I'm still breathing!!
Alhamdulillah, syukur kerana masih aku masih berjasad, ada soul lagi untuk menilai dan dinilai. Sedihnya melihat blog yang terkulai sepi ni, sementelah ada masa tersisa untuk menulis, ya maaf kerana dua bulan ini aku jadi manusia paling sibuk di dunia. Takde paksaan sesiapa, aku mahu begitu dan aku happy dengan terapi baru ini. Sudah beberapa minggu in a row aku bekerja sahaja, menyelami jiwa tersirat dan tersurat madness yang berlegar-legar dalam dunia politik Malaysia. Ada satu atau dua minggu sahaja aku ambil cuti untuk sehari, itupun masih ke pejabat waktu petangnya melepas rindu.
Ah aku sudah gila kerja!
Tetapi dalam kegilaan itu sempatlah buat kejohanan bowling, aku dulu yang merengus kecil aje kalau diajak berbowling, sekarang lekas-lekas angkat tangan dan jadi orang nombor wahid nak melempar bola. Waktu lepas kerja (baca:selepas tengah malam) aku dah ada sepuak kecil yang akan bergelandangan di Danau Kota lepak-lepak makan durian atau cuci mata jenama John Smith, atau Guess, Anna Sui immitation first class, atau ya, gerai nasi lemak entah di mana, lupa lokasinya sebab aku hanya si pembawa kereta, dan sesekali datang kemaruk, ber'rnb' di Sugar. Haha kami juga sudah ada lokasi baru hendak beli pakaian berjenama dengan harga minimum di Jalan Peel. Ohhh...indahnya terapi yang aku jalani, aku sudah mampu berhadapan dengan kenyataan. eHH hidup ni memang best kalau kita bagi peluang pada diri sendiri ok... :)
Tapi itu bukan saja yang jadikan aku wanita lively, kuat, yakin, determined. Bukan, bukan hanya kekuatan fizikal saja. Jujurnya spiritually soul aku telah mati sejak dipisahkan dengan si dia yang aku cinta, tetapi aku tidak pernah ambil peduli dan conscious bahawa diri aku sangat dicintai Yang Maha Besar, Yang Maha Pengampun dan Yang Maha Menerima.
Agungnya cinta ini kerana Dia masih memberi, memberi dan memberi rezeki serta kekuatan pada aku, walaupun aku telah lupa pada Dia sekian lama, sangat lama sampai aku tidak ingat bilakah kali terakhir aku mengambil wudhuk, walaupun aku tidak menghiraukan suruhan-Nya, ya ketika itu - sudah bertahun rasanya aku tinggalkan sejadah yang menyatukan cinta aku dan Dia.
Di saat aku tersedar yang aku ignore cinta yang sentiasa ada bernafas untuk aku, tapi aku yang dungu tak tahu, dengan dibalut rasa malu cukup tebal aku kembali atur temu janji untuk cinta itu. Ternyata lima minit itu indah, sejuk, cukup comfortable dan entah...ketenangan itu datang mengalir saja tanpa aku sedari pun.
Benar, jika kembali pada Allah, tiada hati yang luka, tak ada siapa pun yang gundah.
Cinta telah kembali menyiram seluruh tubuh aku, dan aku bahagia sekali. Alhamdulillah!