Saturday, June 16, 2007

Retak Berkali

Sebenarnya tak siapa pun yang tahu yang aku sebenarnya dah banyak kali sentuh jari di sini - blog ini - menulis separa, dua dan log out balik sebab aku kematian kata-kata. Sudah terlalu banyak happenings yang berlaku, entahlah aku pun tak ingat berapa kali lintas langsung hal-hal menarik di sekeliling - tapi semuanya tak tercatat.

Yang terbaru - letih main tarik tali - ya akhirnya aku mendapat sinar sejati - yang menyaksikan kerja nampak matahari dan balik bertemu bulan. Yang menyebabkan jadual tidur aku dah tak menentu. Hal-hal sosial yang menipis. Keretakan hubungan. Keberantakan fikiran. Pedih, kan?

Tapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan bila aku tak payah pening-pening soal kedatangan - habis kerja habis, habis dan habis. Esok fikir masalah lain.

Tapi masalah lain pulak timbul.

Kerja langsung tidak menjadi masalah kerana aku mula mencintai dan belajar memberi hati kepada situasi ini. Untungnya menjadi aku, boleh dicampak ke sana sini, dan aku memang boleh diharap. :)

Hari pertama dan kedua - memang, aku terkangkang-kangkang segala jejari dan tangan, sekarang aku boleh manage dengan muka selamba.

Tapi aku ada satu masalah.

Lepas apa yang berlaku, aku jadi perempuan keras hati dan hubungan aku telah retak berkali-kali kerana perempuan itu.

Hari ini, aku ambil keputusan yang biarlah terbelah selamanya....

Thursday, May 10, 2007

Kosong

Sudah kosong. Hati kosong. Hari tu beriya-iya. Hari ni macam biasa je. Macam tulah kerja dengan orang, ke mana nak dihantar...redha sajalah...Sudahnya aku kembali dengan kerja lama. Sesekali bertembung dengan orang yang membuat temuramah terbuka dengan aku hari tu, rasa malu pun ada. Bukan main beriya-iya, pengakhirnya di takuk lama. La...ini bukan company bapak aku tau. Aku cuma golongan marhaen aje.

Kosong dua. Kadang-kadang peristiwa lama membuat aku rasa sangat takut. Terbayang-bayang. Dah puas berkompromosi, aku dah letih membuang imaginasi, tapi balik-balik yang datang itu jugak. Tulah, memang susah untuk orang yang pernah membuat onar dengan aku. Aku susah nak lupa! Senang nak maafkan tapi kalau nak lupakan, berjanggutla. Sudahnya aku jadi manusia suspicious yang risau entah kan apa-apa, sensitif tahap gaban dan merepek merapu benda yang bukan-bukan. Janganlah menipu aku. Seumur usia aku susah nak buang dari ingatan.

Bagusnya kerja aku kerana flownya sangat interesting - berjumpa orang, berbual, berborak, berborak, berborak, bagi business card, masuk jarum besar, masuk jarum lagi, terus buang cakap - dan janji untuk jumpa lagi. Balik office berebut buat proposal, rangka itu rangka ini, pergi lagi jumpa orang tu, borak, borak, masuk jarum, masuk jarum, jarum dah kena jahit - yes! persetujuan dicapai. Sebab tulah aku sangat redha berada di tempat aku sekarang kerana tercapailah impian aku untuk berjumpa pelbagai jenis orang.

Letihnya kerja aku bila di office terpaksa mengadap komputer, buat translation, diberi arahan buat tu buat ini, Delly itu, Delly ini - oh adakalanya rasanya lebih baik buat-buat pitam. Tapi itulah periuk nasi aku dan itulah juga yang aku kena jaga.Sekurang-kurangnya apa yang aku buat sekarang adalah lebih baik daripada kerja-kerja lain yang ada.

Ah susah!..sudah!...flow entry ni dah entah apa-apa kerana aku tak berniat nak menyusun cerita dengan baik...sekadar luahan serta merta...latersss!!

Friday, April 27, 2007

Kesempatan Yang Terindah

Mati kata.

Sebaik-baiknya aku berdiam diri dan menerima dengan redha kerana begitulah caranya hendak menjaga periuk nasi. Bukannya pasrah, cuma redha. Sentiasa positif menganggap sesuatu yang baru adalah cabaran terindah, dan pengalaman yang bakal dikutip pun sangat-sangat manis. Dan seharusnya aku rasa amat bersyukur kerana selama ini cara aku bekerja diperhatikan, dan diberi penghargaan.

Aku pun tidak luak memberi perkhidmatan di mana-mana, asalkan masih di Shah Alam, tidak jauh dari rumah, kereta kesayangan dan teman gaduh sejati! S H, here I come!

Minggu ni banyak sangat perkara yang membuatkan aku rasa sebak. Paling sebak hendak meninggalkan sesuatu yang mendapat sentuhan aku selama hampir tiga tahun. Juga seorang editor yang sangat bertimbangrasa, penyayang, memahami jiwa aku yang tak pernah keruan ni. Tak lupa seorang sahabat yang sama-sama berjuang menaikkan produk kami ini, sejak mula aku kenal dia masih tidak berboyfriend, hinggalah sekarang menunggu masa hendak mendeliver.

Pilu juga bila baca blog seorang sahabat sekerja yang telah berhijrah untuk meneruskan perniagaan keluarga. Ya, bila kita ramai kawan, terutama yang pernah menangis, ketawa bersama, indahnya kenangan tu seakan malas nak meluputkannya dari ingatan. Tapi bila kita harus pergi, demi kejayaan, demi cita-cita, demi impian keluarga - teman-teman takkan mengerti tapi kenangan takkan terhapus menyepi.

Tuesday, April 24, 2007

ONE KIND

Dah sah aku ni 'one kind'. Dulu-dulu masa kecik bapak aku selalu kata, "Della (panggilan manja kat umah) ni memang 'one kind'" sebabnya aku berbeza memang berbeza daripada adik-beradik, malah mana-mana orang sekali pun.

Aku anak bongsu, tapi tak pernah rasa nak bermanja lebih-lebih. Aku ada kakak yang jadi cikgu, tapi masa nak amik SPM, aku sikit pun tak pernah tanya dia apa-apa soalan sebab aku rasa aku lagi bagus daripada dia. Aku ada abang yang tinggal kat KL, tapi percaya tak yang aku langsung tak pernah jejak kaki di rumah dia walau seminit pun, kecuali kalau parents aku kebetulan ke KL dan nak ke rumah dia. Orang lain merasa duit abang dan kakak hulur, tapi aku tak pernah dapat, malah tak hirau pun pasal tu semua.

Sebab tu membesar di KL seorang diri, menjadikan diri aku seorang yang 'one kind'.

Kadang-kadang 'one kind' aku datang dan serang menggila, sehingga menyebabkan aku buat satu keputusan yang tetap, biar pun bodoh. Pernah, kerongsang sorang budak pompuan termasuk dalam bilik air aku, then aku ambik, dan bila aku keluar, aku cakap tak nampak kerongsang tu. Tapi aku kantoi sebab dia kata, "Saya nampak awak ambik kerongsang tu,". Bodoh tak? Kerongsang harga tak sampai RM1 jual lambak kat Maiden, boleh menjadi bahan degil aku pada budak tahap hingusan lagi.

Yang terbaru, ops...maaf kerana terlalu berterus terang - aku terlampau geram dengan eph dan aku hambik USD100 yang ada dalam dompet dia. Benda tu cam out of mind, kerana terlalu marah, dan yang aku tahu, aku mahukan kemarahan aku berbaloi, setimpal dengan kesalahan yang dia buat. Dan bukan sekali ek, untuk makluman - dua kali. Apa??? Ya , 2 kali. Bermakna USD200.

Tapi, satu hari dia tanya mana logikanya duit dia boleh hilang di dalam dompet sendiri. Ya aku dengan confidentnya kata, kau kan suka salah letak barang, entah terpakai ke apa. Dia kata tak mungkin. Kali pertama hilang dia lupakan aje, tapi kali kedua dah melampau, katanya. Tak mungkin ada sesiapa pun yang berani buat macam tu pada dia, katanya lagi.

Ah...bila tiba di rumah, tetiba aku rasa bersalah, dan aha...oh aku takut sekali kalau akhirnya dia akan tahu aku yang buat onar. Masuk kali ke 11 berfikir, akhirnya aku nekad hantar sms untuk buat confession - dan - aku katakan yang aku redha kalau dia marah dan tinggalkan aku kerana benda bodoh yang aku buat ni. Dengan hati yang selenga berat, aku send. Pap!

Aku tunggu seminit, tak jawab. Tunggu dua minit, tak jawab. Masuk minit ketiga, masih tak berbunyi helo moto aku. Tapi minit keempat sms masuk, dan aku penuh debar, dengan sepenuh yakin dia akan menghamburkan kata-kata nista.....yes!!!

No!!!

Dia kata,

"I love you no matter what"

Betul, aku tak lena tidur malam tu!

Besoknya aku buat-buat merajuk, campur rasa bersalah, dan pulangkan duit tu balik dengan selamba, tapi berteman air mata untuk nampakkan kekesalan aku real.

Ah, aku memang one kind!

Monday, April 09, 2007

KEJI

Kejian adalah sesuatu yang menyiksakan. AKU BENCI DIKEJI DAN DIHINA. Benar, hidup ni lebih santai, selesa, ceria kalau berseorangan. Fikir pasal diri sendiri, no one else.

Never let a man define who you are.

Wajahku Yang Songsang

Hmm...pelik. Kalau aku tengah bersengketa dengan orang tu, ada aje orang yang akan kata, "Hai kau nampak ceria la hari ni". Dan di saat mood aku sangat happy hari ni, I*da pulak menegur, "Mek...apsal ni nampak muram je...". Apa yang kurang ek. Terbelek-belek, tertelek-telek aku kat cermin ajaib yang sentiasa atas meja aku ni. Mmm...lipstik tu kaler pucat sangat...ha..ha..ha..taklehlah aku nak make up 3-D sket, kena normal ajelah nampaknya...

Ini hari yang ke 9 bulan April 2007, dan berita baiknya, aku masih mampu melangkah, Alhamdulillah kesihatan yang Allah beri sangat baik, at least adalah improvement daripada bacaan darah yang dulu. Pun aku pasti result yang aku dapat hari ni adalah disebabkan aku tak berpuasa sepenuh hati beberapa hari sebelum ujian, sebab tujuan aku, biarlah aku dapat tahu result sebenar, bukan yang dah diimprovise.

Rumah aku yang malap sebelum ni kerana hanya berpenghunikan aku, sekarang dah start bercahaya lip lap lip lap. Thanks pada seorang sahabat baik yang sudi berkongsi suka duka dengan aku dalam rumah comel ni. Adalah teman nak bercerita. Adalah kawan nak meluah rasa. Adalah saudara nak berkongsi rasa. Walaupun dalam kepalanya sendiri banyak hal nak diselesaikan, tapi aku berdoa agar dia menganggap semuanya dah selesai sahaja, sebab jantan keparat tak seharusnya diberi muka! Sahabat, sabar ok! Ada yang jauh 100 peratus lebih baik menanti.

Hari tu, dengan tak segannya aku mengaku, akulah penonton terlewat filem CINTA. Dah tau dah orang kata akan menangis sakan tengok movie ni, jadi aku dah siap-siap dengan tisu paper. Memang, membazir segelen air mata. Bukan pasal cerita ni sedih, CINTA memang sangat positif. A very positive movie. Cumanya segala falsafah cinta yang dipaparkan, membuatkan aku terfikir, termenung dan akhirnya ternangis mengenang bahawa betapa universalnya cinta, sampai kadang-kadang aku ingat cinta aku pada eph adalah yang teragung. Tetapi, tak. Cinta pada Allah, pada ibu bapa, pada adik-beradik, pada bangsa, pada negara - dan of course, cinta pada diri sendiri. Inilah semua maha karya cinta yang tak tertolok banding.

Tapi ya, satu scene yang aku tak dapat lupa, ialah bila Airin menjenguk ke tingkap dan si bekas suami meninggalkan seungkap kata, "Even though you are not here, I know you are happy and it's okay. Because a little girl taught me, love means...letting go..."

Cinta menyebabkan aku redha bekas tunangan pergi, dan g pergi. Dan mungkinkah eph akan pergi jugak? Kalau dia pergi, maknanya aku memang sayang dia??

Tak, maksudnya terpaksa melepaskan mereka untuk gembira di sisi orang lain, itulah cinta terhebat.

Tapi itu, CINTA ke???

"Cukuplah kalau kau tau, dia tau. Buat apa nak bagitau satu dunia?...Tapi kalau kau tau, dia tahu, kenapa nak sembunyikan?..."

Mmm...yolah tu....



Thursday, March 29, 2007

Emo Ke??

Entahlah, tak rasa apa-apa pun. Tapi nada mak aku menyampaikannya, aku tahu yang aku sedang disindir dengan begitu sinikal sekali.

"Dak Sy*m nak bertunang 14 hb..."

Aha, sepupu aku yang pernah aku sakat dan jadi mangsa buli aku masa kecik2 dulu, kini dah nak mencaras aku dan nak mulakan kehidupan berumahtangga dah pun. Ya, tahniah dik. Aku ikhlas. Tapi aku tahu mak berdukacita dengan berita ni, dan apa yang aku dapat bila aku balik kampung nanti, aku dah dapat bayangkan...Dan bayangkan kembangnya hati aku bila jadi tetamu majlis dia nanti. Baik aku tak yah pegi kan?

Bukan aku nak jadi inferior ke apa, tapi aku dah boleh imagine orang-orang kat situ akan bertanya soalan-soalan bonus extravaganza kat aku, dan rasanya aku malas nak berhadapan dengan situasi yang bakal membuatkan hati aku sebal.

Sigh....

Wednesday, March 28, 2007

Kureng Ajaran

Orang-orang tua kata, mulakan pagi dengan Bismillah dan senyuman. Barulah hari yang nak dimulakan tu berkat. Tapi aku berdoa agar si rempit yang pernah langgar belakang keta aku dulu, pas tu ngan muka tak malu mintak bayaran, and finally dia memfailkan saman pada aku, sampai menggigil tangan dok huluq kat polis tiap2 bulan - supaya sakit berpanjangan sebab dialah punca hari penuh senyuman aku jadi tercalar. Sungguh kau jantan kabaret. Huh aku kalau bengang memang boleh jadi evil dan pls, dont mind word yang aku nak gunakan sekarang, sebab aku sangat-sangat terasa nak melafazkannya jugak- Fcuk! yuo!

Pagi ni aku drive kereta dengan tenang dari rumah dengan adik kesayangan, yes dengan penuh semangat nak ke tempat kerja, nak settlekan banyak benda, deadlines, etc etc. Tetiba tingkap keta aku diketuk tak hingat oleh 2 orang mamat kilang yang aku tak pernah ingat ada hambik pun no tipon diorang, ataupun ada berbalas-balas jelingan mata. Memang tak pernah. Tapi..zasss..saat terpandang si lelaki yang dok membonceng tu, terus aku teringat kes keta aku dilanggar tanpa perasaan belas, pas tu dia siap pow aku balik suruh betulkan motor buruk dia tu, sedangkan aku sendiri terpaksa spend beratus nak fix balik bumper aku. Manyak cantik la muka ko...

So aku dengan tak pandang kiri kanan, terus merempit keta aku, malas nak layan. Tak puas hati, si dua ekor tu ikut aku lagi...ceh hati panas betul...adik aku muka dah nak dekat suam-suam biru sebab tak paham apa yang tengah berlaku. Bila aku berhenti sekali lagi, si jantan kabaret tu ketuk lagi pintu keta. Memang aku dah tahap naik hantu, sebab dah lah kau langgar aku, kau buat report polis plak sampai beratus hengget aku kena bayar, sekarang nak menujal-nujal keta aku plak...lu apahal...

Bila aku bukak tingkap je, aku tanya dia kau apahal? Ceh, jantan kabaret ni dengan kurang hajarnya menuju-nujukan telunjuk dia kat aku, pas tu dia cakap (style rempit cakap la, sendiri mau ingat) "Sekarang ni aku nak tanya kau, kau ingat tak aku lagi???!!" - dengan lagak ego jantan Melayu sekolah darjah 4 pun tak habis.

Allah...tetiba aku terrasional, dan otak aku ligat berfikir, dan akhirnya aku cakap dalam hati, "Motherfcuk*r, kau dahlah kerja kilang aje, aku ni perempuan profesional yang cakap ikut sense, bukan nafsu....bodoh!!!" Ya, dialog ni cuma dalam hati aje when actually what I said to him was:

"Kau nak apa lagi? Yang main tunjuk-tunjuk nii apahal? Ari tu kaula yang buat report kan? Aku kena saman pasal kau buat reportla. Habis kau nak apa lagi? Sorrylah aku malas nak layan karenah bullsh*t kau ni..bla-bla...." Gitulah lebihkurang. Pas tu aku naikkan tingkap keta dengan berlagak, langsung tak pandang muka dia lagi...dan mulut aku melafazkan satu perkataan yang kalau dia tengok betul2 lipsync aku, dia akan tau....i.b.a.b!!!! Dan diorang pun dengan tangan naik-naik macam Karam Singh Walia tak habis buat report, berlalu pergi macam i.b.a.b jugak...

Memang, mak aku pernah berpesan, duk di KL ni banyak sangat cabarannya untuk pompuan single cam aku ni. Dan kalau aku bagitau mak pasal kejadian ugut-mengugut ni, pasti dia confirm nak duduk sama dengan aku. Hwarghhh.... Tapi benda-benda macam ni sikit pun tak menjadikan aku takut atau fobia, pasal jantan Melayu (bukan statement general okay...) memang perangai cam ni. Pasal mengugut nombor satu...tapi haprak...aku paham sangat. Tapi aku malas nak ambik pot langsung on jantan melayu tak guna, yang will not gain any respect from me, at all. Tak gentleman langsung. Pow duit pompuan, ugut-ugut sambil menunjuk-nunjuk telunjuk kat pompuan...eh...pleaseeeelah....kau ingat kau sapa???

Oklah...sekadar sesi lepas gerammm.....

Note: Entry kali ini untuk bacaan 15 tahun ke atas aje. Harap maklum.

Monday, March 26, 2007

T.R.I.L.O.G.Y


Mematikan Mood
Entah kenapa, aku memang tak boleh tengok mamat yang sorang ni. Dia bukanlah pengacau, jauh sekali mengadmire aku dari jauh, cuma aku jelak dan menyampah bila dia datang. Tak siapa pun yang suruh dia berbuat apa-apa pun, tapi dia dengan rajin dan tawaduknya tetap menghantar apa yang patut untuk disiarkan. Dan aku gerammmmm je sebab lagaknya tu seolah-olah setiap bahan yang dihantar boleh diterimapakai. Memang, mood aku telah mati pagi ni. Sesia je aku pakai baju merah menyala. Tak boleh ke kau datang hari lain selain hari Isnin???


p/s: Dan aku juga lemas pada orang yang banyak main bila kita serius, dan double serius, pakcik kafe. Dia ingat style dia yang ala-ala bergurau western tu kelakar dan bagus banget, tapi kesian kat dia sebab I'M JUST NOT INTERESTED. Dedulu dia memang suku buat lawak tahapa-hapa, tapi bila aku buat muka toya dan malas nak layan, dia scan sekali imbas apa aku ambik, dan cakap harga. Kalau tak, nak diteleknya satu-satu apa yang aku ambik! Bosan tak???


Tabah
Minggu lepas, ya terasa diri ni amat kerdil dan hina dina sangat. Baru beberapa hari sebelum aku mengomel-ngomel tak puas hati tentang seseorang, dan Allah tarik pula kebahagian dirinya. Belasungkawa kepada editor aku yang baru kehilangan bayi kesayangan yang baru saja dilahirkan tak sampai 55 hari. Apalah sangat dengan hanya memandang dan alir air mata aku ni, sedangkan empunya diri menanggung gigil sakitnya ditinggalkan seseorang yang sangat istimewa - apatah lagi baru saja bertempat di hati keluarga tak sampai dua bulan pun. Di hati cuma berdoa supaya dia kuat dan tabah, sebab tak lama lagi pun dah terpaksa naik bekerja semula.

Fun In The Zoo
Mmm....tak terlambat kot nak ucapkan tahniah kepada diri sendiri, team aku dan team promotion yang berhempas pula jadi nanny kat 100 orang bebudak di Zoo Negara, lebih kurang 3 minggu lepas. Memanglah aku ni belum lagi kuat nak bergelar seorang ibu pun, sebab penatnya ke hulu ke hilir mengejar bebudak kecik menjadikan suhu marah aku naik mencanak-canak. Bukan setakat budak kecik, mak bapak budak pun degilnya bukan main. Alhamdulillah, walaupun nampaknya macam usaha yang agak remeh, tapi ramai yang datang dan memberikan response yang sangat baik.Ya, aku sangat teruja. Tahniah semua.

Tuesday, February 20, 2007

Penangan Cemburu (Nyatanya Stress Itu Boleh Membunuh!)

Aku tak sedap duduk hari ni. Lagi kerap aku baca kisah dua orang kanak-kanak malang dijerut sampai mati oleh ibu sendiri, hati aku makin menggelisah. Apa agaknya yang sedang difikirkan si ibu mangsa (di saat ini), yek? (Kan aku memang suka pakai kasut orang). Kalaupun benar laki dia main kayu tiga, hai apalah bandingan harga nyawa dua orang budak tak berdosa tu. Laki boleh dicerai-berai kalau betul dah dia tak setia, tapi anak kau tu? Lagi parah, rupa-rupanya nanti wanita tu cuma silap sangkaan, suaminya langsung tak ada hubungan dengan sesapa pun. Anak hilang, nyawa bakal tergadai di tali gantung...dan kesudahannya apa?

Prasangka melampau memang menggerunkan. Sebab tu majalah favourite aku kata, stress kalau tak ditangani dengan sempurna, boleh membunuh segala kebijaksanaan kita. Aku pernah rasa peringkat stress di fasa dewa, bila rasanya nak penggal kepala semua orang. Ya, serious, memang aku pernah rasa. Dan rasa itu tak guna dan tak bagus langsung. Aku marah dan kecewa kerana seseorang itu curang, dan solusinya aku nak penggal kepala semua orang?? Hek, apa kejadah...isy memang hina sangat tingkat minda aku masa tu!


Start kes ni, semua orang akan bertanya salah siapa. Semua tu dah tak penting bila dua nyawa dah selamat melayang. Wahai kaum hawa, tenang. Sabar. Dan sentiasa berfikir dalam tahap rasional tertinggi. Memang adakalanya perihal jantan (baca: suami, tunang, bf etc) buat kepala kita pusing, dan ada saat-saat tertentu kita rasa nak bunuh diri sendiri supaya tak payah fikir pasal dia lagi. Tapi tang kat situlah yang kita silap. Mega silap. Apa pun yang terjadi, penyelesaian pertama tetap perbincangan. Kalau dia menolak untuk berbincang, ok mulakan siasatan. Kalau hasil tangkapannya positif, ya, ajak bincang lagi. Kalau tak nak jugak, baru ambil langkah extreme..mmm...berpisah, mungkin.

Dalam Islam memang seorang wanita (isteri, ibu) harus ada tahap kesabaran tertinggi. Biar suami buat salah, sabar dulu, bincang, muhasabah diri mana yang kurang. Mungkin perubahan suami, ketidaksetiaan dia, berpunca daripada kita. Tapi kita-kita yang hari ni manalah ada masa nak bersabar. Kalau dapat tau something wrong je, startlah hati panas. Begitupun, aku boleh paham kenapa kita-kita ni jadi macam tu. Tekanan hidup. Multi tasking melampau. Kepala yang bercabang-cabang. Karenah suami, anak-anak, tak termasuk mak bapak mentua, ipar duai, masalah di pejabat, ada pulak laki orang minat, tak henti-henti sms dan call (padahal kita tak kuasa nak layan)...ohh...memang bikin kepala keep spinning tak henti.

Kalau jadi suri rumah, stressnya lebih maha hebat - rutin di rumah - memasak, membasuh, menjemur, melipat, melayan anak, bagi makan, masak..ahh...tak pernah ada noktah. Lagi pulak family susah, kena buat kerja tambahan mungkin, pagi-pagi kena bangun masak nasi lemak, goreng kuih, nanti pukul 7 pagi anak nak ke sekolah kena hulur jugak paling kurang RM2 sorang untuk taraf hidup sekarang. And the list is endless...

Sekarang paham tak? Kenapa stress wanita tu sangat melampau. Maksudnya, makhluk ciptaan Allah yang ada satu akal dan 9 nafsu ni terpaksa menanggung beban stress melebihi kapasiti. Dan si makhluk satu lagi yang ada 9 akal, dan 1 nafsu (?) fokusnya lebih pada nak cari rezeki, pada kerja, dan mereka tend to malas nak dengar benda-benda remeh yang berlaku kat rumah. Akibatnya memang isteri akan tertekan sendiri, dan di luar tahap kewarasan, tulah, apa yang terjadi pada akak yang kat Penang tu...dan mungkin banyak lagi kes yang belum dan tak direveal...

Ehhh aku banyak merepek pagi ni. Tapi repekan positif aku adalah untuk mengajak semua kaum wanita bersama-sama jayakan kempen, "Anti-Stress". Ok, kalau stress, ambik masa peribadi, pergilah spa, buat massage, urut mana yang patut. Paling kurang call memember kamcing ajak borak. Ajak anak-anak tengok vcd sekali ke, main aci-aci bukak pintu ke, dan apa sahaja yang membuatkan kita dan anak-anak happy. Asyik memerap kat umah? Dah tiba masanya untuk pergi melancong.

Tapi ini alternatif untuk wanita stress, tapi educated dan bekerjaya. Akak-akak kat kampung tu, kalau rasa stress sampai nak bunuh anak, ambik anak tu letak di pangkuan. Tengok dalam-dalam matanya. Renung ketika bergolok bergadai 9 bulan membesarkan dia dalam perut. Fikir balik, sakit fasa satu level sebelum sakaratul maut yang terpaksa dihadap masa nak muntahkan dia keluar daripada perut. Belai rambutnya.

Tidakkah itu memberi ketenangan?

Update 4: Biarkan Bahagia (Cinta) Itu

Ini topik favourite blog manusia Delly ni. Tak habis-habis. Minggu ke minggu, bulan ke bulan. Dah nak hampir setahun pun. Takde citer lain melainkan kisah bertekak, keputus-asaan, kesengsaraan, kebencian, kenegatifan yang tak bertepi. Mmm...tapi aku suka. Sebab pengajarannya bukan untuk aku saja, tapi sesiapa yang membaca blog ini ek. Aku tak kata mari, mari, ikutlah cara aku, tapi ini cuma pendapat peribadi, yang tidak songsang. Aku gerenti. Boleh pakai.

(Sebenarnya artikel ini khas ditujukan untuk seorang adik - berserta pesanan penaja - kalau hati terluka, ubati dengan cara kita sendiri dik. Siapa lagi sayang diri kita sehebat diri sendiri?)

Kekasih, ya perlu sangat-sangat dididik. Memang akar umbi hubungan berteraskan kepercayaan, trust kata omputih, tapi sesekali kalau keraguan menjengah, kita perlu siasat. Kalau setiap saat nak kena beritahu diri, wahai hati, sabarlah...mmm...percayalah, rasa hormat akan tercabut daripada diri dia. Betul, aku telah dihamun, dikecam, diugut, dikhianati kerana sikap degil dalam bercinta, dan kerana sesekali disebabkan keberanian bersuara dan edisi siasat secara terbuka - tapi in the end sekali, Alhamdulillah, aku berjaya. Aku menang. Reputasi aku tidak tercalar. Malah akhirnya menimbulkan rasa kagum dia, bagaimana akhirnya aku bertahan dalam perhubungan ini, semuanya disebabkan konsistensi dalam setiap tindakan. Dan yang penting, menjadi diri sendiri.

Dalam pada jadi kekasih paling setia, kita jangan sesekali membiarkan diri diperbodohkan. Betul, dua-dua tak boleh jadi wise, atau vice versa, dua-dua tak boleh jadi terlalu dungu dalam percintaan. Ada masanya memang kita kena overlook, kena buat tak tau, buat selamba dan cool lah kononnya, tapi jangan sampai jadi hamba cinta, sampai apa saja yang dia buat kita tutup mata. Kalau rasa perlu bersuara, ya, lantunkan semuanya dengan lantang, tapi terkawal. Dia perlu tau setiap titik yang ada dalam hati kita. Kalau dia tak mau tahu, tak suka ambil tahu, tak ingin dengar, adakah logikanya untuk meneruskan percintaan? Di mana destinasinya? Mana ngamnya?

Aduh, sekadar berkongsi pengalaman, memang aku tak selayaknya bagi nasihat pada sesiapa. Tapi di saat ini, dan beberapa bulan kebelakangan ini, walaupun terlalu banyak ujian melanda, tapi aku bahagia. Ya aku rasa sudah banyak perubahan positif yang sangat mengujakan, walaupun di fasa awal terpaksa berduka, tahan air mata, jadi pendebat terbaik - sebelum akhirnya dia akui - hidup ni tak bermakna kalau aku tiada di sisi.

Hey bukan ke kita semua impikan bahagia?

Sunday, February 18, 2007

Update 3: Adik KFC

Mengamuk-ngamuk budak yang muka cam Indian mixed tu. Berlari masuk ke KFC masa aku tengah bersantap, pas tu dia baling selipar yang dia pakai ke lantai, dan start pusing-pusing badan buat break dance sambil melalak kuat. Mak dia pun masuk, mengendong anak kecik sorang lagi yang belum pandai nak mengamuk. Tengok jenis pakaian dia, aku dah paham spesis akak ni. Betul dugaan akal aku, tak sampai 5 minit, dia keluarkan beberapa benda daripada beg plastik yang dia bawak..mmm...menjual brooch dan sepit rambut Mydin ke semua meja. Tapi yalah, sapalah yang nak beli.

Hai nak menitis air mata aku tengok budak kecik tu. Ada banyak sebab kalau budak umur 5 tahun menghempas-hempas diri cam tu. Mungkin kehendaknya tak dipenuhi. Dan apalah kehendak yang ada pada budak yang tak reti demand macam adik tu. Aku rasa dia haus. Dan mak dia tak nak belikan air, walaupun sebotol mineral. Aku yang terakhir bagi RM 2 kat akak tu, dekat genggaman dia ada la dalam RM 2 lagi. Aku tak beli apa-apa pun daripada dia. Dan aku nekad kalau budak tu keluar dari KFC sambil mengamuk tak dibelikan apa-apa, nanti aku dapatkan coke untuk dia. Nasib dia baik, lepas dapat RM 2 tadi aku tengok mak dia terus beratur kat kaunter.

Lepas 5 minit diorang duduk kat satu sudut KFC tu. Tapi still si kecik tu melalak, malah lebih kuat masa dia mula-mula masuk. Rasanya dah ada secawan air dalam genggaman dia.

Mmm....budak kecik kalau nampak ais krim....

Susah jadi seorang ibu kan, tapi wanita tu masih tabah, walaupun dalam keadaan dia yang mengemis, masih cuba nak penuhi permintaan anak dia, biarpun hasil terpaksa menghalalkan cara yang dia buat.

Dan aku, aku memang suka masukkan kaki aku dalam kasut orang lain bila sesuaatu keadaan yang sukar berlaku. Dan bila aku 'pakai' kasut akak tu, ya, memang susah kalau hidup tak berbekal pelajaran, waima SRP sekali pun, tambah pula ditinggalkan suami, atau mungkin suami tidur kat umah, atau peluk pompuan lain, dan bini terpaksa mengemis sambil bawak anak-anak kecik bersama.

Ladies, tak bersyukur lagi ke jadi diri kita?

Selalu-selalulah mengucapkan Alhamdulillah kerana kita adalah kita pada hari ni, bukan akak yang berbaju kurung selebet pemberian orang, badan berbau susu dan sibuk terpaksa ke hulu ke hilir mengusung dan mengejar anak.

Sob....sob.....

Update 2: Raya Cina

Pernah tak tetiba rasa macam terpinggir di negara sendiri? Bila paling kanan Indon, paling kiri Vietnamese, depan belakang semuanya warga asing. Aku tak pernah berada di KL kalau cuti panjang, biasanya memang balik kampung. Tapi Raya Cina tahun ni aku ada di sini, dan barulah aku tau apa perasaannya berjalan ke Pasar Seni penuh dengan orang-orang lelaki sawo matang, yang rambutnya panjang ikal, dan ada jugak dibuat rebonding. Begitu jugak rasa kusamnya hati bila terpaksa berhimpit-himpit dan bersenggol-senggolan sepanjang jalan masuk (dan juga sepanjang di dalam) KLCC. Sungguh KL ni dah 50 peratus penduduknya bukan orang kita!

Aku dan Ang menyelusuri je segenap ruang dan jalan sempit KL dengan hati yang sengal-sengal kuku. Sudah berbulan-bulan lamanya (mungkin jugak masuk bertahun) aku hanya pergi ke shopping centre, tangkap cepat-cepat apa yang aku nak dan lepas tu duduk diam-diam kat umah. Takde maknalah aku nak ke KL dengan lrt sesaknya, apatah lagi nak bersantai-santai sepanjang jalan CM tempat orang buat show free. Tapi hari ni dengan berlagaknya aku dan Ang tiba kat tempat sejarah ni.

CM dan kawasan sekitar Pudu, Bus Stand Klang memang mengimbau balik sejarah masa aku amik bas 328 Intrakota atau 222 Cityliner ke Shah Alam nak balik ITM. Sepanjang jalan CM tu pun membuatkan aku terkenang-kenang saat aku dikejar oleh mamat sakit mental yang nak pow aku RM10 sebab katanya hilang beg duit. Bila aku tak kasi, dia kejar aku dari KFC sebelah CM tulah, sampai ke bus stand Klang, diiringi oleh carut-carutan class 5. Siot betul. KFC tu sendiri satu kenangan sentimental bila aku date dengan ex tunangan for the first time. Isy isy...

Sekarang semuanya dah berubah, walaupun rangka asalnya sama dengan apa yang aku alami mungkin 6-7 tahun dulu. Hari ni aku ke sini dengan niat bersantai, sambil nak beli benda-benda merepek yang dah lama aku tak beli. Hampir-hampir nak membazir RM 50 dengan membeli beg Gucci or Guess yang (kononnya first class immitation dari Korea). Dari luar (jarak jauh) memanglah sebijik ori, tapi bila sentuh dan tengok besi2 tu dengan betul2, huh, takde makna. Tapi, hey, ingat orang kekaya je nak berbeg Gucci, Guess, Coach atau LV? Golongan marhain cam aku nak jugak. Dan ini kategori immitation yang aku mampu, at least bukanlah buatan Siam, yang belum sempat kau beli dah nampak benang jahitan terkeluar-keluar. Kira ok what.

Tapi aku tak beli jugak sebab beberapa kemungkinan yang bila aku fikirkan, aku akan jadi benci dengan diri sendiri. Yalah, macam kalau aku beli perfume Miracle Forever Lancome dengan harga RM 10 yang tahannya paling lama setengah jam. And satu botol tu aku rasa boleh pakai dalam 2 minggu. Tapi bila aku terpaksa ikat perut, tutup mata dan tahan nafas bila terpaksa keluarkan RM 260 untuk beli set original, menyesalnya 2 minit sebab aku hilang duit, tapi aku happy sesangat lepas tu kerana at least di badan aku terlekat bau yang harganya hampir RM 300, and what makes me happier, people even appreciate it. Duit...boleh cari lagi. Janji kepuasan.

So kalau aku bawak balik beg Guess yang harga RM 50 hengget ni, and later aku dapati butang silvernya tertanggal, zipnya rosak dan interior bag yang mengecewakan, aku memang tak boleh nak maafkan diri sendiri. Sebab ada baiknya aku beli beg yang sama di Isetan sebab bila sale, harganya pun boleh dapat around RM 100, dan - ORIGINAL.

Tapi, sebaliknya pun, aku tetap juga spent tak tentu hala dengan dua pasang kasut di Juke Box dan spect hitam GA Blue (tak ori) RM 15.

Mmm.....

Friday, February 16, 2007

Update 1

Beku? Lemas? Otak aku mampat dengan banyak perkara sampai hobi terhebat aku ni terpaksa dilupakan untuk beberapa ketika. Aku bakal bergelumang dengan ramai kanak-kanak riang lagi, jeritan tipon yang tak henti-henti kat meja tu bukanlah satu kebosanan, tapi kejayaan yang amat membahagiakan. Bayangkan dulu nak tunggu 5 panggilan pun cam nak mati, malahnya aku yang jadi penunggu setia tipon. Sekarang, aku bergerak setapak dah missed 5 panggilan. Itu tak termasuk sebilangan yang tak paham kerja orang opis, lepas pkl 6 pun nak call, lepas pkl 8 pun ada jugak yang call.

Sudahnya aku tak payah nak susah-susah mail to everyone nak mengumumkan anak sapa nak join event kami.

Ya, setelah sekian lama, aku memang sangat teruja. Tak mengapalah dengan keterujaan ini, aku terpaksa buat-buat sibuk dan blog kesayangan ini terpinggir.

Saturday, January 27, 2007

Isu Lelaki Lebih Muda..bla..bla

Dah dua kali aku terpandang topik ni - berboyfriendkan lelaki muda. Mulanya di majalah Remaja, kemudian topik yang sama di In Trend jugak. Wartawan majalah R pernah buka mulut tanya aku soalan bonus bonanza tu, entahlah, susah aku nak jawab sebab ada satu je kesimpulan yang aku nak bagi bila bf muda daripada kita - toya!!

Sebenarnya aku dah penat. Aku dah tak larat, aku jemu dan aku sudah mula rasa bibit-bibit bosan. Kesetiaan tak menjanjikan apa-apa kalau hati rasa tak senang. Hidup aku dilitupi kemurungan, aku kerap termenung dan aku bukan lagi Delly yang ramai kawan kenal.

Bayangkan, kalau benda kecik pun nak jadi hal, cemburu yang tak terkawal sampai mengganggu profesionalisme aku..oh tidak! Mulanya aku banyak melawan, kemudian dalam satu period aku banyak diam aje malas nak layan, dan sampai tahap sekarang aku rasa nak menjerit betul-betul kat telinga dia, "Sudahlahhhh tu!!!!!!!!!". Aku nak blah cepat-cepat dan cari ketenangan dengan cara aku sendiri.

Aku dah penat menerima dan menerima, tanpa memberi aura aku pulak. Ini semua benda bodoh, nak menangis dan rasa tak best pada benda yang tak berfaedah. Aku dah takde masa dengan semua ni. Sisa-sisa umur yang aku ada ni adalah untuk aku fokus pada usaha nak menjadi kaya dan ternama pada masa-masa yang diizinkan Allah. Aku ada masa setahun je lagi untuk jadi wanita yang completely wise,so pada masa sekarang, aku nak jadi lebih wise daripada masa akan datang.

Serious, ada masanya aku terfikir, aku nak terjun kolam renang dan pergi di balik hutan dan menjerit sekuat hati sampai hilang suara dan hilang ingatan pada manusia itu, kemudian balik umah bukak air con suhu paling rendah, selimutkan diri dan tidur nyenyak sampai tengahari esoknya. Kemudian bangun dengan a brand new aku, ok tak?

Aku nak fokus!!!

Wednesday, January 24, 2007

Ooh!!!

Mood aku sangat down hari ni, sangat-sangat terpana dengan perkara bodoh yang tak sepatutnya berlaku kepada aku lagi. Akibatnya, aku jadi wanita tak keruan, setiap sentuhan aku tak menjadi, aku marah dengan semua orang dan pergi ke event client tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada aku. Sungguhlah!

Macamana teguran yang tepat untuk diberikan kepada pekerja, daripada seorang ketua? Tentulah kita sebagai orang bawah-bawah dan marhain ni mengharapkan agar ketua menghargai kita dulu, sebelum dia memberi hentaman dan bebelan yang nyatanya kesalahan itu bukan salah aku seorang. Aku terpaku dimarahi hari ni, hanya kerana satu perkara yang telah terlepas pandang, dan orang yang hendak dipertanggungjawabkan sudah tiada. Malu pada diri sendiri kerana aku dihentam ibarat aku anak kecl darjah 2 yang terlupa buat kerja rumah, kemudian cikgu marah, dan aku terketar-ketar lutut nak menjawab. Aku benci bila dalam keadaan sepatutnya aku tidak dipersalahkan, tiba-tiba aku terpaksa menghadapinya dengan tabah.

Dan aku jadi down gila. Eh, tolonglah!

Buat kerja ni dah separuh gila dengan macam-macam jenis perubahan yang diorang nak, berkali-kali mock-up yang disubmit jugak tak pernah ada yang perasan apa yang kurang pada cover kami, tetiba setelah di pasaran nak dekat sebulan, barulah kesalahan tu divisi jelas. Barulah nak perasan. Dan aku, yang tanggungjawabnya bukan satu, bukan dua, tapi 4,5 kerja terpaksa membawa rasa bersalah tak bertanggungjawab dan prihatin dengan kesilapan yang berlaku. Oh dunia! Di manakah keadilannya!

Ya, dan bila aku buat aduan ala-ala manja pada orang tu, dia pulak kata jangan bawak masalah ofis pada dia lagi. Gila! Katanya dia dah cakap lama ini bukan tempat yang sesuai untuk berlama-lamaan tapi aku masih syok dengan lerja-kerja di sini. Jadi dia dah malas nak dengar apa-apa bebelan bodoh lagi. Sebab aku tak pernah nak buat keputusan.

Keputusan memang senang nak buat. Dua saat. Tapi kerja, senang ke nak dapat? Benci!!!

Tuesday, January 23, 2007

Sebelum Angka Itu

Dengan bangganya, nak bagi tau semua orang yang aku telahpun memasuki satu fasa bahaya bagi golongan wanita yang masih single pada tahap ini - menghampiri angka 3 + 0. Tak sangka, dah 29 tahun mak aku membesarkan aku, dan dah 29 tahun jugak aku bernafas dan menghirup udara segar yang Allah bagi tak henti-henti. Alhamdulillah, kerana aku masih berpeluang untuk melihat dunia, lihat ibu bapa aku, tengok anak-anak buah membesar, dan memerhatikan senario diri sendiri yang masih merangkap hendak ke tahap yang aku inginkan.

Tahun lepas dalam sejarah, ya aku dikejutkan dengan berita yang rupanya aku antara golongan kurang sihat di Malaysia. Dan kerana berita itu jugak maka aku tekad pergi ke gym dan ikut senaman yang tak pernah aku sangka-sangka akan ikut dengan penuh istiqamah sekali. Sebelum-sebelumnya aku ditinggalkan cinta (sejati) kononnya, dan mengalami keperitan menerima hakikat a.k.a mangsa politik syarikat. Banyak sungguh berita pedih, yang sebenarnya langsung tak mematahkan semangat aku walau seinci pun, malah aku jadi manusia kuat yang unpredictable.

Tahun ni, aku ada agenda sendiri. Selain daripada hendak sihat semula of course, aku mula membuka mata dan minda untuk menjadi sesuatu yang lain. Dah terlalu lama aku menjadi diri aku yang macam ni aje, sedangkan ada yang sebaya aku dah berlagak dengan kereta-kereta menjalar sehebat Mercedes Sports. Apa yang menyebabkan diorang hebat sangat? Dan apa kurangnya aku? Aku tak masuk universiti ke? Aku tak reti berkomunikasi ke? Tak, semua tu tak betul. Semua yang ada pada diri diorang, ada jugak pada diri aku. Malah mungkin lagi tanpa aku sedari. Cuma bila aku nak gunakan talent tu?

Selebihnya aku berharap agar tahun ini Allah akan melimpahi aku dengan lebih cahaya keinsafan, cahaya kebenaran dan kepositifan agar aku dapat melakukan segala apa yang aku nak dengan senang hati, dan berjaya mencapai matlamatnya.

Thursday, January 18, 2007

Showcase Akon

Oklah, aku pun dah lama tak mencucuk langit, sebagai peminat setia Akon yang tapi tak berapa nak hafal lirik lagu-lagu dia, aku antara ribuan warga putih, hitam, sawo matang, albino dan colourless yang menyaksikan showcase akon kat Ruums club, Isnin hari tu. Walaupun ketingggian aku yang minimum ni telah menyebabkan pandangan aku terhalang, tapi getaran showcase ni sangat kuat, Akon ada auranya sendiri yang sangat memikat. Begitu lively, dua jam rasa macam berlalu macam tu je, but I had a complete fun. Kena julang dengan peminat pun dia maintain nyanyi. Sambil kena tarik dengan security pun si Senegalese maintain nyanyi lagi. Ada satu lagu je yang aku hafal penuh, Lonely dan bila lagu tu dinyanyikan, rasa macam Akon membisikkannya kat aku, isy!!!

Oh ya, aku sangat termotivasi dan diinspired oleh diri sendiri dan juga Eph lately. Susah kalau selamanya berada di takuk sekarang. Pagi ni, dalam sampul surat yang dikirim Shu Mei, ada proposal sebuah filem yang sangat menusuk kalbu aku, sebagai insan yang masih banyak kelemahan, tetapi bermotivasi tinggi dan bercita-cita umpama raja. The Pursuit of Happyness, begitulah tajuk filem tu yang akan dilead oleh Will Smith dan anak betulnya yang kiut-miut, Jaden Smith. Tak taulah ngape Happyness dieja sebegitu rupa, tapi yang pasti trailer filem ni telah menyebabkan aku mengalirkan air mata selama seminit - dan aku termenung 10 minit memikirkan apa yang Will Smith kata pada anak dia:

"Don't ever let somebody tell you, you can't do something...you got a dream, you gotta protect it...if you want something, go get it. Period."

Malam sebelumnya aku dan Eph membincangkan benda yang sama. Yalah walaupun dia ni selalu menaikkan tekanan darah aku dengan perangai yang entah apa-apa, juga apasal aku asyik terima dia balik walaupun dah gaduh beribu-ribu kali, tapi setiap kali bincang pasal kerja, pasal masa depan, yes, he's the best. Still the best and always the best.

Aku tengok diri aku, dan aku terpandangkan sesuatu. Vision diri. Ke mana aku selepas ni? Takkan selamanya kat meja ni kot? Aku tau apa yang aku buat, aku ada product knowledge yang sempurna, aku ada kaki tangan yang perfect untuk melaksanakan setiap hasrat aku, jadi what's holding me up? Aku ada 6 tahun lagi untuk berada di tangga 35 dalam segi umur, dan by that time, pastikah yang aku akan jadi sesuatu?

Mm....sesuatu itu....memang sesuatulah!

Tuesday, January 09, 2007

Cemburukah Aku?

Ada dua perkara yang akan berlaku jika ex-boyfie menelefon aku - gembira dan CEMBURU. Gembira sebab setelah sekian lama, dapat jugak mendengar suaranya yang ala-ala macho tu, dan aku tambah suka bila dia akan sebut perkataan-perkataan yang we used to zaman-zaman bercinta dulu. The second thing, rasa sengal-sengal ulu hati bila dia sebut "me and my girlfriend". Uhuk...uhuk....kau dah ada girlfriend baru? Waaaa......kenapa kau bagitau aku! Walaupun pada zahirnya aku ucapkan tahniah dan gelak-gelak besar kononnya happy, tapi lepas aku letak telefon, aku tanya diri sendiri, kenapa tiba-tiba senyap? Kenapa hati aku tak happy macam yang mulut kata? Aku rasa tergugat. Ya, terjejas. Hakikatnya, kami sudah lama tidak bersama tapi aku berperasaan negatif.

Cemburukah aku?

G sudah berpunya. Di hatinya, sudah ada orang baru menggantikan aku. Dan, dia orang Melayu! Camnelah sebesar-besar Tokyo tu kau boleh jumpa dengan orang Melayu jugak! Kenapa Melayu? Entahlah. Aku rasa kalau dia bagitau aku yang aweknya Jepun aku mungkin tak kisah, tapi bila dia menyebut Aishah, aku mula tak keruan. Eh, gila apa ni? Cik Delly...awak pun dah ada bf baru, apalah nak diherankan kalau G pun bertemu dengan kekasih hati baru. Dia pun manusia biasa juga. Mmm...entahlah. Jangan-jangan aku ni masih mengharap pada sesuatu yang tak pasti. Ah, hati! Antara aku dan G terlampau banyak kenangan, dan manisnya semua memori tu masih terbawa-bawa dalam mimpi aku setiap malam. Mungkin sebab tu aku masih tak dapat lupakan dia.

Kerja. Program diet. Diet semakin bagus, dan prestasi kerja makin mendukacitakan. Tak taulah apa yang aku inginkan. Rasanya satu anjakan paradigma sangat diperlukan sekarang. Help!! Aku nak sesuatu yang baru. Aku makin tidak teruja, tak bersemangat, hilang kualiti, hilang daya kepimpinan, kabur fokus dan paling sarat penyakit emosi. Tidak, aku bukan Delly lagi! Delly dulu sangat energetic, buat keputusan on the spot, sangat pasti dan determined. Entah ke mana hilangnya semangat keperwiraan aku. Dihenyak oleh pelbagai problemo office yang tak habis-habis. Tak, bukan office yang ada problem. Politically correct semua kat sini. Aku yang ada problem. Problem terpaksa menerima situasi yang aku tak redha. Tapi apalah nak dikatakan lagi? Siapalah yang sudi hulur RM 2,3 k setiap bulan untuk support loan yang berlambak selain nak kena maintain life style moden kat KL ni?

Yang aku teruskan dengan positif adalah program diet aku, pengurangan gula dan lemak!

Friday, January 05, 2007

Realitinya TV

Tak semua orang boleh buat pengakuan berani dalam tv. Tapi apa yang aku dengar malam Rabu hari tu memang begitu mengejutkan. Betapa bebudak muda kita hari ni, begitu beraninya, dan advancenya, dalam bebenda yang mungkin kita orang dewasa pun tak terfikir. Sebalik Malam, yang dulunya aku ingat expose kisah pondan-pondan je, rupanya lebih daripada tu. Cuma pengacaranya je yang aku rasa kurang sesuai, lain-lain pendedahan dan objektif program ni adalah disokong. :). 100 peratus.

Malam Rabu tu diorang dedahl pasal parti liar remaja di malam tahun baru. Ada beberapa orang budak Melayu yang diinterview, dengan tak tahu malunya mengaku ambik dadah, ambik ecstasy dan dipengaruhi arak pada malam parti liar - "party like animals" - as what they define it. Ada sorang dua yang mengaku mak bapak dia tak ambik peduli, orang business yang sibuk bekerja dan tak menghiraukan anak-anak - so keputusan mudah yang diorang ambik, "Marilah kita berparty sebab mak bapak kita tak ada masa dengan kita!".

Kemuncaknya adalah panggilan daripada seorang caller remaja wanita (Melayu jugak) yang begitu mengujakan. Katanya, satu malam dia dan abang dia merancang satu parti liar di rumah bila parents ke overseas untuk urusan kerja. Malam tu mereka mabuk-mabuk merepek, lepas tu adakan satu game, lampu ditutup, bilik bergelap, lari-lari cari pasangan dan......yes u know what I mean. Memang liar tahap dewa parti ni.

Dalam pada dia bercerita dengan nada ceria, tetiba je suara bertukar sendu bila dia kata, dalam game liar tu, rupa-rupanya pasangan 'gelap' dia adalah abang dia sendiri! Kata budak pompuan ni lagi, yang aku agak dalam umur 17-18 tahun, dia tak kisah kalau main ngan orang lain, tapi sebab dah ter"tut" dengan abang sendiri maka dia berasa amat kesal. Tetiba meleleh-leleh air mata bagitau pengacara tv tu yang dia takde tempat nak mengadu etc etc..bla..bla...

Mmmm...heran kenapa selalu bebudak ari ni suka sangat menyalahkan mak bapa kalau diorang rasa diorang tu hampeh dan tak berguna. Aku tak kata parents aku orang business besar-besar atau korporat, tapi masa aku remaja dulu, mak bapak aku yang dari kampung pun sibuk bekerja, yang ada masanya aku jumpa diorang sebelah malam je. Tapi nilai yang telah diterapkan pada aku dulu, oleh parents aku, yang kita kena pandai bawak arah tuju sendiri. Tak ada mak bapak yang tak bekalkan ilmu agama yang cukup pada anak-anaknya. Tapi macamana anak-anak tu nak make use of the knowledge, and be wise.

Ya, aku tahu dulu aku bukan anak orang senang, jadi bila mak bapak aku terpaksa bekerja, aku di rumah pulak buat kerja aku. Belajar rajin-rajin, jaga rumah. Idea-idea untuk berparti liar ni bukannya tak ada di zaman aku dulu, ada, malah mungkin hebat lagi dek pengaruh bebudak Cina dan India juga, tapi buat tak tau dan kawal diri. Kalau tak pandai kawal nafsu, ha, begitu serakahlah jadinya.

Apa yang aku paham daripada panggilan telefon tu, bukanlah pengakuan nak insaf, sebaliknya risau kerana dah terlanjur dengan abang sendiri. Dia sendiri kata, kalau dengan orang lain tak kisah, tapi ni abang sendiri.

Kalau nak berubah, kita mesti dengar nasihat orang di sekeliling kita, bukan tambah kusutkan fikiran dengan statement bertalu-talu seperti, "Tapi pada siapa saya nak mengadu?".

Thursday, January 04, 2007

Fenomena Kegilaan!

Ya, aku mulakan tahun baru dengan beberapa kegilaan - bersenam tak berhenti, langsung tak makan nasi dan minum air masak sampai tekak rasa pahit betul. Semuanya sebab pengesahan doktor terhadap apa yang aku deritai sekarang, dan sedikit kesedaran diri sendiri tentang peri pentingnya jaga kesihatan tubuh badan. Rasa tak percaya yang aku akan diserang penyakit keturunan di usia 29, tapi di sebaliknya amat bersyukur sebab akhirnya aku realize betapa bagusnya meninggalkan makanan berat-berat dan berkandungan gula maksimum, sebab badan akan rasa ringan, tidur lebih nyenyak tak terganggu dan paling penting, emosi aku sudah sangat terkawal (takde lagi gaduh-gaduh merepek dengan balak macam budak tingkatan dua).

Yes, I'm turning 29 very soon, dan berasa sangat lapang hati dan gembira sebab budak-budak yang berusia 22-23 tahun masih 'beraku-engkau' dengan aku, sebab rasanya they feel like 'kita sebaya'. Ha..ha...akak suka!

Dah takde keboringan melanda sebab aku akan menghabiskan weekend aku dengan aktiviti berfaedah, seperti berjogging. Disebabkan kekerapan berjogging minggu lepas, adalah pulak sorang makcik ni yang berkenan sangat dengan aku. Dipendekkan citer kita pun berkenalan dan jadi rapat pulak. Memula oklah, aku pun fikir seronok kalau ada member jogging sama-sama. Tapi kekerapan dia call aku menyebabkan aku jadi rimas dan risau pulak. Rimas sebab dia selalu nak jumpa, walaupun aku cakap aku sibuk. Risau sebab tetiba aku terfikir, apasal dia suka sangat dengan aku? Padahal bukan aku sorang anak dara yang berjogging kat park tu.

Dan semakin risau bila dia dah berani cerita kisah suami dia yang kaki pukul, selalu tak balik rumah dan sering panas baran. Plus, seorang pencemburu buta dan tak beri kebebasan langsung untuk akak ni keluar rumah. Ya, aku sangat risau. Aku memang seorang pendengar yang baik, tapi bila kerap sangat mendengar benda yang sama, telinga aku jadi tepu dan tak ada apa yang boleh aku cakap, sebab nak menasihat pun memang aku tak pandai, dan sesuai (?).

Takpelah, mungkin ada hikmahnya bertemu dengan makcik tu. Buat masa ni, layankan ajelah.

Tak ada banyak yang berubah tahun baru ni, cuma aku mengharapkan yang terbaik untuk diri aku. Semuanya untuk diri sendiri. Tak ada yang lebih indah daripada melihat kejayaan diri sendiri. Dan, yes, aku dan Eph masih bersama, kerana aku telah memaafkan apa yang berlaku, dan menurut apa katanya, berilah dia peluang kedua untuk membuktikan cintanya setia. Pada aku setiap manusia perlu diberi peluang membetulkan kesilapan, kalau betul itu satu kekhilafan yang dia tak sengajakan. Tapi aku benci manusia yang buat salah dan tak berhati-hati sehingga benda tu bocor kerana kebodohan diri sendiri. Be a professional, yalah, nak jadi jahat pun kenalah wise. Tapi siapa yang buat jahat di belakang aku tak akan merasa bahagia seumur hidup, kerana aku percaya Allah itu Maha Adil, nasib seorang kekasih sesetia aku pasti akan terbela.

Selamat tinggal 2006, hello 2007!

Sunday, December 24, 2006

Dalam Darah Itu...

Kerap buang air kecil dan rasa sakit lepas buang air kecil - simptom-simptom ni telah menggerakkan aku ke klinik walaupun aku adalah manusia paling benci jumpa doktor kalau tak pasal sakit yang serius. Aku anti sakit - sebab bila aku sakit aku akan teringatkan mak, dan mulalah emosional tak tentu pasal. Mak aje yang tau macamana nak jaga aku kalau aku tak sihat. Tapi mak tak ada dengan aku sekarang. Tu yang bila tetiba demam, aku rasa macam nak meraung!

Tapi aku bukan demam, bukan apa, doktor kata dalam darah aku ada glukos- yang faktanya taklah memeranjatkan aku sangat sebab aku datang daripada keturunan ratu gula. Mak aku penderita diabetes tahap hard core. Tapi tergamam jugak - betul ke? Allah, aku belum sempat kawin, baru nak masuk 29 bulan Januari depan (baru? :p) dan sebenarnya belum sangka (mungkin aku akan dapat juga tapi bukan sekarang), sebab minat aku pada makanan bergula adalah sangat minimum. Dr kata tak dapat nak buat ujian darah sekarang sebab masa tu aku tak puasa, dah mencekik biskut pagi-pagi buta. So aku akan dapat confirmkan semuanya selasa depan lepas Krismas.

Tapi kalaupun positif, aku akan pasrah dan mulakan gaya hidup sihat dengan semangat yang membara. Apapun yang berlaku takkan menyebabkan semangat aku rapuh. Aku baca diari pesakit majalah Rapi isu Januari, ada akak ni dah menghidap diabetes sejak umur dia 26! Lagilah pulak, dia masa tu sihat, berat tak berlebihan, tak makan manis langsung! Tapi yang dia tau, satu hari masa tengah memandu, mata dia tiba-tiba jadi kabur dan jatuh pengsan. Dia pun datang daripada keluarga diabetes.

Setakat ni aku masih boleh memandu dengan stabil lagi, tanpa rasa kabur, walaupun dalam hujan lebat. Tapi taktaulah, sebab penyakit ni kan menyerang tetiba je...

Monday, December 18, 2006

Checklah Hpon Suami/ Tunang/ Bf Anda!

Dulu aku selalu fikir yang it is really a bad idea to check on ur guy's phone. Privacy orang, kononnya. Tapi semalam aku amat yakin, mengecheck henpon orang yang tersayang adalah perbuatan paling mulia, if u want to safeguard your relationship. Apa yang kita dengar, atau tengok kat tv, semua benda tu memang betul, it really hurts to know that u've been cheated by somebody u love so much.

Just to share with all, lelaki penipu biasanya memang licik, memang nampak baik dan penyayang di depan kita, tapi di belakang dia bermain kata dan berdusta dengan pompuan lain. Trust me. Aku tak kata aku percaya 100 peratus apa yang dia kata, tapi since kalau dah suka kat seseorang, kita mestilah trust dia, betul tak? Semuanya nampak smooth sampailah on saturday morning aku nampak sms yang dia send tak didelete lagi, berbunyi, "Baby, wait, I will come today ok". Lepas tu boleh nak merepek cakap yang bukan-bukan. Hey tolonglah, aku ni bukan budak belasahan yang tak paham apa-apa.

Masih cool lagi, semalam aku nekad nak check apa sebenarnya yang ada lagi dalam inbox dia. Terketar-ketar tangan aku sambil pegang henpon tu, rasa macam tak percaya yang aku sekarang adalah pelakon drama-drama tv yang pernah aku tengok. Sah, aku dah terkena. Dia bermain kata cinta dengan perempuan lain yang sengaja tak distore namanya. Selain sms aku, sms perempuan tulah yang banyak dalam henpon dia. Dan dalam outbox pulak, dia reply "i love u" kat perempuan tu lebih banyak daripada yang dia send kat aku. Apa alasan lagi yang dia nak bagi? Kalau perempuan lain mendapat layanan sebaik yang diberi pada aku, buat apalah lagi aku di sisi? Soalan bodoh yang keluar daripada mulut dia, kenapa aku check henpon dia? Aku jawab, then why did u chat on my id???

Aku pun, dengan menggeleng kepala dan ketawa pada kebodohan diri sendiri, hanya berlalu pergi. Pedih, terlalu pedih. Hati aku sakit. Kepala aku berdenyut-denyut. Tangan aku sampai ke malam terketar-ketar - tak taulah, menahan marah ke, geram ke, dan macam2 perasaan lain yang tak terkategori. Saat paling tak berguna adalah apabila aku rasa diperbodoh-bodohkan. Itu memang pantang besar. Memang, I cried a river. Heart-broken. Tapi cuma semalam. Hari ni pagi aku bangun sambil tersenyum lebar, bersyukur Allah masih bagi aku peluang bernafas, dan aku bertekad bahawa hari ini adalah hari baru aku, untuk berjumpa dengan orang baru, dan semangat baru.

Aku masih kuat, dan aku ada kawan-kawan yang sentiasa support aku dari belakang untuk kekecewaan yang actually diorang dah jangkakan. Malah g kata lelaki yang ada sampai 3-4 handphones bukanlah orang yang baik. Which is true. He is wise in everything he says. Kata g, jangan langsung ingat pasal dia, buat-buat sibuk, bersosial dan ingat, tak ada orang yang sayang diri kita melebihi diri kita sendiri. Ang kata aku seorang survivor, aku boleh. Suzie said it is now, or never. And aznor*a said, forget him, cari orang kita. Brain J cakap that I should give more time to myself. ;p

Ya semalam aku rasa sangat bangga menjadi diri aku, sewaktu meninggalkan dia tak setitik pun air mata tumpah, dan aku sangat tenang!

Thursday, December 14, 2006

Kisah Toilet Nan Satu

Orang tua-tua kata, biar orang buat jahat pada kita camne sekalipun, tapi kita jangan buat jahat dengan orang. Mak aku pun selalu pesan cam tu. Dan aku pun bukan kaki tak pasal-pasal nak mendengki. Kalau takde sebab yang paling munasabah, takkan mungkin aku tak suka pada seseorang.

Ya, ada makhluk dalam office ni telah mengundang kemeluatan dan kebencian aku tahap maksimum. Aku memang veryyyyyy rare nak benci orang, tapi hari ni aku telah menjadi seorang pembenci. Puncanya dari semalam lagi, dan hari ni menguatkan lagi hujah-hujah aku untuk menyampahi dia. Aku tak tau siapa dia, dia langsung tak masuk dalam kategori kawan-kawan aku, tapi perangai dia yang macam cipan ayam tu memang kalau tak ditegur, akan jadi kuman Coxsakie yang menular-nular.

Semalam aku jumpa dia di tempat orang nak jual minuman ringan, aku pun ringan-ringankanlah mulut tanya something pasal air tu, memula dia jawab, pas tu the second question dia pandang muka aku, dia pandang air tu, pas tu langsung tak cakap apa-apa. I was like...hellllloooo???? Aku tanya kau soalan pasal regim Israel ke, atau berapa banyak emas Malaysia dah dapat kat DOHA sekarang yang sampai kau tak boleh jawab tu??? Pas tu, terus takde minat aku nak beli air tu lagi, aku gi kat keta balik and drove away. Cam babs!!

Hari ni, kalau tak disebabkan aku tau tempat ni namanya office, tempat aku cari rezeki, memang budak tu dah makan penampar free-free je aku kasi. Ok, bayangkanlah korang di tempat aku. Korang dalam bilik air, tetiba ada makhluk ketuk pintu dengan kuat "tok, tok, tok" tanya ada orang tak kat dalam, padahal awal-awal kalam tadi dia dah cuba bukak dan dia tahu toilet berkunci dari dalam. WTF! Takpe, aku sabar lagi. Walaupun aku tak habis buat lagi apa yang sepatutnya aku habiskan, aku cepat-cepat siap. Dalam hati, manalah tau kot-kot yang keluar tu adalah ibu-ibu mengandung yang dah tak tahan lagi berdiri lama. Kesian pulak.

Tapi bila aku keluar, jam-jam tu jugak aku rasa nak masuk balik toilet tu, sebab yang aku tengok adalah siapa? Tak lain dan tak bukan wajah si minah sengal otot muka semalam!! Memang panas hati aku, sebab masa aku melangkah keluar pun mulut dia ada mengomel something. Muka cantik tapi perangai sededap-dedapnya daun! Weh, ini bukan rumah sewa kau, yang sampai 10 orang duduk pas tu semua nak guna toilet at the same time sampai kau nak ketuk-ketuk. Toilet lain berlambak la, kalau yang ni occupied, persilakanlah diri ke tempat lain. Awat buruk sangat attitude kau ni??

Itu memang toilet favourite aku jugak, dan normallah kalau setiap kali aku pergi toilet tu mesti ada orang. Tapi aku tak pernah sedetik pun terfikir nak ketuk, sebab perbuatan tu pada aku terlampau cheap, nampak tak kreatif, buruk perangai dan macam-macam lagi. Eh tolonglah, setiap penjuru office ni kan ada toilet yang kau gi ketuk tu apa kejadahnya???

Kengkadang memang tak paham mentaliti bebudak mentah ari ni. Nama pun mentah!!

Tuesday, December 12, 2006

Update Diri

Hai....lama sangat tak berblog, rasa macam dah hilang skill menulis plak. Minggu lepas dan minggu ni banyak sangat perkara yang berlaku, nak menaip pun tak sempat - bukan kata blog, menaip bahan kerja pun terkial-kial. Aku kehausan mood dan hilang semangat - entah ke mana-mana perginya. Tiba-tiba aku rasa macam semuanya tak kena. Hari tu Ang datang dari Kelantan bawak semangat semula pada aku, rasa jadi manusia normal balik -setelah nak dekat dua tahun duk macam makhluk terpinggir.

Lepas empat hari, malam dia nak balik, aku jadi manusia paling sentimental dalam dunia, tetiba plak sebak tak menentu. Minggu ni dia datang balik untuk interview kerja, besok dah nak balik naik flight. Sebut pasal KLIA ni adakalanya boleh mendatangkan aura sawan pada aku, macam terbayang-bayang plak kejadian 5 bulan lepas bila aku see off makhluk tu untuk kali yang terakhir. Dah 5 bulan ek?

Bahagia ke aku sekarang? Ok kot...adalah manusia yang sudi nak prihatin tentang hidup aku, kekononnya sudi nak mencintai aku, dan menjadi cipan jealous terlampau bila dapat tau benda-benda negatif pasal aku. Sebenarnya lagi dia jealous, lagi dalam hati aku menggeletis kesukaan. Mmm...Suz*ie tau kot sapa makhluk tu...bermula cuma sebagai teman biasa, teman luar biasa dan sekarang dah mesra la. Atas nasihat kawan aku ni jugak, maka aku ambik keputusan untuk declare istilah 'itu' dengan dia, walaupun di pihak dia dah lama dah dia buat perisytiharan tu. Yalah, memang seronok disayangi dan dimesrai. Kita jadi lebih fokus, lebih ceria, lebih positif (?). Entahlah.

Tapi saat bergaduh memang paling membuatkan aku meluat - masing-masing akan jadi macam bebudak umur 5 tahun yang kata "kaulah, kaulah, kaulah yang buat, kaulah yang salah!". Serious!! Bila dah baik, tetiba romantisnya mengalahkan Aziz Satar dengan isteri baru dia. Seronoknya bergaduh bila waktu nak berbaik, bila waktu dia memujuk. Allah...rasa nak runtuh langit dan kembang-kembang telinga dengar pujian dan ungkapan maaf-maaf! Tapi tulah C.I.N.T.A...mmmm semua orang dok sibuk tengok pilem ni, aku tak tengok-tengok lagi. Semua pun nak bagi komen berbaur-baur dialog filem Cinta jugak...ha..ha...

Parents aku akan berangkat ke tanah suci Makkah minggu depan, meninggalkan anak durhaka depa ni, tapi aku mendoakan semuanya yang terbaik. Bila aku tengok balik diri aku, aku pasti belum dapat membahagiakan diorang buat masa ni, dalam masa setahun atau 2 tahun lagi. Lagi 3 tahun aku tak tau. Aku tak stabil, physically, financially, mentally - dan aku sentiasa berjiwa kacau. Aku rasa mak aku dah naik letih nak berubat siti situ sana sini, tetap aku jadi manusia yang nyanyi lagu tu jugak.

Tapi message yang aku nak diorang tau, walaupun aku anak yang tak sempurna, tapi aku sayang dan kasihkan diorang sangat, sangat, sangat - melebihi sesapa pun dalam dunia ni. Kalau org tanya siapa lelaki yang bertakhta di hati aku, jawapannya tetap ayah aku. Kalau ada yang gatal mulut tanya sapa pompuan yang paling aku sayangi, automatically jawapan dia mak aku. Walaupun mak aku adalah pengkritik keras nombor satu, pengkomen yang konsisten, dan peguam yang hebat bermain kata-kata, mak aku tetap da bomb.

Kerja aku bertambah ok, aku rasa bahagia, ya, stabil, dan seronok. Cuma elemen malas tu kadang-kadang sangat kuat, bila tetiba self esteem aku jadi low dan aku hilang tumpuan - startlah nak datang lambat, nak amik dua jam, nak meraban sana sini, tapi aku fokus. So tak yah risaulah kak CT ek, aku memang fokus dengan apa yang aku buat. Cuma abaikan ajelah sikit-sikit sifat-sifat mazmumah tu :).



Monday, November 27, 2006

Sekeping Surat

I shouldn't be writing or telling anybody about this, but since this is a medan selera for delly, suka hati akulah apa yang aku nak tulis. Oklah, bukan nak rasa kecik hati ke, sakit hati ke, apa ke, cuma meluahkan rasa yang terbuku di hati. Aku tak tanya kenapa aku yang terpilih, atau kenapakah nasib aku yang macam ni, tidak. Tapi kenapalah surat macam ni yang dikeluarkan.

Aku dapat surat menyatakan penurunan jawatan dan skim, disebabkan prestasi yang mendukacitakan, sehingga menyebabkan majalah aku terpaksa ditutup selama dua bulan. Disebabkan itu aku diturunkan pangkat dan dicampak ke majalah for teenage girls yang ala muslimah cum liberal entah apa-apa dan aku didoakan semoga maju jaya. Yeah rite! And at the same moment jugak diserahkan surat tahniah kerana ke ebaca, setelah 'menilai kebolehan dan bakat' yang ada pada diri aku. Eh, eh best kan....

Aku tak paham langsung apakah objektif di sebalik kedua-dua jenis surat yang aku dapat ni, dan lepas baca tu, aku hanya mampu gelak kuat-kuat ajelah. Macam tak percaya aku telah diisytihar gagal dengan percubaan selama dua tahun. Sahaja. Tak payahlah cakap apa yang team kami dah buat, biarlah aku anggap semua tu macam kitorang syok sendiri ajelah, sebab mereka takkan pernah nampak atau sengaja buat tak nampak apa yang dah kami usahakan. Ok, korang yang nak konsep macam tu macam ni, kami di sini hanya pelaksana sahaja, and in the end orang yang dilihat bersalah dan bertanggungjawab adalah aku. Oh, terima kasih banyak!

So editor-editor lain yang juga gagal, i mean dalam prestasi mereka, terus bertapak di tempat masing-masing dan tidak menerima nasib seperti aku...okay mungkin kerana mereka otai, orang lama, veteran, dan seharusnya tidak perlu ada apa-apa yang berlaku.


Ini bukan luahan tak puas hati, aku seorang yang sangat positif, sangat-sangat, and nobody ever can let me down. Apapun yang terjadi pada diri aku, I always strongly believe that I will survive. Ini cuma panahan rasa kesal terhadap mistreat diorang terhadap insan seperti aku. Tak ada ketelusan, tak ada penjelasan, tiba-tiba dengan sekeping surat diorang judge aku sebagai seseorang yang tidak mencapai ekspektasi.

Sepanjang hidup aku tak pernah dihumiliate dengan news seperti ini, masa aku jadi student mak dan ayah aku selalu dikejutkan dengan berita-berita manis kejayaan aku. Tiap kali dapat result periksa, aku akan jerit kuat-kuat dalam public phone kerana kegembiraan. Tapi kali ni kalau aku tunjukkan surat ni pada diorang, nampak sangat aku banyak main dan tak perform dalam kerja. Nanti balik-balik mak akan rewind kisah lama - "tulah dulu dapat kerja gomen tak nak pegi, tak nak tinggalkan kl tuh!". Memulangkan paku buah keras...

Banyak impactnya...dengan hanya sekeping surat penurunan jawatan...Memang semalam aku terlampau kecewa, surat2 tu pun aku balingkan aje atas meja, tapi aku sentiasa percaya yang roda berpusing takkan selalu di bawah, mungkin ini titik tolak untuk kejayaan lebih besar.

Slowly aku ambik balik surat2 tu, lipat elok-elok dan simpan dalam laci paling bawah. Itulah kali terakhir aku nak tengok surat tu, lepas ni aku tak mungkin akan buka dan baca semula....

Tentang Seseorang

Bersendirian ada kalanya boleh membuatkan kita tenang, dan slowly dapat berfikir dengan rasional. Aku jarang bersendiri, yalah, memang bersendiri lepas balik kerja, tapi kalau dah tiba rumah aku dah sibuk membasuh, tengok tv, pilih baju apa nak pakai besok, jadi malas nak fikir sangat pasal apa-apa pun. Sabtu dan Ahad ni memang aku tak ada aktiviti social, jadi aku meluangkan masa termenung di rumah.

Selain daripada kisah hidup aku sendiri, aku jugak suka tengok kisah hidup orang lain untuk dijadikan panduan dan sempadan hidup. Ada satu perkara yang bermain dalam kepala aku, tentang seseorang. Seorang sahabat rapat yang memang dah sekian lama aku cuba nak hubungi, tapi nombor-nombornya semua tak boleh pakai. Tetiba rasa sedih menerpa, sebab masa dia baru-baru kawin dia pernah telefon aku nak pinjam duit. Tapi pasal aku pun tengah sengkek masa tu, maka aku betul-betul tak dapat nak tolong dia. Dan dia betul-betul nak pakai duit sampai sanggup terima berapa aje yang aku ada. Masalahnya memang masa tu aku takde, sebab aku masih ingat, masa dia called tu pun aku baru lari balik dari office masa lunch hour semata-mata nak makan maggi kat umah. Tu kisah 2 tahun lepas lah.

Tahun ni tetiba aku teringatkan dia, dan aku cuba nak call dia, nak tau jugak what’s up dengan dia lepas kawin. Yang aku tau, dia terima berita malang lepas tu, sebab dia keguguran. Kat mana kau sekarang ek? Tetiba kalaulah keajaiban berlaku, kau terbaca blog aku ni, macamlah jugak suz*ie boleh terjumpa blog yang aku sorok ni sekian lama, maka contactlah aku ek. Dulu-dulu memang aku kurang terfikir pasal semangat setia kawan. Sekarang kalau aku takde duit pun, at least aku boleh belikan apa-apa yang kau perlu dengan kad kredit. Jual handphone pun aku takde hal. Dulu-dulu memanglah sayang handphone bukan main, sebab nanti boyfriend marah. Ha..ha..bodoh betul…sekarang suka hati akulah nak off phone sebulan pun…siapalah nak memantau…

Aku cuma nak berkhidmat pada kawan-kawan lama yang memerlukan. Sebab kisah sahabat aku ni, semenjak di zaman kolej lagi, memang sangat tragis, dan dia selalu jadi mangsa lecture aku ngan suz*ie. Daripada aspek pemilihan boyfriend yang selalu tak tepat, dan masalah keluarga yang tak habis-habis, dan keadaan diri dia yang kadangkala agak naïve dalam hidup. Tapi yang besntya, dalam lembut-lembut alang tu, dia sebenarnya tegar dan kuat, hati dia very strong. Aku tabik jugak dengan dia. Tak kira, kat mana-mana pun dia belasah je bekerja. Tapi tak pernah kekal la, kejap siti situ sana sini. Macam biskut.

Ada sekali dia mengejutkan aku, bila mak dia call tanya sama ada dia ada ikut aku balik kampung. Dia pedajalkan mak dia lah tu. Yang aku ni tercengang-cengang tak tau apa. Nasib baik suz*ie was fast, dia called aku cakap yang mak di*die nak call, dan tolong cakap budak tu memang ada ikut aku balik kampung. Dah sah kes dia lari rumah. Terpaksalah bohong sunat demi nak menyelamatkan member.

Bila aku called dia, dia entah kat mana-mana. Masa tu tengah syok bercinta dengan orang Singapore. Selamba je cakap dia ok, nanti dia balik la. Tapi aku pesan satu je, macamana pun mak ko buat kau, tapi dia tengah risau dan menangis, jadi janganlah tambahkan risau dia lagi. Baik kau balik.

Entah kenapalah aku teringatkan kau sangat Di*die…

Irreplaceable 2

Agaknya aku manusia paling tak layak untuk bercinta, atau ditakdirkan untuk gagal setiap kali, sampai pada satu tahap aku dah bosan nak bercinta lagi. Cinta sepatutnya indah, tapi selalu jadi benda yang kacau. Ini manusia paling egois pernah aku jumpa. Melebihi ego aku sendiri yang sekebal tembok besar China.

Aku dah banyak kali memutuskan, baik semula, putus semula, baik dan putus entah ke berapa ratus kali, dan destininya apa? Aku nak berbaik-baik dia, dia jual mahal, dan pantang besar aku terlampau memujuk sehingga aku nampak macam seorang desperado, yang macamlah takde orang lain yang boleh aku cari.

Silapnya, aku sudah terlanjur ada perasaan suka pada dia, dan kalau perasaan ini sudah bertapak dalam jiwa Delly, sampai ke sudah aku hanya bertumpu pada dia saja. Dan nampak seolah-olah akulah yang beria-ia. Aku dah tak larat nak fikir masalah peribadi, aku ada banyak kerja di pejabat yang berbeban-beban, tambah masalah keluarga lagi. Yang dia tahu cuma nak hantar sms yang merepek – nak menunjukkan kononnya dia yang betul belaka, dan aku salah sahaja. Sekali dua takpelah, sekarang dah banyak hari, aku sudah mula jadi muak. Dan nak muntah-muntah rasanya. Aku boleh menjadi manusia paling loving, tapi boleh jugak boleh jadi sucker kalau keadaan dah jadi entah apa-apa. Aku nak tengok berapa lama lagi dia boleh tahan nak jadi macam tu, pendek kata, macam bagus. You must not know about me.

Minggu ni memanglah bukan minggu nasib baik aku, ada je benda malang yang berlaku. Hari tu baru je aku repair bumper belakang, hari ni buat the same thing, exactly after one week. Kena hentam pulak dengan mamat motor mana entah, yang lepas tu tak habis-habis nak pow aku. Banyak cantik. Dahlah kau yang langgar aku. Aku dah berapa tahun bawak keta, memang aku pasti bukan silap aku. Dia tu bawak motor main cilok-cilok tak reti nak brake. Sibuk nak ugut nak report polis, macamlah aku takut sangat kan? Bukan akulah orangnya yang takutkan polis. Nak buat 100 reports pun aku tak heran sebab ternyata aku yang jadi mangsa langgar.

Bila repair hari ni, tup tup bila malam aku tengok plet number aku pulak missing, WTF! Entahkan orang yang amik ke, atau tercicir kat mana-mana aku pun tak pasti. Takkan sekali lagi nak spend RM 15 kot?? Matilah mak…..dahlah bulan ni gaji dapat awal, dah berhabis masa raya hari tu, yang saki baki asyik nak kena spend kat keta. Isy…

Keduanya, bertekak dengan orang tu tak habis-habis. Nasib baiklah aku siang-siang dah ada back up singer. Ha…ha…..hidup kena sentiasa ceria. Janganlah nak ingat diri kau tu hebat sangat, irreplaceable….belum apa-apa aku dah replace dah pun….just in case…and it is good to know someone yang ada banyak similarities dengan diri kita….apatah lagi bila tahu dia jugak lahir di bulan orang agung-agung…January….. Will update on this later!!!!

Oh untuk menghiburkan diri aku jugak hari ni, aku dengan jayanya dah mengecall g yang dah moshi-moshi kat jepun sekarang. Memang seronok sangat dapat dengar suara dia. Dan dia jugak rajin call aku. Biarpun setiap kali dengar suara dia aku rasa berbaldi-baldi aku tahan air mata daripada jatuh, tapi g tetap soulmate aku. Dia paham apa yang aku rasa. Dia boleh tahu aku tengah gaduh dengan seseorang. Dia tahu citarasa aku. Dan dia sorang je yang boleh layan lawak merapu aku yang orang macam eph takkan paham, contohnya, kalau aku buat suara doraemon!! Atau tetiba bila aku marah aku buat tangan macam ultraman taro..hiya..!!!! korang paham tak?? Mesti tak paham kan???

Dan dia sorang je yang macamana marah pun, akan tetap angkat panggilan aku. Macamana geram pun, merajuknya cuma satu jam paling lama. Dan bila aku merajuk, dia akan buat macam-macam supaya aku ketawa semula. Yang bila berjanji, pasti dia akan tepati. Cuma kimono jepun je yang aku tak dapat-dapat lagi. Kan aku dah start nak membanding-banding. Tapi itulah kebenarannya. Belum ada yang sama macam g. Mungkin takkan ada. Sebab tu aku masih boleh terima dia sebagai kawan rapat walaupun kami dah terpaksa berpisah kerana keadaan. Exes yang lain mana boleh berkawan lagi dengan aku. Aku takkan buat kawan dengan bekas-bekas lama. Ceh!

Dan aku masih ingat dua short stories yang dia buat untuk majalah aku. Aku memang terharu sangat. Sampai begitu sekali support yang dia bagi pada aku dulu. Dalam tipon hari ni aku cakap tolonglah carikan aku kerja kat sana jugak, sebab sekarang, semenjak dia pergi, nasib aku tak keruan, mungkin sebab tak boleh fokus, maka nasib aku macam sekarang ni lah.

Thursday, November 23, 2006

Irreplaceable

Pernah tak korang terfikir untuk ambil jalan berpisah, pas tu masih ada hati berbaik-baik dengan kekasih hati korang tu? Dalam citer omputih banyaklah yang kita tengok camtu, tapi cam tak caya pulak yang aku pun boleh buat. Walaupun macam nak mati aku cuba melupakan g dulu, tapi ntah camne ntah aku boleh plak bersahabat baik ciom molot ngan dia sekarang ni. Agaknya aku memang tak ditakdirkan nak hidup bersama dia, tapi mungkin sebagai sahabat baik yang berjauhan. Merepek je kan…

Tapi tulah, tiap-tiap hari kita kena belajar satu perkara baru. Dulu aku tak pernah percaya boleh baik dengan x-boyfriends aku, sapa-sapa ajelah, tapi ternyata aku boleh. Ala, berpisah dengan dia bukan bermakna hidup aku musnah. Takkanlah aku nak minum racun atau potong nadi lengan aku sendiri kot? Tu dah jadi macam citer keling zaman 60-an. Citer keling sekarang pun mana ada nak minum-minum racun dah, depa pun dah tau value of life. Paling mudah, anggaplah apa sahaja yang berlaku sebagai ada hikmahnya.

Pada aku, hikmah berpisah dengan g, selepas itu aku lebih menghargai hidup ini. Aku respect diri aku sendiri, dan sentiasa memberi keutamaan kepada no one else, except myself. G pernah cakap yang nobody will make you happy, except yourself. Kata-kata dia tu memang akan aku ingat Insya Allah sampai aku mati sebab masa dia cakap tu, betul-betul sebelum keluar daripada keta aku kat KLIA. Seolah-olah macam tau je yang aku memang tak akan jumpa dia lagi lepas tu.

Memang aku paham yang diri aku ni kalah peguam, aku selalu nak tau kenapa dan bagaimana sesuatu benda tu terjadi. Tak bermakna aku percaya apa yang g bagitau selama ni 100 peratus, tapi lapangkan dada, anggap apa yang berlaku sebagai suratan takdir yang positif. Datuk Fadhillah Khamsah kata, kalau perpisahan berlaku, bermakna Allah nak bagi kita pasangan yang lebih baik. It makes sense. Cuma dalam kes aku, aku belum jumpa yang betul-betul baik sebab aku asyik dapat pakwe yang tak berapa baik…tapi lepas berpisah, biasanya aku akan dapat yang lebih baik sikit. Lepas tu berpisah, dapat yang baik lagi daripada yang sebelumnya. Alhamdulillah semuanya baik dan semakin baik.

Dulu ada je benda yang aku nak persoalkan, tapi sekarang aku rasa aku malas nak bebankan fikiran, sebab ada banyak benda lain yang patut aku masukkan dalam otak ni. Memang aku mudah risau, for nothing, tapi sekarang kalau aku dah nak start merepek je, aku cepat-cepat cari orang untuk bercakap. Kalau kat umah, lekas-lekas aku peluk bantal, pasang earphones dan cepat-cepat menidurkan diri. Paling baik, lekas-lekas angkat wudhuk dan terus sembahyang (kalau tak sembahyang lagi). Memang aku tak akan bagi ruang kosong dalam kepala untuk ingat memories lama yang dah lapuk tu. Memori hanya akan tinggal dalam lipatan sejarah. G dah mulakan hidup baru di Jepun, dan aku pun kena mulakan hidup baru jugak.

Borak-borak dengan member petang tadi, terkeluarlah permasalahan dalam minda dia pasal pakwe yang garang dan ala-ala “lawyer” buruk. Nak buat inspection 24 jam. Mmm…bukanlah boyfriend, tapi orang yang aku berkawan sekarang (that I’m seeing now) pun memang panas baran. Salah cakap sikit boleh menimbulkan hangin satu badan dia. Kalau aku bercakap tak kena tempat, dia boleh sedap-sedap mulut cakap aku ada kat Beach Club ataupun tengah lepak dengan member-member jantan. What the heck! Memula aku memang buat bodoh la, lelama takkan aku nak duduk je dituduh ataupun diam tak mempertahankan diri pada benda yang aku tak buat. Kes aku lagi teruk sebab mamat ni langsung tak boleh diajak berbincang atau senang cakap, dia tak suka dengar sebarang penjelasan.

Senang je. Kita sedia maklum jantan semua ego nak mam…what I did was…aku cakap dengan dia terus terang yang aku tak akan terima panggilan dia lagi, aku memang tak boleh tolerate sifat dia yang panas baran tu, dan aku tak nak jumpa dia lagi selama-lamanya. Nasib baik aku ni jenis tak kememeh, dan aku memang boleh laksanakan apa yang aku cakap. Dan memang aku saja-saja buat melenting tahap gaban dalam telefon, sebab biasanya aku hanya bersabar aje. Memula ego lagi tuh, tapi masuk hari kedua dah dia suruh member dia call aku pujuk supaya aku cakap dengan dia. Hmm…tak sangka prihatin jugak dia kat aku…

Aku notice semenjak tu dia dah kurang nak baran tak tentu hala dan cari pasal ngan aku. Ubat paling mudah, always cakap ngan diorang, yang kita tak kisah ditinggalkan, sebab always ada perempuan yang lebih baik daripada kita yang boleh gantikan dia. Dan kita akan sentiasa doakan kesejahteraan dia…mesti terbungkam jantan tu kat situ jugak…sebab dia mesti touched yang mana ada perempuan sanggup mencintai dia sedalam tu berbanding perempuan lain…betul tak??

Kalau nak kasi lagi power, simply cakap:

You must not know about me
You must not know about me
I can have another you in a minute
Matter of facts, he’ll be here in a minute, baby…

You must not know about me
You must not know about me
I can have another you by tomorrow
So don’t you ever for a minute get to thinking
You’re irreplaceable!


Sure depa melutut balik lah!

Wednesday, November 22, 2006

Nafas Baru!

Mmmm....hikmah - akan membuatkan kau rasa bekerja memang menyeronokkan, dan semangat datang menyergah semula. Memang aku telah diterjah semangat yang luar biasa, semenjak aku duduk direct di depan boss aku - pendek kata sentiasa diperhatikan, kerja dipantau..bla...bla....tapi aku happy....let me put it this way...even happier than before. Bestnya!!

Apa elemen-elemen yang membuatkan aku happy? Ok, first of all, now that I'm talking man! Ramainya kengkawan di sini yang boleh aku ajak bercakap sebab dulu more to like kera sumbang dalam bilik yang membosankan. So isolated dan entah apa-apa, sampai skills PR aku lari. My sista beside me, she's so cool, bebila pun bleh ajak berbincang apa yang patut. And so many of my friends selalu datang or at least lalu to say something...I love that!!

Secondly, I'm free to work my style. I determine, I decide what I want to do that day - specifically and fully-blessed by the editor. Hari ni je, berlambak proposals yang aku dah siapkan, dah siap email, dah siap fax dah pun, dan besok dah start nak jumpa clients yang berpatutan. I'm ok in this field, aku rasa bijak jugaklah diorang masukkan aku balik ke sini. And I manage to do my work accordingly dan fast-fast..ha..ha

Hati aku lapang ada kat sini. Alhamdulillah editor aku tu seorang yang sangat baik, dan warak, jadi tempias ketenangan dia tu banyak terkena jugak kat aku - aku yang tak berapa nak betul dan banyak unsur-unsur kesetanan ni. I feel good. Dia ok walaupun aku melalak lagu2 merepek kegemaran aku. Kadangkala dia datang sit down and discuss things ngan aku - sesuatu yang aku jarang buat masa jadi editor dulu. She's trying to get to know me, nampaklah effort tu, dan aku bagi je kerjasama yang terbaik.

I'm close to the people I've known before - those gen-yers...and it makes feel good. Because the bond between us is better - paham tak, macam, aku paham apa yang diorang rasa dan apa yang diorang cuba nak cakap - walaupun orang lain dalam opis ni takkan paham satu apa pun. Then the way nak cakap ngan diorang pun, cara kita wehhh....takla formal cam aku cakap dengan editor aku. Tapi aku skrang pun dah terbawak-bawak budaya style cakap yang tak sihat ni - tapi yang bagusnya dia tak kisah...

Harap-harap hidup aku bermula dan akan berkembang dengan baik....insya Allah....

Friday, November 17, 2006

Beri, Memberi dan Diberi

Kuasa datang dan kuasa pergi. Arahan diberi dan diimplementasi. Apakah unjuran sebenar yang ada dalam setiap kepala mereka? Hanya Allah ajelah yang maha tahu. Tak habis-habis dengan kejutan, sekali lagi minggu ni aku lagi yang jadi 'calon-calon seterusnya'. Adalah dalam 20 hari merasa bekerja di bawah produksi ni, mereka memutuskan yang aku harus pergi. Tertanya-tanya juga, mungkinkah kerana presentation aku hampeh kot? Atau mungkin aku nampak tidak berketrampilan dan tidak layak? Tidak serasi? Tidak meyakinkan? Tapi aku mengambil kata positif aje, berkata pada diri bahawa...biasalah kan....

Bosan aku dah menaip separuh mati, tetiba aku tersign off ke apa tak tau, maka hilanglah semua entry yang aku masukkan. Hampeh betul. Malaslah pulak aku nak mengulang benda yang sama.Baik aku bagi kesimpulan jelah ek.


Kesimpulannya, memang bagus kalau aku senyum selalu, kerana senyum tu selalu membawa hikmah. :) Hikmahnya, aku bersyukur kerana lepas raya hari tu sempat la jugak memegang/merencana perjalanan sebuah majalah berkonsep remaja ala-ala muslimah gitu. Bersyukur jugak kerana akhirnya khidmat aku tidak diperlukan lagi, dan aku telah diserah dengan penuh hormat semula ke majalah lama. Memang mengujakan. Dalam pada orang-orang sekitar tertanya-tanya "kenapa ek?" - aku cuma mampu tersenyum selamba, dengan hati yang digeletik-geletik, aku cakap pada diri sendiri - tulah bestnya jadi orang versatile!! Memang tak ada yang indah selain daripada dapat memujuk diri sendiri, kan?

Tak penting untuk aku berkata apa-apa lagi sekarang, sebab aku pasti diorang lebih tahu apa yang hendak diorang capai. Aku memang tak pernah ada bantahan untuk apa-apa pun, sebab aku memang tak suka menunjukkan yang aku tak boleh lakukan sesuatu. Itu pantang besar aku. 'Immediate action', itulah yang diorang bagitau kat aku. Maka immediate jugaklah aku report pada editor baru. Simple. Walaupun ada kekesalan tu wujud jugak sikit kerana kepercayaan kepada aku tak ada langsung, tapi aku takde hal.

Keta aku kena lanyak lagi daripada belakang, tapi ni kerja kawan aku yang reverse tak reti nak tengok belakang. Terpaksa berhabis RM 140.00. Tapi sementara tu, untuk mengebestkan diri sendiri, sempat lagi aku ke saloon dan cuci rambut. Wah memang best giler, sebab dengan RM 13, aku dapat massage yang begitu hebat daripada kedai ni. Siap ada service massage tambahan lagi kalau nak - 10 minit, RM 5. Aku tambah untuk urut bahu aku yang dah longgar, dan jugak kepala aku yang dah berkarat. Memang superb. Aku akan datang lagi ke kedai ni sebab massage dia memang best, dan sampai sekarang aku menanggung sakit bahu belakang ni. Dengan RM 23, aku keluar daripada saloon dengan kepala dan bahu yang sangat ringan.

Kan ke best kalau kepala aku selalu ringan dan takde beban cam ni?

Wednesday, November 15, 2006

I Don’t Give A Dam* For A Bulls**t Relationship!

Segalanya dah jelas, aku dan dia memang jauh berbeza. Let me put it this way, kami tak serasi bersama. Mungkin perbezaan usia, atau mungkin perbezaan bahasa, atau mungkin juga bangsa, whatever…pada mulanya aku anggap tu semua bukan halangan, but then aku realize yang kalau tak dihapuskan ketidakserasian ini secepat mungkin, sengketa akan meletus.

Aku, manusia sabar dan telus, dan suka memerhati sesuatu, kemudian menilai dalam diam, akhir kalam aku akan membuat kesimpulan. Masalahnya dalam perhubungan ini, aku terlalu lama memerhati, sehingga aku lupa nak menilai. Jadi bila aku nak buat keputusan, rasanya dah terlalu lewat – tapi keputusan perlu diambil juga. Pengalaman memang menjadikan aku wanita tegar, sebelum aku dikecewakan lagi, biarlah aku mengecewakan. Mungkin pedih untuk dia, tapi selamat untuk aku. Alah, berapa lama sangatlah jantan akan berasa pedih dengan perpisahan?

Dalam usia macam ni, aku tak suka diperkotak-katikkan lagi. Memang, aku banyak mengalah dan merayu kembali kalau sengketa bermula. Tapi malam semalam aku terlampau pasti yang aku tak payah nak menyusahkan diri dengan semua tu lagi. Minda aku perlu sihat, aku kena jadi insan paling rasional supaya aku boleh buat kerja-kerja aku dengan baik. Supaya aku boleh fokus dengan masalah keluarga aku. Supaya aku menjadi wanita yang matang selari usia. Dan supaya aku menjadi diri aku masa student dulu – cute, smart, pandai, penyelesai masalah paling wise, kelakar, ramai kawan, suka menggembirakan diri sendiri, anugerah dekan….bla..bla…dan takde boyfriend! Indahnya!!

Dua hari aku tak datang office, semuanya sibuk di Concorde menyediakan perancangan untuk tahun depan. Memang aku tak mampu nak sediakan report selengkap orang lain, kerana tanggungjawab ni baru beberapa hari di atas jemala aku. Tapi aku buat yang terbaik, berdasarkan apa yang aku fikirkan relevant. Bijak pandai di sana mencadangkan topik-topik lebih Islamik (ye ke?), tapi pada pendapat aku kurang tepat, malah mungkin juga tak sesuai langsung. Ada topik-topik yang aku cadangkan dikatakan tak sesuai nak dibincangkan untuk golongan tu (ye ke?), tapi yang dicadangkan tu sesuai sangat ke? (ye ke?). Oklah, aku orang baru dan selayaknya aku berdiam diri ajelah. Nanti pandai-pandailah aku mencorakkan majalah Islamik campur liberal tak ketentuan dan tak berarah ni. Patutlah failed sebelum ni. Dan aku selalu jadi peneraju produk yang failed. Ha ha…ironinyalah….

Oklah, esok (hari nilah, sebab blog ni aku tulis malam) bakal aku tempuhi dengan penuh keceriaan. Sebagai aku!! Bravo!!!

Wednesday, November 08, 2006

Menilai Diri

Mudahke simply nak kata yang kita cantik? Nanti orang kata, masuk bakul pulak kan? Tapi first experience aku memilih orang-orang tercantik antara yang cantik-cantik, memang bukan mudah. Lahirnya setiap wanita tu ada kecantikan tersendiri, tak ada yang kita define sebagai buruk, sebab ciptaan Allah maha hebat dan maha cantik belaka. Tapi hendak menilai kecantikan manusia mengikut kaca mata manusia sendiri, ah, kadangkala memang terpaksa kita menjadi kejam!

Hari ni aku terpaksa menggeletiskan mata untuk pilih gadis yang cantik dan tinggi sebagai pilihan calon untuk cover. Put aside the brain. Kecantikan dan ketinggian, that what I was told, dan itulah juga elemen yang perlu diberi perhatian. Very the. Bayangkan apa perasaan bebudak yang masuk pertandingan tu bila aku campak-campak je gambar diorang, and 'terpaksa' kata - "tak boleh pilih, yang ni tak cantik!". Kalaulah aku yang dikata begitu, mesti nak melalak rasanya! Of coursela diorang tak dengar, tapi akula yang terpaksa menjadi begitu double standard. Some are good looking, tapi tak boleh nak select sebab pendek. Some are unexpectedly tinggi, tapi muka 'kureng'.

Tapi biasalah, semua budak perempuan muda-muda ni, termasuk aku kalau ada rupa sikit, mesti ada keinginan nak jadi model. Nanti bolehlah tampil ayu macam Wardina, atau Datin Juma. Dan aku tak salahkan diorang kalau tak berupaya nak menilai diri sendiri. Yalah, aku sendiri selalu kata, yang orang lain akan menjadi cermin kepada diri kita. Of course kita kena selalu ingat kita cantik. Dan kena confident pada rupa paras sendiri. So, aku actually nak berikan sorakan tahniah yang paling besar kepada those yang hantar penyertaan ni, kerana berani dan ada level of confidence yang luar biasa - tak kira walau apa pun yang si 'pemilih' akan kata.

Hmm...tapi aku memang rasa nak berguling-guling hari ni. Anak dara mana entah called, nak sangat jadi cover, and then dia tanya satu soalan: "Akak, ukuran dada tu macamana?"

Aku: Saiz bra awak berapa?

Si anak dara: Entah!

Mmm....kalau dia cantik kalahkan Juma pun, I doubt la nak amik dia jadi one of the gadis-gadis pencarian!

Monday, November 06, 2006

Kala Cinta Hadir

Memang sibuk. Entah kenapa, aku terkejar sana, terkejar sini sejak aku berpindah ke tempat baru. Rasanya tak sempat berbuat apa pun. Apa yang aku pegang semuanya tak kena. Ke kiri salah, ke kanan pun salah. Memang aku mengaku, aku gementar. Benda baru ni menyebabkan aku tak senang duduk dan tak lena tidur. Dan tanpa aku sedari, kaki aku melangkah ke kafe lebih 3 kali setiap hari, takpun beli keropok kam kam kat pantry. Tekanan menjadikan mulut aku tak boleh duduk diam. Tapi, tekanan ke ni?

Banyak ekspektasi yang kedengarannya agak sukar hendak dilaksanakan. Cakap memang senang, tapi bila dah tiba bab menyusun, bab mengolah dan bab merekaletak balik semua benda, barulah nampak kat mana kekurangannya. Dan mulalah bersinar segala kesukarannya. Paling susah, bila semua orang tak sekepala. Ada yang kata begini, yang sana kata begitu. Boleh kalau nak ikut kepala aku, tapi, hello....ini bukan produk syok sendiri. Jadi pendapat semua orang kenalah dipertimbangkan.

Ok, apa yang menceriakan hidup aku hari ni? Dapat melihat gambar-gambar terbaru orang yang telah menghancurkan hati aku. Kelakar, kan? Tapi hati aku benar-benar terhibur, dan sebagai pencinta setia, aku terharu dan tumpang happy melihat dia gembira. Walaupun hanya terpaksa mengukur kegembiraan tu melalui gambar-gambar. Akhirnya, kami selesa sebagai kawan saja. Yalah kot. Perasaan takkan menipu, senang ke nak terima bekas kekasih sebagai kawan? Macam bodoh aje kan? Tapi kebodohan itu adalah aku, dan itu pun yang aku sedang lakukan sekarang. Walaupun nampak sangat hipokrasinya, tapi aku mesti cuba melawan arus dan bak kata Eph, "be professional". Lantak!

Tapi kata-kata orang tua jangan dibuat main, betul belaka. Jangan 100 peratus sayangkan seseorang sampai tak ada peratusan langsung untuk menyayangi diri sendiri. Lily Haslina kata perempuan yang sedang di alam percintaan yang serius, terlampau sayang dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. That a bullsh** man...walaupun kenyataan tu betul, tapi kalau dipraktikkan, memang tak patut. Dan Cleo kata, kalau nak lelaki menghargai kita, jangan memberi manja keterlebihan. Sesekali biar dia bayar bil kita, ada masanya tegur kalau dia buat salah, dan kalau dia call...tak salah 'mengignore' 3-4 missed calls sampaila kita call dia balik 3 jam kemudian!!

Moral - bagi masa pada diri sendiri. Janganlah nak menyiksa diri kerana lelaki, be yourself. Relax. Cinta tak akan ke mana, kala cinta hadir, kita pasti akan rasa simbahannya.