang belikan mak aku kad, call dia on time, dan aku mesti terhegeh2 buat benda yang sama sebabkan nak perhatian. Aku cuma rasa yang aku ikhlas melafazkan sesuatu kepada mak, walaupun dia tak suka. Dan aku senang buat benda yang aku nak dalam keadaan yang aku rasa santai. Bukan kerana orang buat, dan aku berebut nak buat jugak. Bukan pasal kakak aku hantar kad muzik dan berkelip-kelip, maka hari ni aku berkejar ke Memory Lane belikan mak kad giant. That's soo not me.

Aku hanya mampu berdoa setiap hari agar mak dilindungi Allah, supaya Allah mengasihaninya seperti mana dia mengasihani aku masa aku kecik dulu.

Tapi, tak bolehkah mak menerima aku sebagai aku?


A Simple Message from A Simple Heart

[08:19] dellyzz: where r u?
[08:19] *ge*c***s appears offline. Your message may not be received.
[08:20] dellyzz: i dont know what actually happened there g, but im sure something is very wrong somewhere
[08:20] dellyzz: stop all the prank games on me coz im losing my hopes, all my hopes already[08:21] dellyzz: u shouldve told me earlier that u didnt have any interest to come back to malaysia, and what more to see my face
[08:22] dellyzz: ive told u last time that, a person can change in ONE second. U didnt take much time to change, a few hours before u said that u were going to the airport.
[08:23] dellyzz: its been a week, a week g that i didnt hear anything from you, and im starting to accept the reality, that u r forgetting and leaving me
[08:24] dellyzz: you know what, you dont know what kind of sufferings ive been thru the moment ur friend told me that u had been arrested for whatever. i almost took flight to japan, just wanted to figure out, whats up?
[08:25] dellyzz: then i realized that u cheated me, no schedule of MAS flight on the day that u told me. there was definitely no flight from japan arriving at 2 am that day.
[08:26] dellyzz: god, ive been praying for u a lot, for u to be safe.
[08:27] dellyzz: and if u r reading this, reply me, coz i wont get angry, oh i never could be angry, but im just thankful for putting myself into hell.
[08:30] dellyzz: dont act like a coward, god knows how angry u were when i called you a coward. this is my fate, im realizing it, and learning to accept. face me.
[08:31] dellyzz: and yeah, life is too beautiful to be regretting, pls go on wth ur life, and if you've forgotten me, let me go freely for me to feel my own life.
[08:31] dellyzz: regards, -d.e.l.l.y-

God, I really can't be too strong again!! Mind me, this is the LAST entry of G's name.

Friday, August 11, 2006

Never Say Goodbye

Kabhi Alvida Naa Kehna. Never say goodbye. Somebody whom I hate so much used to say this to me. Ah, luka berdarah kembali. Bosan, kan? To Shakti, I pray that you are heading a good life. Don't ever try to contact me by any chances. Pls don't, don't make me hate you more. Full stop.

Okay, enough of stupid feelings and hopeless hopes, I want to stop everything right here. G, whatever you do, whereever you go, whenever you have time to read this, please move on with your life.

What a perfect movie that has made me cry and laugh, and cry. And laugh. There are three Hindi movies stroke in me right here - in my heart - Chalte Chalte, Hum Tum and Kal Ho Naa Ho. KANK is another hit that I will never forget. Personally, I loveeeee Abishek, not his bushy face, but his attitude, his notty-innocent look and the way he talks - so, so a carbon copy of someone. And Rani. Ha ha ha, entah kenapa aku perasan, that Rani's characters almost resemblance myself.

Especially in this movie. She is soo me. Unpredictable, even the closest people have difficulties in understanding her. What she really wants? Ok, your husband loves you, you have a fine house, extravagant life, he is romantic, he treats you like a queen - damn, what else do you want? Memang aku pun selalu berada dalam situasi yang, orang susah nak faham aku. Kerana aku orang yang sukar difahami. Tapi nak salahkan siapa? Perasan ni bukan saja-saja datang.

The movie was awesome, memang Karan Johar is da bomb. Oklah, to be realistic, forget the first initial parts where Dev met Maya, sebelum dia kawin, and...zassss....cinta datang sezas-zasnya. And because of stupid chewing gum, Dev got hit by a car, (in a very empty road?). And how come Dev could be angry almost to anything, everything? Ahh...mungkin wujud kot manusia yang macam tu, tapi taklah so unrealistic macam yang digambarkan. But like I said, forget those
scenes, focus on the messages conveyed, on the setiap kata yang dilafazkan penuh makna.

I almost forgot all, but I love some lines that Sam Talwar uttered:

"If you want to hold her hand, do it now"
"If you want to kiss her, do it now"

With one simple objective, if someone you love so much has gone, you won't feel bad of not getting chances to show that you care about her/him.

Thursday, August 10, 2006

Tantang Naif

Dalam pada berduka, tetiba seorang sahabat lama paged aku dan bertanya khabar. Dia seorang yang istimewa, pernah hadir sebentar dalam diri aku menyinar ceria. Betul... bahagia sangat rasanya masa tu, sebab aku baru saja putus tunang, dan bila dia datang ke pejabat aku untuk pertama kali (dengan abang aku masa tu), dia terdorong untuk memperisterikan aku. Teringat lagi dinner pertama bila dia bawa aku ke Concorde, dan ajar aku makan udang mentah yang kemudiannya 'masak' sendiri bila kita curahkan jus limau nipis. Sebenarnya dia tak tau yang aku jenis tak kisah pasal makanan, so aku tak de rasa it was a big deal knowing the facts pun!

So this friend of mine, let me name him N, telah menunjukkan kesungguhan tahap gaban untuk meneruskan perhubungan ini. Dengan sekali cabaran aku yang dia sahut, dia berlari ke kampung dan bertemu dengan parents aku. Wah mak bapak aku punyalah suka, sebab N ada ciri-ciri jejaka beriman. Sayangnya dia seorang duda. Tapi tu bukanlah halangan.

Sayangnya, kerana butanya mata aku masa tu, dan disebabkan aku terdorong untuk berada di sisi orang lain, maka permohonan cinta N telah aku kucar kacirkan. Mulanya ok, tapi banyak perkara pasal N yang aku rasa tak puas hati. Dia bercerai, kemudian bekas isterinya berkahwin dengan guru dia sendiri. Dan dia sangat taksub dengan guru dia. N bertekak lidah dengan bapak aku semata-mata kerana dia mempertahankan tok guru dia. What the heck. Tok guru kepebenda?!

Ok, satu persamaan aku dengan bapak aku ialah - kami jenis sound direct. Dahlah kena sedas dengan bapak aku, then aku pulak bedal dia. Baru tadi dia bagitau aku, selama dua tahun dia fikir, kenapa aku panggil dia 'naive'. Selama dua tahun perkataan tu terngiang-ngiang di fikiran dia.

Well aku memang ingat kenapa aku cakap macam tu pada dia. Pertama sebab aku geram sangat dengan cara perceraian dia. Dan kenapa mesti bini kau, tok guru yang kau sanjung-sanjung tu yang dapat. Bermakna, kalau aku kawin dengan N, dan tok guru dia berkenan dengan aku, dia akan sanggup ceraikan akulah, begitu? Sebab tu aku panggil dia naive, dia jenis apa yang bini mintak, even ketuk kepala dia pun, dia akan akur. Aku tak kisah pasal tak dapat kawin dengan dia, aku tak pandang langsung hal ni masa tu. Tapi aku hanya nak dia sedar.

Lepas tu, aku dengar dia bertunang dengan budak muda sangat. And I was surprised to know yang pertunangan dia putus, dan masa dia kawin, dia bercerai lagi, cuma sempat kawin selama tiga bulan. Aku memang terperanjat. Tapi tulah, ini hakikat kehidupan, lagi banyak perkara berbeza kita lalui, semakin manis pengalaman hidup. Aku tak pernah salahkan sesiapa. Malah apa yang pernah terjadi antara aku dan dia pun, bukanlah salah sesiapa. Bukan salah dia tentunya, dan bukan salah aku.

Dalam hati, aku cuma berdoa dia bakal menemui cinta sejati nanti, Insya Allah...

(P/s: Teringat pulak, dia pernah beli majalah Glamour version UK sebab dia nak tahu kenapa aku minat sangat baca majalah tu. Kebetulan isu bulan yang dia beli tu pasal kehidupan pelakon-pelakon porno. Ha..ha...the next day dia called, and dia bagitau yang dia tak suka aku baca majalah tu. Ehhhhh pleaseeee.....even aku ustazah pun, tak siapa dapat menyekat aku daripada baca apa yang aku nak baca. Lagipun aku sentiasa anggap apa yang aku baca adalah ilmu untuk aku, dan ilmu boleh datang dalam apa-apa bentuk pun)

Tak Ada Logika (Patutlah!!)

Aku belum give up lagi, tapi aku tengah menganalisis beberapa perkara yang aku found out dalam diri G sebelum dia pergi:

1. Dia happy sangat. Tersangat-sangat (dengan reason abang dia ada kat sana)
2. Banyak sangat barang yang telah diwakafkan pada aku - banyak sangat, berlambak kat belakang keta tu aku tak sempat kemas lagi.
3. Dia pandang aku dengan pandangan sangat sayu sebelum keluar daripada kereta..macamlah tak jumpa lagi nanti.
4. Dia tinggalkan pesanan - supaya gembirakan diri aku. Bukan orang lain yang buatkan aku gembira, tetapi aku dan diri aku sendiri.
5. Dia tidak pernah cakap bilakah tarikh kepulangannya dengan excited - dia cuma kata dalam masa dua minggu. Dia tak pernah keluarkan tiket untuk kasi aku tengok. Dan ironinya - aku pun tak pernah teringat nak tanya!
6. Dia tak called aku masa dah selamat mendarat di Tokyo. Padahal boleh je pinjam handphone abang kau kalau nak kan? Tapi tak.
6. Dia sakit sehari sebelum dia dikatakan stucked di airport.

Dia pun tahu yang aku pun bukan bengap sangat. I'm a smart girl. Lagi banyak aku bertanya, lagi menjadi-jadi marah dia. Please, there's a journalism blood in me by nature - sebab tu aku banyak bertanya, dan aku tak pernah takut orang kata soalan aku bodoh ke, wise ke, tak wise ke. No idea is a bad idea ok. No question is a bad question too. Pernah aku bagitau dia yang kalau dia hilang, aku akan cari 10, 001 cara untuk mengesan dia.

Yes, I really did. Dia tak pernah bagi no telefon abang dia di Tokyo, dan aku pun tak pernah bother nak tanya, tapi aku berjaya dapatkan nombor si Den**s finally. Otak aku masa tu ligat je berfikir, and I figured it out successfully. Disebabkan aku dapat nombor Den**s , akhirnya dia bagi no si Leo tu. Bayangkan kalau aku tak pernah daat no Den**s, I'm sure dia langsung tak akan call aku semenjak hari pertama dia menjejakkan kaki ke negara matahari terbit tu lagi.

Ada banyak lagi perkara bijak yang aku boleh buat kalau aku nak. Tapi aku dah malas nak layan perasaan yang membuai ni kerana akhirnya aku hanya akan menghancurkan diri aku. Tapi kenapa? Dia ingat segala lafaz janji yang aku buat selama ni main-main je ke?

Kebetulan seorang rakan yang rapat dengan aku cakap, dia tahu perkara macam ni akan berlaku. Tapi aku tak percaya. Aku langsung tak percaya. Nah, sekarang ni hidung aku telah dihempap sendiri!

Tak Tahan Lagi

Dah tiga hari. Dan masih macam tak ada apa-apa yang berlaku. Aku dah sampai tahap, hello...sudahlah, jangan main-mainkan aku lagi! Aku dah tak larat nak fikir, dah tak sanggup nak mengalirkan air mata. Kelopak mata aku dah kering kontang pun.

Profesional. Spontan. Apalagi reaksi yang perlu aku tunjukkan? Everybody knows that I am a happy go lucky girl by nature. When I told some of my friends that G is coming back, I was damn happy. And at last what I should tell them, that he didn't return that day? That somebody called me and told me bullshit about the imigg. people found something in his back and that 'something' was something that I don't really wanna know. That when I called his brother, he didn't even have any intention to talk nicely, or at least showed his concern towards me, coz I had been calling like hell? And some other shits like, when I found out myself that there was not even a single flight from Narita to KL on the date he mentioned to me? And also when he called me, telling me fucking lies that he was about to leave the phone back to the owner and that he was in his way to the airport?

And should I also mention that me, Miss Delly even made a call to Narita Airport using my mobile I talk card (to the MAS office there) just for a single moron question " Has someone named this and this just boarded?" Ive read through Japanese daily newspapers, the national columns to find out if you could be in the news. Damn, I feel so stupid and the next day (until today) I strongly feel that there's must be a complote there.

G, whereever you are, you should know that I'm completely dying here to know what the hell happened that day, and where r u now? Leaving me unnoticely like this, is definitely not the way. Why did u have to lie at the first stage? I'm not a kid anymore, well if you do found somebody else there, who is better than me, and found a better place to stay, could be better than Kuala Lumpur, then please tell me frankly. Wipe me out from all these doubts, so that I could let you go to have your very own life. I have a very strong belief that u were born for me, that we are meant to be together till the end of our lives. But if God says it won't be that way, and if you choose not to be in that way again, well I guess life is being so injustice to me, but I'm not gonna force anyone to own my life.

This life is free, G. It is free. It is always yours to choose...

Tuesday, August 08, 2006

Tak Kelakar Okay!!!!

Apa yang patut aku cakap sekarang? I'm just speechless and hopeless. And I don't have a single idea of what exactly happening over there in Tokyo. I received a call from Leo, telling me that G is having problem crossing the immigration. What the hell. What kind of problem? When I called Deni**, he was telling me that he didn't know what was the problem, but G called him to tell me about this. And me, in KL, macam orang gila just didn't know what to do.

This is really bad. I hate my feelings and I'm scared of whatever I feel. It starting to become a reality. As I reached my office back yesterday, I checked on the MAS scheduled, and not a single departure from Narita starting at 7 o'clock. And definitely they would be no arrival at 2.00 am from Narita. Hati aku dah start nak kata something dah. But then again, tak puas hati, I drove all the way to KLIA to find out what was up there. Yea I was told by the officer that flights over Narita only in morning and afternoon.

What's up there, G? What's happening to you? Is this a kind of prank on me, or one of your way out to not to see me again? I can't really believe it's happening to me, because he called me at the moment he reached the airport yesterday. If it only your game to make me scared and pucat lesi like hell, you gotta stop because you have succeeded in doing that. I'm scared. And my face this morning ditoreh memang tak berdarah lagi.

Monday, August 07, 2006

Sesi Manjakan Diri

Okaylah. I had a total relaxing day on Saturday with Linda, we had a spa day :). The spa place, as recommended by me, was really a cool place. Totally Balinese concept, for complete three hours we had an ultimate pleasure of body massage, body lulur and a milk bath. Hari memanjakan diri...because the next day (Sunday) again I had to wake up early in the morning for Khalifah Carnival in section 13, Shah Alam.

Well as expected, not so many people were there, most of the programmes were more to syok sendiri, ramai anak staff yang joined daripada orang luar. But macam biasalah, we are always ready to make ourselves known by people, in whatever situation or condition, janji orang dah bagi tempat dan free pulak. Di mana ada ruang, kat situlah kami akan mencuba nasib, walaupun adakalanya sampai terpaksa menjual majalah sendiri. Itulah cabaran yang aku suka. :)

One reason to be happy, G is coming back today! Thank God!! After complete 14 days, Ya Allah tak pernah aku berpisah dengan dia sebegitu lama. Rindunya...hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah semuanya terkawal, walaupun semalam tak pasal-pasal aku mengamuk sebab dia kata dia sakit. Hai...dah jumpa awek Jepun lepas tu cari alasan tak nak balik KL lagi ke? Ha..ha..ha dah lepas letak telefon aku ketawa kuat-kuat kat rumah. Sampai macam tu sekali aku fikir, ek? Sebenarnya rindu aku sudah tidak terkawal. Lepas tu dia boleh demam pulak di saat-saat akhir nak balik. So anti climax. Boleh tak kau demam je bila dah tiba kat KL nanti? Rasa macam nak tanya gitu, tapi macam bodoh pulak. :)

I said, sick people won't be allowed to travel. He said, no matter what happens, I'll be in KL tuesday morning. Alhamdulillah...cuma mendoakan dia selamat dalam perjalanan..that's all...

I had a quite long chat with my old friend. Sedih tetiba menerpa, kerana aku cuba meletakkan diri aku dalam diri dia. Memang, bukan salah dia 'ter'jatuh cinta dengan suami orang. Cinta bila datang menerpa, begitu sahaja, tak ada amaran, tak ada ketukan. Kau akan terus rasa, "Ah, aku dah jatuh cinta!".

Aku faham, lebih daripada faham, sebab aku pernah berada dalam situasi, yang aku rasa diri aku terlampau sayang kepada seseorang yang telah menjadi milik orang lain. Sumpah, aku tak paksa diri. Benda 'cinta' tu meresap dalam jiwa, perlahan-lahan, dan aku seakan bernafas dengan rasa itu. Aku tak pernah rasa salah, kerana bukan silap aku bila cinta datang menerpa. Aku tak pernah fikir apa perasaan orang yang telah memiliki cinta dia sebelum aku, kerana aku sengaja tak mahu faham. Kenapa aku nak faham orang lain bila aku sendiri terpaksa menderita nanti? Sejujurnya, aku mahu terus bahagia dalam cinta, biar milik siapapun cinta itu.

Tetapi tenangkah jiwa bila sentiasa berjauhan? Seronok ke membayangkan dia dalam dakapan isteri tersayang, sedangkan aku hanya memeluk bantal busuk? Ah, cinta, falsafah cinta, dan apa saja yang berkaitan dengan cinta memang tak boleh digunapakai. Bodohnnya aku mengenepikan segala rasional. Benda yang senang pun aku tak boleh nak fikir. Sudahnya aku tengok diri sendiri, yang aku berada dalam kebodohan yang tak bertepi.

Benci, benci sebenci-bencinya mengingatkan apa yang pernah aku lalui dalam hidup ni. Aku memang naive. Sampai bila aku nak hidup mempermainan perasaan orang? Aku dah tak sanggup. Usia makin meningkat, tapi aku masih tak mencapai apa-apa yang memberi makna.

Tapi aku bersyukur banyak pada Allah, dalam pada aku alpa, banyak berdosa, tapi Allah tetap memberi, memberi dan memberi kepada aku. Ya Allah, kenapalah aku tak pernah nak rasa bersyukur dengan nikmat yang Dia bagi? Dia bagi, bagi, bagi dan aku buang, buang, buang.

Aku realize one thing, aku tak sepatutnya mengecewakan orang lain, kalau aku tak mahu diri aku dikecewakan di masa hadapan. Tak, aku tak sanggup. Aku boleh gila kalau dikecewakan. Habis tu kenapa aku nak mengecewakan insan lain?

Dalam hati, aku berdoa agar Ang faham apa yang aku nak cuba sampaikan. Aku sayang Ang macam aku sayang kakak aku sendiri. Aku kesal sebab at one point of my life, I left her just because a stupid moron person. Aku kesal sangat Ang. Kalaulah aku tak buat 'gila' dulu, aku yakin kita ada banyak masa bersama untuk spend dan mencari jodoh yang baik untuk kita berdua. Kerana dah biasa sendiri, aku cari pilihan hati aku sendiri-sendiri jugak. Alhamdulillah, aku jumpa seseorang yang baik, yang boleh jaga aku dengan baik, tapi aku masih tak pasti selagi tak bergelas isteri pada dia.

Mengingatkan masa-masa lepas, aku betul-betul rasa telah mengenepikan Ang dalam hidup aku. Malah aku tak pernah tanya pendapat dia pun dalam apa saja yang aku buat. Kenapalah aku ni jahat sangat macam penyangak. Bila benda macam ni terjadi pada Ang, aku betul-betul rasa yang aku kawan tak guna.

Masa-masa silam kita memang indah Ang. Entah kenapa aku banyak dah membazirkan waktu...



Thursday, August 03, 2006

Do Your Thing, Honey!

Ok, I've been busy with deadlines this week. But I felt good that on Monday I was finally able to meet my good friend, Ang who came all the way from Kelantan. But it was just for a short time as she reached KLCC by 8.30, what the heck, and the shopping complex closed at about 10.00. Grrr...

So far so good, I've managed myself to menyesuaikan diri dengan this new deadlines. But one thing worries me so much, on the graphics side. I've seen kind of unstable mood of Ca*. Latelylah, tak tahu kenapa. Kemurungan yang tiba-tiba. Ok first thing, she has just lost his dad (step dad). Then she told me her beloved kucing died. But I'm sure it is not just about that, there should be something else playing in her head now. Alah aku pun Aquarian jugak, bebudak Aquarius ni semua pelik semacam, including myself. :) But I remember one phrase that kak Hana (Journalism class) used to tell me (actually not that she 'told' me, but teh phrase is written on the mug she gave me on my birthday) - All human are weird, but Aquarius are normal. Normal ke? Ha..ha..ha...

Trao* told me that he has found someone. Well, that's really awesome, bro! Congratulations, and I feel happy for you. Kalau aku teruskan hari tu, mesti aku dah bertakhta di hati Trao* dengan selamatnya. But I guess memang tak ada jodoh. Memang aku bodoh melepaskan orang yang suka sangat kat aku, yang telah menjaga hati aku dengan baik, tapi in the end aku meninggalkan dia dengan cara yang amatlah kureng adabnya. Masih terngiang-ngiang kat telinga aku ni dia called, nak jumpa aku untuk bertanyakan kenapa aku buat keputusan macam tu.

Entah, aku pun tak tahu nak jawab. Aku gila agaknya masa tu. Kemaruk. I don't know. I just don't know. Sometimes I really suck in making decision. Swear to God!

Tengok Malaysia sekarang, memang aku naik seram. I thought I've had enough bila baca Mastika all about kekejaman terhadap wanita. Yesterday again another news of woman being raped, stabbed, strangled till death. Tu dokek aje kat rumah aku tu, Sungai Way. I'm not sure how arwah could came across the construction site, wth two novels (of Alaf 21!) found nearby the dead body. Baju tercampah entah ke mana, seluar entah ke mana.

Tapi manusia semua macam binatang sekarang. Apa lagi harga diri yang kita ada bila selamba je nak sembelih, nak tetak dan tikam orang? Seronok ke nak main dalam partner kesakitan? Kalau tak tahan sangat, pergi je la Chow Kit, rembat jelah minah-minah yang tersidai dekat-dekat 7 eleven dengan hotel-hotel apek tu. Bukan mahal pun, RM 30 dah boleh tembak sedas. Kalau cow team baik punya, bayar RM 30 pun boleh dapat macam-macam.

I don't know where the budi bahasa of Malay guys has gone, they would prefer to destroy themselves. Yang dadahnya jangan cakap, yang merogol pun muka depa gak, yang panas baran, yang bunuh orang - also our men. Korang dahlah tak romantic, tak pernah bercakap benda-benda baik dengan perempuan. Ya Allah, aku memang pening kepala. I've been to schools (sekolah rendah okay!) and the boys suka benar mencarit-carut and all the carutan are purposely for the girls...rasa nak bagi penampar sekor-sekor. Kat aku pun depa boleh loyar buruk jugak macam syai**n. I'm so much grateful that I'm not fated to be a teacher, kalau tak I would turn myself into children-killer gak.